Khamis, 2 Februari 2012

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


Pembunuhan Terancang 5 Sekeluarga <b>di Sibu, Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 04 Jan 2012 06:31 AM PST



SIBU: Lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak ditemui dibunuh dengan kejam di rumah mereka di RTM Road Lane 13B1 di sini kira-kira 7 pagi ini. 
Ahli perniagaan Ling Tong Hock, 36, anak lelakinya Lung Chei Qi, 10, anak perempuan Amy Ling Zi Jiun, tujuh, dan ibunya Leong Nyuk Lan, 76, ditemui mati kira-kira 7 pagi semalam, di kediaman mereka di RTM Road.
Seorang lagi anak lelaki Tong Hock, Kelvin Ling Chei You, lapan, dirawat di Unit Rawatan Rapi di Hospital Sibu akibat kecederaan parah di kepala.
"Anak yang bongsu meninggal dunia dunia di Hospital Sibu sejurus selepas tiba untuk rawatan akibat kecederaan parah di kepala," katanya.
Shafie berkata, polis percaya pelaku lebih daripada seorang dan mereka menggunakan objek tumpul dan objek tajam untuk membunuh mangsa. 
"Satu sidang media akan diadakan Timbalan Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Law Hong Soon, petang ini berhubung kes itu," katanya. - BERNAMA 
Full content generated by Get Full RSS.

Baucar BR1M mulai diserah kepada 6198 pemohon <b>di Sibu</b> <b>...</b>

Posted: 17 Jan 2012 05:17 PM PST

Posted on January 18, 2012, Wednesday

SIBU: Baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di sini mulai diserah kepada 6,198 pemohon yang berjaya bagi fasa pertama semalam.

Bagi penerima di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong dan Bukit Assek, baucar RM500 disampaikan oleh Ahli Parlimen Lanang Datuk Tiong Thai King.

Majlis penyerahan tersebut telah diadakan di Dewan Suarah Sibu yang turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Sibu Wong Sie Ming, Residen Bahagian Sibu Sim Kok Kee dan Temenggung Sir Andrian Ringgau.

Nudin Moksin, 48, salah seorang penerima bantuan ketika ditemui memberitahu bahawa beliau sangat gembira dan berterima kasih kepada kerajaan.

"Saya mengambil cuti setengah hari, semata-mata untuk hadir menerima bantuan berkenaan," ujar beliau yang bekerja di sebuah syarikat di sini.

Katanya, baucar tersebut akan digunakan untuk perbelanjaan keluarganya termasuk persekolahan anak-anaknya.

Selain itu, Nudin yang tinggal di Sibu Jaya juga berharap pemberian bantuan seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang.

Ini kerana ujar beliau, ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban rakyat khasnya mereka yang berpendapatan rendah.

Ragai Bakat, 87, yang berasal dari Rumah Juki, Belalang Salim turut senada dengan Nudin, mahukan bantuan seumpama itu diteruskan.

Beliau yang tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan memberitahu, bantuan itu amat bermakna untuk dirinya.

"Saya tidak mempunyai suami di samping anak-anak sudah membina kehidupan masing-masing. Bantuan ini amat bermakna apatah lagi saya yang telah tua untuk mengerah keringat seperti orang lain," ujarnya.

Katanya, beliau telah meminta seorang guru untuk membantunya mengisi borang permohonan sebelum menyerahkannya kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk diproses.

Sementara itu, Tiong dalam ucapannya menyelar golongan tertentu yang menganggap pemberian bantuan tersebut sebagai gimik politik untuk memancing undi.

Menurut Tiong, sikap itu adalah tidak bertanggungjawab kerana telah menggunakan usaha murni kerajaan untuk mengukuhkan kedudukan mereka dengan mempersoalkan keikhlasan kerajaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads