ads

Isnin, 7 Mei 2012

11 di betong sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di betong sarawak - Google Blog Search


Berita Harian Edisi <b>Sarawak</b>: Persiapan Kontijen <b>Betong</b> (MSSB) Ke <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2012 11:51 PM PDT

BETONG : Majlis Sukan Sekolah-sekolah Sarawak Bahagian Betong(MSSB) kini dalam rangka mempersiapkan kontijen Balapan dan Padang Bahagian Betong bagi menghadapi kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-sekolah Sarawak (MSS) yang akan dilangsungkan di Sibu yang bermula 17 hingga 20 April nanti.
Menurut Penolong Ketua Jurulatih, Fadreen Jingan seramai 61 atlit MSSB Betong akan menggalas cabaran sebagai penyertaan kontijen MSSB Betong pada kejohanan kali ini.
Dengan mensasarkan 10 emas, 8 perak dan 10 gangsa kontijen MSSB Betong yang ternyata menyerlah dalam acara Jalan Kaki dan Jarak Jauh akan berusaha mengekalkan pencapaian terbaik pada temasya itu nanti.
"Sasaran kita sekurang-kurangnya mengatasi jumlah pingat yang disasarkan, untuk kita mendapat kedudukan yang baik dalam kejohanan seumpama itu, kita perlu berkorban masa untuk mempersiapkan diri dengan latihan yang secukupnya", jelas Fadreen ketika ditemui pemberita ketika sesi latihan pasukan disini semalam.
"Latihan pusat selama seminggu, sekurang-kurangnya dapat memberi kesan dan pencapaian terbaik atlit kita dalam menghadapi kejohanan yang lebih tinggi selepas ini, tambah beliau.
Menurutnya lagi, latihan pusat yang dijalankan berupaya membentuk satu kekuatan dalam pasukan dan sekurang-kurang mencuri mata dalam kategori yang disertai meskipun tempoh masa yang agak singkat bagi menilai kebolehan dan pencapaian sebenar atlit yang terpilih.
"Kita juga akan mengenal pasti atlit yang mampu untuk diketengahkan bagi menggalas cabaran seterusnya pada masa-masa akan datang dengan menyerap masuk atlit muda yang berkebolehan dan bakal beraksi untuk kontijen bahagian seterusnya mencapai tahap yang boleh membanggakan negeri dan kebangsaan", tambah Fadreen.
Katanya lagi, bagi pihak pegawai dan jawatankuasa yang dilantik melaksanakan tanggungjawab pasukan, beliau merasa amat bersyukur dan berterima kasih atas komitmen pejabat Pelajaran Daerah Betong yang sangat perihatin dengan kebajikan atlit dan pegawai-pegawai yang terlibat.
Kerjasama yang diberikan akan menjadi inspirasi dan panduan untuk terus maju dalam menjulangi pencapaian Negeri Sarawak.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved