ads

Rabu, 11 April 2012

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


MPP sedia selenggara flat taman perumahan, kata Lo : my <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 06 Apr 2012 04:25 PM PDT

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) sedia melakukan kerja-kerja penyelengaraan ke atas flat-flat di taman-taman perumahan di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan terbabit.

Pengerusinya, Lo Khere Chiang berkata, MPP telah berbincang dengan Perbadanan Pembangunan dan Perumahan Sarawak (HDC) untuk menyelesaikan masalah penyelenggaraan itu.

Bagaimanapun, katanya, sehingga sekarang belum ada reaksi daripada pihak HDC untuk menyerahkan tanggungjawab melakukan kerja-kerja terbabit kepada MPP.

"Kami (MPP) menerima ba-nyak aduan daripada penduduk-penduduk yang tinggal di flat-flat taman perumahan terbabit kerana masalah penyelengaraan kawasan sekitar dan bangunannya tidak terpelihara.

"Justeru, kami meminta pihak HDC segera menyerahkan tanggungjawab itu kepada MPP untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraannya," kata Lo kepada pemberita ketika mengadakan lawatan di Flat Perumahan Taman Flora Indah, Jalan Arang, di sini semalam.

Menurutnya, antara masalah serius yang dihadapi oleh penduduk di flat-flat terbabit ialah penyelenggaraan sistem saluran najis, perparitan, alat pemadam kebakaran dan sebagainya.

Justeru, katanya, masalah-masalah itu telah mengundang rasa ketidakpuasan dan ketidakselesaan para penghuni rumah-rumah pangsa terbabit.

"Kita berharap pihak HDC memberi 'lampu hijau' kepada MPP untuk menyelesaikan masalah-masalah itu (penyelenggaraan) bagi menjamin keselamatan dan kebersihan para penduduk di rumah-rumah pangsa," kata-nya.

Lo menarik perhatian bahawa MPP mempunyai peruntukan yang besar untuk menyelenggarakan flat-flat taman perumahan di dalam kawasan pentadbirannya.

"Kami memiliki geran per-untukan berjumlah RM12 juta daripada kerajaan persekutuan untuk tujuan pembangunan di kawasan-kawasan bidang kuasa MPP," katanya sambil berharap HDC dapat segera menyelesaikan masalah itu.

Menurut Lo, penyelenggaraan bangunan dan kawasan sekitar rumah-rumah pangsa terbabit yang tidak teratur menyebabkan MPP menanggung masalah keengganan para penghuni rumah terbabit membayar cukai atau sewa mereka.

Sehubungan itu, katanya, MPP juga telah berbincang dengan HDC untuk membuka kaunter di flat taman-taman perumahan terbabit agar mudah penduduk membayar taksiran mereka.

"Justeru, kami benar-benar berharap agar HDC dapat segera menyelesaikan masalah penyelenggaraan di flat-flat taman perumahan agar penduduk-penduduk berasa selesa," katanya.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved