Jumaat, 2 September 2011

11 di limbang - Google Blog Search

11 di limbang - Google Blog Search


Sambutan Kemerdekaan « <b>Di</b> Halaman <b>Limbang</b>….

Posted: 18 Aug 2011 12:09 AM PDT

INSYA-ALLAH tahun ini aku dapat berpuasa di Limbang dan beraya di sini sekaligus. Bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan bagi kita rakyat Malaysia dan kedatangan Ramadhan juga menghangatkan lagi suasana yang ada ini. Bagi aku, suasana yang ada ini terutamanya bulan Ramadhan yang mubarak sedikit sebanyak menjejaskan sambutan bulan kemerdekaan yang diwar-warkan oleh pihak kerajaan sekarang.

Mungkin kesibukan menyambut kedatangan bulan yang mubarak ini melupakan sebahagian daripada kita untuk meraikan bulan kemerdekaan. Walaupun banyak pihak termasuk pihak kerajaan melalui jabatan-jabatan kerajaan yang mewar-warkan kemerdekaan dan begitu juga dengan media massa yang cuba untuk memberi laporan tentang kehangatan suasana tersebut namun masih hambar. Jalur gemilang tidak ramai yang mengibarkannya di rumah-rumah, bangunan-bangunan serta kenderaan-kenderaan. Hanya bangunan kerajaan sahaja yang sudah mengibarkan jalur gemilang setakat ini, itupun atas arahan dari pihak atasan.

Samada disebabkan oleh suasana Ramadhan atau kurangnya semangat di kalangan rakyat untuk menyambut bulan kemerdekaan belum dapat untuk kita pastikan.

Bagi aku, bulan kemerdekaan yang disambut setiap tahun oleh kebanyakkan kita seakan semakin kurang hangat dan kurang mendapat sambutan walaupun telah diarahkan agar memberi perhatian yang lebih ke atas sambutan tersebut. Mungkin banyak faktor yang menyebabkan begitu lesunya sambutan kemerdekaan tahun ini. Yang pasti, kedatangan bulan Ramadhan yang mubarak antara faktornya, terjadinya pelbagai isu-isu nasional seperti perhimpunan BERSIH dan kes pemurtadan orang Islam baru-baru ini menenggelam suasana kemerdekaan yang akan disambut oleh negara kita.  Faktor ini sedikit sebanyak mempengaruhi suasana semangat rakyat Malaysia untuk memeriahkan sambutan tersebut.

Faktor dalam diri kita sendiri juga merupakan faktor yang mendorong kepada kelesuan sambutan ini, kita semakin jauh dari semangat jati diri iaitu cintakan negara semakin berkurangan berbanding generasi terdahulu yang begitu kuat jati diri untuk mempertahankan negara dari dijajah. Untuk menyambut kedatangan kemerdekaan negara kitapun rasa tidak bersemangat, inikan lagi untuk mempertahankan negara dari dijajah oleh pihak asing.

Pihak-pihak yang tertentu sudah memberi ruang untuk mempromosikan sambutan ini dengan kaedah dua serampang iaitu sambutan berbuka puasa yang diselang dengan ceramah kemerdekaan selepas solat sunat Tarawih. Bila diperhatikan, suasana yang diwujudkan masih lesu lagi. Suasana ini perlu diwujudkan oleh rakyat Malaysia sendiri tanpa diarah dan disogok kerana kita sudah mengetahui akan hari kemerdekaan negara kita sendiri. Kita tanyalah diri kita sendiri, apakah warganegara kita?

Advertisement

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads