Isnin, 13 Februari 2012

11 di subis sarawak - Google Blog Search

11 di subis sarawak - Google Blog Search


Gua Niah Khazanah Dunia Pelancongan Yang <b>...</b> - <b>Sarawak</b> Update

Posted: 06 Feb 2012 05:45 AM PST

Nama Taman Negara Niah (TNN) yang begitu terkenal kerana penemuan rangka manusia tertua di Asia Tenggara yang berusia 40,000 tahun, mungkin 'lenyap' dari peta pelancongan berikutan ketiadaan perkhidmatan pengangkutan awam.
 
Terletak di Pekan Batu Niah, kira-kira 90 kilometer dari Miri, TNN sepatutnya menjadi tarikan utama kepada pelancong di Utara Sarawak, namun ketiadaan kemudahan awam menyebabkan tempat penting bersejarah itu seolah-olah tidak diperdulikan.

Suatu ketika dulu, semasa penulis masih bersekolah di SMK Subis sekitar 90an, pekan Batu Niah mempunyai pengangkutan bas langsung dari Miri menghubungkan Miri – Batu Niah – Iran di Suai.

Penulis yang sering menghabiskan waktu hujung minggu dengan 'bertapa dalam gua' masih ingat ramai pelancong asing melawat gua sambil membawa kamera besar.

Pada masa itu, tidak sukar untuk pelancong datang dari Miri, kerana pengangkutan bas sentiasa ada sehingga jam 4 petang setiap hari.

Namun sejak 10 tahun lalu, pengangkutan bas tersebut dihentikan, atas alasan pengusaha tidak mahu meneruskan operasi kerana terpaksa bersaing dengan van sapu yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Bagi penduduk tempatan yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, mereka terpaksa bergantung dengan teksi ataupun van sapu untuk pergi ke Miri atau pun Bintulu.

Difahamkan, kemudahan pengangkutan bas hanya terdapat di Simpang Ngu, kira-kira 30 km dari pekan Batu Niah. Penduduk tempatan berharap agar perkhidmatan bas di Taman Negara Niah dan pekan Batu Niah disambung semula seperti sebelum ini.

Langkah itu penting untuk menyokong industri pelancongan di utara Sarawak, khususnya memudahkan pelancong yang ingin ke Taman Negara Niah.

Sementara itu,  pelancong asing yang ingin berkunjung ke taman negara berkenaan tiada pilihan dan terpaksa menggunakan khidmat van sapu atau teksi yang mengenakan kadar tambang mahal untuk membawa penumpang ke situ.

Sebagai contoh, tambang teksi atau van sapu dari persimpangan Batu Niah ke Taman Negara Niah ialah RM35, manakala dari pekan Niah ke taman negara berkenaan yang jaraknya hanya 12 kilometer ialah RM15.

Jurucakap dari sebuah agensi pelancongan di Miri ketika dihubungi berkata, bagi pelancong yang ingin menyewa teksi dari bandar raya Miri ke taman negara berkenaan, caj tidak tetap dan bergantung kepada situasi.

"Waktu malam kadar caj tambang yang dikenakan untuk ke destinasi berkenaan ialah RM160 hingga RM200 bagi setiap seorang pelancong," katanya sambil memberitahu ramai pelancong merungut untuk melawat Gua Niah kerana tambang yang terlalu mahal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads