Isnin, 23 April 2012

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search


SWP sudah mula kempen, <b>Kanowit</b> sasaran pertama : my <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2012 02:37 PM PDT

KANOWIT: Parti Pekerja Sarawak (SWP) kelihatan sudah mula berkempen petang kelmarin dengan sasaran pertamanya ialah Parlimen Kano-wit iaitu kerusi milik Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Ketibaan bekas Ahli Parlimen Julau, Datuk Sng Chee Hua yang dikatakan mempunyai kaitan dengan SWP menaiki sebuah helikopter di Kompleks Sukan Kanowit pada jam 2.30 petang menimbulkan teka-teki dalam kala-ngan penduduk di kawasan tersebut.

Turut kelihatan bersama beliau menaiki helikopter itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus, George Lagong dan bekas Ketua Wanita PRS, Josephine Mawat.

Menyambut kedatangan mereka di kompleks sukan itu ialah Presiden Dayak Miri (DAM), Ellison Ludan yang diuar-uar akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) atas tiket SWP yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) baru-baru ini.

Menurut sumber, Ellison Ludan dijangka bertanding di kerusi Parlimen Kanowit pada PRU13 kelak.

Kedatangan Sng serta rombongannya ke pekan Kanowit, kata sumber, adalah untuk 'walkabout' dan beramah mesra dengan masyarakat di pekan Kanowit sambil memperke-nalkan Ellison.

"Ellison sambil ditemani Sng, George dan Josephine meluangkan masa kira-kira satu jam beramah mesra serta bersalaman dengan penduduk di pekan. Sng turut memperke-nalkan Ellison yang tidak asing lagi kepada orang ramai.

"Ellison merupakan pe-nyanyi Iban yang popular de-ngan lagu 'Penyayau Enda Luya' serta sebelum ini pernah menjadi pensyarah di sebuah universiti di Miri dan merupakan anak jati dari Ngungun, Kanowit.

"Saya sempat bersalaman dengan mereka ketika berada di sebuah kedai kopi di pekan dan 'walkabout' Sng itu melibatkan kempen sempena PRU13.

"Ini jelas bahawa SWP akan meletakkan calonnya di Parlimen Kanowit pada PRU13  kelak," jelas sumber kepada Utusan Borneo, semalam.

Menurutnya lagi, kedata-ngan Sng ke pekan Kanowit menguatkan lagi khabar angin bahawa SWP berminat untuk bertanding di kawasan-kawa-san PRS seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar se-belum ini.

"Sng sebenarnya adalah orang di sebalik takbir dalam SWP dan khabar angin sebelum ini bahawa SWP mempunyai kaitan dengannya adalah benar. Sepanjang 'walkabout' itu, beliau berkempen untuk SWP," katanya lagi.

Jelas sumber itu, rombong-an terbabit difahamkan akan meneruskan kempen mereka ke Jagau, Ngungun, Ngemah serta ke kawasan pedalaman Kanowit untuk tujuan yang sama pada hujung minggu ini.

Bagi mengesahkan perkara tersebut, Ellison bagaimanapun gagal dihubungi semalam kerana difahamkan berada di luar kawasan dan dipercayai sedang berkempen di kawa-san-kawasan tersebut.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads