Rabu, 25 April 2012

11 di serian sarawak - Google Blog Search

11 di serian sarawak - Google Blog Search


Ketua Kaum Diminta Agih BR1M Bagi Pemohon Masalah Logistik <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 10 Feb 2012 04:17 PM PST


Richard Riot (depan, dua kiri), Michael Manyin Anak Jawong (depan, tengah), Maclaine (depan, kanan) dan penerima pertama BR1M, Augustine Pilate Anak Mayor (depan, dua kanan) bersama sebahagian 1,212 penerima BR1M pada majlis penyerahan bantuan itu di Dewan Masyarakat Serian, Sarawak, semalam.
SERIAN 10 Feb. - Kerajaan Sarawak akan meminta bantuan ketua kaum bagi mengagihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada pemohon yang layak di semua 180 kampung di daerah Serian.
Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan negeri, Datuk Seri Michael Manyin berkata tindakan itu akan memudahkan penyerahan baucar sebanyak RM500 tersebut kepada pemohon dari pedalaman yang menghadapi kekangan logistik.
"Wang tunai sebanyak RM500 ini adalah untuk meringankan beban keluarga serta perbelanjaan anak sekolah, lebih-lebih lagi kerana harga barangan telah naik dan bukan untuk pergi ke kedai kopi minum stout," katanya ketika merasmikan majlis penyerahan BR1M kepada 1,212 penerima dari daerah Serian di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Luar Negeri yang juga Ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot Anak Jaem dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kudup, Maclaine @ Martin Ben .
Manyin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tebedu berkata, penyerahan BR1M kepada rakyat yang layak membuktikan kejujuran kerajaan Barisan Nasional yang berani berjanji kerana mampu menunaikan janji kepada rakyat.
Seramai 21,300 pemohon yang layak akan menerima bantuan BR1M bernilai RM10.6 juta di daerah Serian. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads