Ahad, 20 Mei 2012

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Saya sedia defend kerusi Parlimen <b>Lubok Antu</b> - Utusan <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 16 May 2012 09:12 PM PDT


Caption: ADA BAKAT...Nyalau dan Rayong (belakang) ketika melakukan upacara Ngetas Ranyai bersempena dengan majlis itu di SK Nanga Menjuau kelmarin.
ENGKILILI, Isnin (7 Mei) - Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak tidak gentar untuk berhadapan dengan calon parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.
Beliau bersedia berbuat demikian jika diberi kepercayaan untuk mengibar semula bendera Barisan Nasional (BN) untuk berhadapan dengan calon dari Parti Pekerja Sarawak (SWP) atau Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Jentera pilihan raya saya di Parlimen Lubok Antu sudah bersedia untuk PRU13 ini. Dengan kata lain saya tidak gentar berhadapan dengan kehadiran mereka pada pilihan raya itu nanti," katanya.
Nyalau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau (Makan Tengahari) Sekolah Kebangsaan (SK)  Nanga Menjuan 2012, di kawasan Ulu Skrang , Engkilili kelmarin.
Sementara itu Nyalau turut menasihatkan para pelajar di kawasan pedalaman agar melengkapkan diri dengan ilmu pendidikan secukupnya sebagai bekalan untuk mencari pekerjaan pada masa hadapan.
"Justeru jika ingin bekerja di bandar dan mendapat pekerjaan yang baik maka mereka lengkapkan diri masing-masing dengan ilmu pendidikan dengan secukupnya terlebih dahulu," katanya.
Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa, Guru Besar SK Nanga Menjuan, Morshidi @Morsidi Haji Serah dan ketua masyarakat di sini.
Nyalau menerusi majlis berkenaan telah pun mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM15,000 kepada Persatuan Ibubapa Dan Guru SK Nanga Menjuau, Ulu Skrang.
SK Menjuau yang mempunyai hanya 47 orang murid pada masa sekarang adalah merupakan sebuah sekolah yang terletak paling hujung dalam kawasan sepanjang sungai Ulu Skrang, Engkilili.

Utusan <b>Sarawak</b> cawangan Sri Aman: Sempena PRU13 : Beri <b>...</b>

Posted: 16 May 2012 10:53 PM PDT


Caption: UNTUKMU....Nyalau (kanan) menerima cenderamata daripada Father Joseph (kiri) sambil saksikan ketua kaum di kawasan Lubok Antu.
LUBOK ANTU, Rabu (16 Mei) – William Nyalau Badak meminta pengundi di kawasan Parlimen Lubok Antu agar menyokong beliau sekiranya diberi kepercayaan untuk mempertahankan kerusi milik Barisan Nasional (BN) itu pada pilihan raya umum kelak.
Beliau yang menjadi Ahli Parlimen Lubok Antu pada tahun 2008 lepas berkata kejayaan BN dalam mempertahankan kerusi terbabit akan menentukan hala tuju hidup penduduk di situ bagi tempoh lima tahun akan datang.
"Penduduk di kawasan Parlimen Lubok Antu akan menggalas cabaran bagi menentukan wakil rakyat mereka di sini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) yang dijadual akan berlangsung dalam masa terdekat kelak.
"Justeru sokonglah saya atas nama BN sekiranya saya dicalonkan semula pada PRU13 kelak. Ia penting agar segala agenda pembangunan di Lubok Antu akan dapat diteruskan dari masa ke semasa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan bersama penduduk bersempena  dengan lawatan ke Chapel Saint Andrew, Delok di Skim Penempatan Semula Fasa II Batang Ai yang diwakili 12 buah rumah panjang, di Lubok Antu kelmarin.
Nyalau turut menasihatkan penduduk agar tidak mengadaikan masa depan pembangunan hidup mereka dengan memberikan sokongan terhadap pihak pembangkang pada PRU13 kelak.
Kerajaan BN katanya akan tetap meneruskan projek pembangunan di kawasan Lubok Antu selagi penduduk terus-menerus memberikan sokongan padu terhadap mereka selepas ini.
Terdahulu, Nyalau pada pertemuan itu mengumumkan peruntukan berjumlah RM30,000 untuk naiktaraf Chapel Saint Andrew, Delok dengan RM3,000 lagi diperuntukan kepada biro wanita gereja tersebut.
Nyalau adalah salah seorang daripada enam kawasan milik Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang dikatakan akan dicalon semula bagi mempertahankan kerusi Lubok Antu pada pilihan raya umum nanti.
Sumber turut memberitahu bahawa Naib Persiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu akan ditentang oleh calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Buruh Sarawak (SWP)  pilihan raya kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads