Ahad, 11 September 2011

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


<b>Sarawak</b> Post | Berita Dan Politik Terkini | Utusan <b>Sarawak</b> | Utusan <b>...</b>

Posted: 03 Sep 2011 01:09 PM PDT

Kemalangan Maut Di Sarikei Sarawak

SARIKEI: Seorang wanita berusia 36 tahun dan bayi perempuannya yang baru berusia 5 bulan maut dalam satu nahas jalan raya yang berlaku berhampiran Sekolah Rendah Bantuan (SRB) Bulat Sarikei, malam kelmarin.

Kemalangan itu dipercayai berlaku sekitar jam 7 malam, apabila kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu oleh suami mangsa dan turut ditumpangi oleh nenek kepada bayi tersebut, telah bertembung dengan sebuah kereta Hyundai yang datang dari arah bertentangan.

Impak daripada kemalangan itu menyebabkan wanita tersebut meninggal dunia di tempat kejadian manakala bayinya meninggal di Hospital Sarikei. Kedua-dua mangsa, ibu dan anak dipercayai meninggal akibat kecederaan yang serius di beberapa bahagian utama badan.

Manakala suami mangsa dan ibunya turut mengalami kecederaan yang serius dan telah dirujuk ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan susulan pada tengah malam tadi.

Sepasang suami isteri bersama dengan anak mereka yang berada di dalam kereta Hyundai pula turut mengalami beberapa kecederaan dan isterinya telah patah kaki.

Ketiga-tiga mereka telah dibawa ke Hospital Sarikei untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kemalangan tersebut juga turut mengakibatkan sebuah kereta Wira yang berada di belakang kereta Hyundai melanggar bahagian belakangnya.

Namun kejadian tersebut hanya mengakibatkan kerosakan kepada keretanya dan tiada kecederaan yang berlaku.

Punca kemalangan tersebut masih lagi dalam siasatan pihak polis.

Dalam satu lagi kes berasingan, seorang wanita Cina yang berusia 29 tahun telah mengalami kerugian lebih kurang RM1,000 selepas rantai emasnya  diragut oleh dua orang peragut yang menggunakan sebuah motosikal jenis skuter.

Menurut mangsa, kejadian itu telah berlaku di rumah kediaman emak mertuanya di Jalan Bawal di sini pada jam 12.45 tengah hari semalam.

Ketika kejadian itu berlaku, mangsa baru selesai membuka pintu pagar rumah serta hendak masuk semula ke dalam keretanya untuk mengambil barang, apabila salah seorang dari peragut itu telah bertindak meragut rantai emas miliknya dari belakang, tanpa disedari oleh mangsa.

Dalam sekelip mata juga menurut mangsa, dia melihat peragut terbabit telah berada membonceng di belakang rakannya yang telah sedia menunggu dengan motosikal skuter yang berwarna unggu tidak jauh dari lokasi terbabit sebelum mereka berdua memecut melarikan diri.

Berikutan kejadian itu mangsa telah bertindak melaporkan kejadian tersebut di Balai Polis Pusat Sarikei dan kes tersebut kini masih lagi dalam siasatan.

Copy the code below to your web site.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads