Khamis, 10 Mei 2012

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


Sylvester Entri dinasihat supaya jangan main kayu tiga

Posted: 05 May 2012 03:15 AM PDT

Dato Seri Tiong King Sing berucap ketika perasmian mesyuarat SPDP Bahagian Marudi.

PEKAN BELURU, 5 Mei – Timbalan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri Tiong King Sing menyelar tindakan Datuk Sylvester Entri Muran, seorang daripada anggota SPDP 5 yang mendesak rakyat menyerahkan Kad SPDP mereka dan mengisi borang Kelab Barisan Nasional (BN) Sarawak jika mahu permohonan projek luar bandar mereka diluluskan.

Tiong yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) berkata, semua projek yang dikendalikan oleh BN adalah bertujuan untuk membantu rakyat dan boleh didapati tanpa sebarang syarat.

"Tindakan Sylvester ini tidak ubah seperti, menyuruh si suami menceraikan si isteri jika mahu projek yang dimohon diluluskan," katanya berucap merasmikan Pejabat SPDP Bahagian N66 Marudi di Marudi hari ini.

Ujar Tiong, SPDP yang ditubuhkan pada 2002 pernah menjadi sebuah parti yang bersatu-padu, namun baru-baru ini keadaan bertukar kecoh dan keliru yang dicetuskan oleh Kelab BN Sarawak.

"Mereka (Kumpulan 5) mendakwa menyokong BN, namun apa yang mereka lakukan sebenarnya adalah mensabotaj. Sebagai contoh, apabila SPDP menganjurkan aktiviti, mereka juga menganjurkan aktiviti yang sama. Sebagai contoh, apa yang berlaku di Rumah Joshua baru-baru ini."

"Nasihat saya kepada Sylvester, jangan bermain kayu tiga. Saya pernah diberitahu bahawa Sylvester pernah memberitahu kepada Presiden parti Tan Sri William Mawan Ikom bahawa beberapa ahli parti mahu menyokong SPDP daripada segi kewangan dengan syarat saya dipecat."

Menurut Tiong, namun Mawan enggan walaupun adalah adil untuk mendedah dan mencabar Sylvester memberi keterangan mengenai perkara itu.

"Mawan seorang yang 'gentlemen' dan budiman pada 2009. Sepatutnya Sylvester menghargai. Malah beliau menekankan pentingnya semua kaum termasuk Orang Ulu walaupun minoriti menjawat jawatan tinggi dalam parti untuk mewakili etnik mereka."

"Mereka (Kumpulan 5) bercakap memang mudah, namun saya cabar, jika benar-benar menyokong BN mengapa tidak hadir dalam acara atau majlis SPDP-BN?."

Ujar Tiong, sebagai pemimpin yang berdedikasi, ahli parti tidak harus menyempitkan fikiran, semangat perkauman dan gila kuasa.

Sementara itu, kira-kira 3,000 datang menghadiri majlis perasmian termasuk 57 tuai rumah. Seramai 2,000 ahli baharu juga direkrut pada majlis tersebut.

Related post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads