ads

Khamis, 25 Ogos 2011

di negeri sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sarawak - Google Blog Search


Dua sekolah rendah agama dibina <b>di Sarawak</b> tahun depan | My Library

Posted: 15 Aug 2011 08:22 PM PDT

Posted on August 16, 2011, Tuesday

http://www.theborneopost.com/2011/08/16/dua-sekolah-rendah-agama-dibina-di-sarawak-tahun-depan/

KUCHING: Kerajaan negeri bakal membina dua sekolah rendah agama menjelang tahun depan menerusi Rancangan Malaysia Ke-10.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata, dua sekolah itu nanti masing-masing dibina di Mukah dan Kuching.

"Kerajaan membina dua lagi sekolah rendah agama adalah bagi memenuhi permintaan dan keperluan di kedua-dua kawasan itu menerusi peruntukan daripada kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di SMK Tun Ahmad Zaidi di sini semalam.

Daud memberitahu dengan adanya dua lagi sekolah rendah agama di Sarawak ia dapat menambah peluang anak-anak tempatan untuk belajar di sekolah tersebut.

"Sekarang ini kita ada lapan sekolah agama, dua sekolah menengah dan selebihnya sekolah rendah di setiap bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu, Miri dan Limbang kecuali Mukah dan Kapit," katanya.

Tambahnya, dengan adanya MoU tersebut, ia dapat memudahkan urusan pentadbiran dan pembangunan sekolah agama di negeri ini.

"Saya berharap dengan adanya MoU ini ia dapat memudahkan kerajaan menghulurkan bantuan serta meningkatkan mutu prestasi pelajar di sekolah ini sekali gus mencapai sasaran kita untuk menjadi sekolah berprestij di negeri ini," ujarnya.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Putit Matzen, Mufti Negeri Sarawak Ustaz Kipli Yasin, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia Datuk Dr Rosli Mohamed dan tetamu kehormat lain.

Advertisement

Jadual Waktu Berbuka dan Imsak bagi <b>Negeri Sarawak</b> 1432H/2011 <b>...</b>

Posted: 28 Jul 2011 12:14 PM PDT

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi kawasan-kawasan di negeri Sarawak untuk tahun 1432H/2011. Anda boleh melihat secara terus atau muat turun (download) melalui pautan yang disediakan.

Waktu Berbuka dan Imsak bagi kawasan di negeri Sarawak

Sarawak

Berikut adalah senarai kawasan yang berada dalam zon-zon waktu di negeri Sarawak:

Zon 1 – Limbang, Sundar, Trusan dan Lawas

Zon 2 – Niah, Bekenu, Miri, Sibuti dan Marudi

Zon 3 – Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh dan Bintulu

Zon 4 – Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Kapit dan Song

Zon 5 – Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor dan Rajang

Zon 6 – Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban dan Debak

Zon 7 – Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau dan Meludam

Zon 8 – Kuching, Lundu, Bau dan Sematan

Sila download salinan jadual waktu berbuka dan imsak negeri Sarawak melalui paparan Sribd di atas.

Sumber: e-Solat JAKIM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved