Sabtu, 28 April 2012

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


pengajar.info: Sekolah Integriti <b>Di</b> Penjara Bukti Kerajaan Prihatin <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2012 04:36 AM PDT


PADAWAN (Sarawak), 24 April (Bernama) -- Kewujudan Sekolah Integriti Kuching di Penjara Puncak Borneo di sini membuktikan kerajaan tidak pernah menafikan hak tahanan remaja untuk mendapatkan peluang pendidikan yang terbaik, walaupun di mana mereka berada, kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah.
"Sekolah Integriti merupakan peluang kedua kepada pesalah-pesalah yang majoritinya remaja untuk mengubah kehidupan apabila mereka dibebaskan nanti sekaligus mendapatkan hak mereka untuk mendapat peluang pendidikan semula," katanya ketika memberi ucapan selepas melawat Sekolah Integriti Kuching di sini hari ini.
Beliau berkata setakat ini terdapat 18 remaja yang sedang menjalani hukuman di Penjara Puncak Borneo meneruskan pelajaran mereka di Sekolah Integriti Kuching di sini.
Menurutnya sekolah yang diwujudkan sejak 2009 dan didaftarkan di bawah Jabatan Pelajaran pada Januari 2011 itu mempunyai lapan orang guru berkelayakan selain mendapat bantuan daripada pihak pegawai penjara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads