Sabtu, 24 Mac 2012

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

Usahawan ibu tunggal harus mula bertapak <b>di</b> rumah : my <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 23 Mar 2012 11:10 AM PDT

UNTUK ANDA: Ragad (kanan) dan Fatimah teruja menunjukkan kek yang dibuat para peserta kursus yang menampilkan gambar mereka. Turut kelihatan Norjanah (tengah). — Gambar Chimon Upon

KUCHING: Ibu tunggal yang mahu melibatkan diri bidang keusahawanan dinasihati agar melakukannya secara skala kecil-kecilan sebagai permulaan.

Isteri Ketua Menteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib berkata, perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah merupakan satu permulaan baik untuk melangkah lebih jauh.

"Mengikuti latihan sebegini mungkin tidak mencukupi untuk anda memulakan perniagaan kerana ia memerlukan latihan yang konsisten bagi meningkatkan hasil jualan.

"Malahan dari rumah juga anda boleh menumpukan sebilangan produk sahaja, yang mampu meningkatkan jualan dan menambah pendapatan keluarga," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Kursus Kemahiran Keusahawanan yang dihadiri Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah di Pusat Bimbingan Usahawan (PBU) Institut Pertanian Semenggok di Padawan dekat sini, semalam.

Kursus yang diadakan selama tiga hari itu disertai seramai 17 orang ibu tunggal dan ia berobjektifkan untuk menyediakan landasan pertama dalam proses membina keupayaan dan memperkasakan ekonomi wanita.

Tambah Ragad, kursus yang diadakan itu merupakan wadah kepada peserta meningkatkan kemahiran mereka dalam aktiviti pembuatan kek dan pastri.

"Dengan kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari ini nanti anda mampu membuat kek atau pastri di rumah dan dijual di rumah," tegas beliau.

Sementara itu, Fatimah dalam ucapannya berkata, dengan terbinanya bangunan PBU di institut itu, ia mampu meningkatkan lagi penganjuran kursus sedemikian termasuk kursus jangka pendek.

"Sebelum ini kita kadang kala terpaksa menghantar peserta ke semenanjung untuk kursus seumpamanya dengan hanya dua atau tiga orang sahaja.

"Dengan adanya PBU ini, kita tidak lagi perlu hantar mereka jauh-jauh kerana di sini boleh diadakan aktiviti baik kursus jangka pendek mahupun jangka panjang," katanya.

PBU Semenggok Kuching dibina dengan kos RM3.2 juta dan jangka masa kursus utama ialah selama enam bulan untuk sepenuh masa dengan ambilan pelatih PBU dimulakan pada Mei depan.

"Kita berharap persatuan-persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan lain akan mengadakan program seumpama ini.

"Ia dalam usaha kita membantu mereka yang berpendapatan rendah dan keluar dari kepompong kemiskinan," tegas Fatimah.

Kursus anjuran Biro Wanita bersama PBU itu turut dihadiri Pengarah Biro Wanita Norjanah Razali dan isteri Menteri Pembangunan Sosial, Puan Sri Julia Mawan.KUCHING: Ibu tunggal yang mahu melibatkan diri dalam bidang keusahawanan dinasihati agar melakukannya secara skala kecil-kecilan sebagai permulaan.

Isteri Ketua Menteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib berkata, perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah merupakan satu permulaan baik untuk melangkah lebih jauh.

"Mengikuti latihan sebegini mungkin tidak mencukupi untuk anda memulakan perniagaan kerana ia memerlukan latihan yang konsisten bagi meningkatkan hasil jualan.

"Malahan dari rumah juga anda boleh menumpukan sebilangan produk sahaja, yang mampu meningkatkan jualan dan menambah pendapatan keluarga," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Kursus Kemahiran Keusahawanan yang dihadiri Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah di Pusat Bimbingan Usahawan (PBU) Institut Pertanian Semenggok di Padawan dekat sini, semalam.

Kursus yang diadakan selama tiga hari itu disertai seramai 17 orang ibu tunggal dan ia berobjektifkan untuk menyediakan landasan pertama dalam proses membina keupayaan dan memperkasakan ekonomi wanita.

Tambah Ragad, kursus yang diadakan itu merupakan wadah kepada peserta meningkatkan kemahiran mereka dalam aktiviti pembuatan kek dan pastri.

"Dengan kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari ini nanti anda mampu membuat kek atau pastri di rumah dan dijual di rumah," tegas beliau.

Sementara itu, Fatimah dalam ucapannya berkata, dengan terbinanya bangunan PBU di institut itu, ia mampu meningkatkan lagi penganjuran kursus sedemikian termasuk kursus jangka pendek.

"Sebelum ini kita kadang -kala terpaksa menghantar peserta ke semenanjung untuk kursus seumpamanya dengan hanya dua atau tiga orang sahaja.

"Dengan adanya PBU ini, kita tidak lagi perlu hantar mereka jauh-jauh kerana di sini boleh diadakan aktiviti baik kursus jangka pendek mahupun jangka panjang," katanya.

PBU Semenggok Kuching dibina dengan kos RM3.2 juta dan jangka masa kursus utama ialah selama enam bulan untuk sepenuh masa dengan ambilan pelatih PBU dimulakan pada Mei depan.

"Kita berharap persatuan-persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan lain akan mengadakan program seumpama ini.

"Ia dalam usaha kita membantu mereka yang berpendapatan rendah dan keluar dari kepompong kemiskinan," tegas Fatimah.

Kursus anjuran Biro Wanita bersama PBU itu turut dihadiri Pengarah Biro Wanita Norjanah Razali dan isteri Menteri Pembangunan Sosial, Puan Sri Julia Mawan.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads