Isnin, 12 September 2011

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


PROGRAM JOM BERAMBEH BERSAMA KDN <b>DI SRI AMAN</b> <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2011 06:03 PM PDT

Kementerian Dalam Negeri meneruskan misi memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat melalui penganjuran pelbagai program berkaitan urusniaga utama Kementerian di kawasan-kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak.

Terbaru, Kementerian Dalam Negeri menganjurkan program "Jom Berambeh Bersama KDN" di Rumah Panjang Ringgit Anak Bayang, Kampung Ibol di Sri Aman, Sarawak. Program yang berlangsung selama dua hari mulai 9 hingga 10 April 2011 tersebut bermula dengan aktiviti gotong-royong mengecat rumah panjang yang telah uzur tersebut. Aktiviti gotong-royong tersebut melibatkan penghuni rumah panjang tersebut, anggota-anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), anggota-anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan warga KDN.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Lee Chee Leong yang merasmikan program tersebut pada 10 April 2011 tersebut menyatakan perasaan gembira dan berpuas hati dengan sambutan program yang diterima oleh masyarakat di sekitar Sri Aman.

"Saya berasa sangat terharu dengan sambutan dan kerjasama yang diberikan oleh kerajaan Negeri Sarawak, Tuan Residen dan Tuai Rumah yang sudi menerima kehadiran saya dan warga KDN bagi memberi perkhidmatan di sini. Tuan-tuan adalah dialu-alukan menyuarakan sebarang masalah berkaitan KDN dan Jabatan di bawahnya pada hari ini untuk diambil tindakan," kata Dato' Lee Chee Leong dalam ucapan perasmiannya.

Program yang bermula seawal jam 7.00 pagi tersebut turut diserikan dengan pelbagai aktiviti lain seperti pertandingan pakaian tradisional, pertandingan ratu kebaya, penyerahan dokumen MyKad dan MyKid, penyerahan uniform RELA, tayangan filem, cabutan bertuah, pembukaan kaunter perkhidmatan KDN, pemeriksaan kesihatan percuma dan lain-lain lagi.

—team ikdn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads