Rabu, 7 Mac 2012

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Majlis Perasmian Klinik 1 Malaysia Taman Rejang | Blog Rasmi <b>...</b>

Posted: 22 Nov 2011 08:00 PM PST

UCAPAN YB DATO' SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN
KLINIK 1 MALAYSIA TAMAN REJANG, SIBU
SARAWAK, 22 NOVEMBER 2011

YB Dato Sri Wong Soon Koh,

Menteri Kanan, Menteri Kewangan Kedua Sarawak,

Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak,

ADUN Bawang Assan N 47.

 

YB Datuk Tiong Thai King,

Ahli Parlimen Lanang P 211,

Merangkap Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu.

 

YB Dr Annuar Rapa'ee,

 ADUN Nangka N 49.

 

Y. Bhg Dato' Kamarul Zaman bin Md. Isa,

Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Y. Bhg Dato Sri Dr Hasan bin Abd Rahman,

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

 

Yang Berusaha Dr Zulkifli Jantan,

Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak.

 

Yang Berusaha Encik Sim Kok Kee,

Tuan Residen Bahagian Sibu.

 

Yang Berusaha Encik Jason Tai,

Managing Director Pansar Berhad.

 

Yang Berusaha Dr Muhamad Rais Abdullah,

Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu.

 

Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri,

 

Ketua-ketua kaum dan ketua-ketua masyarakat,

 

Datuk-datuk, Datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

 

 

Selamat pagi dan Salam 1 Malaysia,

 

 

1.            Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak kerana menganjurkan Majlis Perasmian Klinik 1 Malaysia, Taman Rejang, Sibu. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pejabat Residen Sibu, Majlis Perbandaran Sibu, Jabatan Kerja Raya Sibu dan semua pihak yang terlibat, di atas komitment bagi menjayakan majlis ini.

 

2.            Seperti mana yang hadirin sedia maklum, negeri Sarawak merupakan negeri yang terbesar dengan taburan penduduk yang meluas di semua bahagian. Sibu merupakan salah satu daripada bahagian yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang.

 

3.            Sehingga kini Sarawak mempunyai 196 buah klinik kesihatan, 24 buah klinik ibu dan anak, dan 7 buah klinik desa serta 8 buah Klinik 1 Malaysia. Klinik kesihatan di kawasan bandar menyediakan perkhidmatan secara menyeluruh, termasuk perkhidmatan pegawai perubatan; manakala Klinik 1 Malaysia hanya menyediakan perkhidmatan rawatan untuk penyakit ringan yang dikendalikan oleh Penolong Pegawai Perubatan.

 

4.            Penubuhan Klinik 1 Malaysia ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk mendekatkan perkhidmatan kesihatan dengan penduduk bandar yang mempunyai pendapatan yang rendah, di samping mengurangkan kesesakan klinik kesihatan di kawasan bandar. Pemilihan penubuhan Klinik 1 Malaysia di Taman Rejang, Sibu ini adalah bersesuaian dengan konsep penubuhan Klinik 1 Malaysia yang diuar-uarkan oleh kerajaan, iaitu "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

 

5.            Sarawak kini mempunyai 8 buah Klinik 1 Malaysia yang telah beroperasi, masing-masing dua (2) di Kuching iaitu K1M Matang dan K1M Padawan, dua (2) di Miri iaitu K1M Taman Tunku dan K1M Pujut, satu (1) di Bintulu iaitu K1M Sg Plan, dan tiga (3) di Sibu iaitu K1M Teku, K1M Sg Bidut dan K1M Taman Rejang.

 

6.            Pada 1 Januari 2012 nanti, sebanyak 2 buah lagi Klinik 1 Malaysia akan mula beroperasi iaitu Klinik 1 Malaysia Senadin, Miri dan Klinik 1 Malaysia Bintawa, Kuching.

 

7.            Semasa pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 yang lepas, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan sebanyak 50 buah Klinik 1 Malaysia akan ditubuhkan lagi di seluruh negara pada tahun 2012, di mana Sarawak telah diberi kuota untuk mendirikan 10 buah lagi Klinik 1 Malaysia. Secara keseluruhan pada penghujung tahun 2012 nanti, Sarawak secara keseluruhan akan mempunyai 20 buah Klinik 1 Malaysia.

 

Hadirin sekalian,

 

8.            K1M Taman Rejang merupakan bukti kerjasama pintar yang baik di antara beberapa agensi, iatu Majlis Perbandaran Sibu, Jabatan Kerja Raya Sibu, Pansar Berhaddan Jabatan Kesihatan Sarawak. Sekalung penghargaan kepada Majlis Perbandaran Sibu kerana membenarkan tapak tanah milik mereka bagi kegunaan Klinik 1 Malaysia tanpa bayaran sewa, dan terima kasih kepada Jabatan Kerja Raya Sibu di atas penyeliaan pembinaan klinik ini dan Pansar Berhad di atas sumbangan mereka dalam penajaan sebahagian kos pembinaan bangunan klinik ini. Inilah yang kita harapkan dari rakyat Malaysia, khususnya warga di Sarawak dalam meningkatkan taraf kesihatan penduduk di bandar. Melalui kerjasama begini, rakyat dapat memperkasakan taraf kesihatan mereka dengan bimbingan dari Jabatan Kesihatan Sarawak. Terima kasih saya ucapkan.

 

9.            Klinik ini mula beroperasi pada 21 Mac 2011. Ia dapat memberi perkhidmatan kesihatan yang dekat dengan penduduk, di mana seramai 20,000 orang dapat diliputi, iaitu dari Taman Rejang, taman perumahan kawasan Delta, kawasan perumahan Merdeka, kawasan perumahan Au Yong dan kawasan perumahan Brooke Drive. Purata kedatangan pesakit adalah antara 100 hingga 110 orang sehari dan ia merupakan klinik kedua yang mempunyai kedatangan yang tertinggi selepas Klinik 1 Malaysia Matang, Kuching.

 

Hadirin dan hadirat sekalian.

 

10.         Selain klinik 1 Malaysia, Sarawak juga mempunyai perkhidmatan pasukan kesihatan bergerak, di mana 57 adalah melalui darat, 34 melalui sungei dan 10 pasukan melalui udara (Flying Doctor Service), di mana ia memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk luar bandar.

 

11.         Dalam Rancangan Malaysia ke 10, Kementerian telah meluluskan 2 buah kilinik kesihatan yang baru iaitu Klinik Kesihatan Sibu Jaya dan Klinik Kesihatan Nanga Tada di Bahagian Sibu, masing-masing dengan kos sebanyak RM26 juta dan RM10 juta.

 

Hadirin sekalian,

 

12.         Sebelum mengundur diri, sekali lagi saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan semua pihak yang terlibat dalam memberi kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan majlis perasmian Klinik 1 Malaysia ini. Rakaman penghargaan juga ditujukan khusus kepada Pejabat Residen Sibu, Majlis Perbandaran Sibu, Jabatan Kerja Raya Sibu dan Pansar Berhad di atas kerjasama dan sumbangan dalam mendirikan Klinik 1 Malaysia ini, dan kepada semua Kementerian, Jabatan dan agensi yang berkaitan yang telah memberikan pelbagai bentuk kerjasama dan sokongan dalam menjayakan penubuhan Klinik 1 Malaysia di seluruh Sarawak.

 

13.         Tahniah dan penghargaan juga tidak dilupakan kepada pihak Urusetia Majlis yang terdiri daripada pelbagai agensi yang telah berjaya mengaturkan persiapan majlis yang begitu meriah pada hari ini.

 

14.         Maka dengan ini, saya merasmikan Klinik 1 Malaysia Taman Rejang, Sibu. Sekian. terima kasih.

Both comments and pings are currently closed.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads