Khamis, 18 Ogos 2011

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Larian pelajar SK St Columba <b>di Miri, Sarawak</b> - bumisepi v1

Posted: 01 Jul 2011 05:34 PM PDT

July 2nd, 2011 | by abuadam |

image

Acara ini diadakan di pdg pusat belia Miri sempena larian 1murid 1sukan 1malaysia yang  diadakan Serentak di semua sekolah seluruh malaysia pada 2 Julai 2011. Padang pusat belia terletak di tengah bandaraya miri di antara sekolah2 dan pejabat2 agensi kerajaan.

>>> Posted from xperia x10 running WordPress for Android

Tags: , ,

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kemalangan <b>di miri sarawak</b>

Posted: 26 Jul 2011 01:03 PM PDT

MIRI: Hajat seorang lelaki warga emas untuk menikmati sarapan pagi bersama rakan-rakan sebagaimana rutin sehariannya tidak kesampaian apabila terbunuh setelah dilanggar sebuah lori dari arah belakang dalam satu kemalangan yang berlaku di Jalan Tudan di sini awal pagi semalam.

Mangsa yang berusia 70 tahun dari Tudan Fasa 2 di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan dan kaki setelah digilis lori berkenaan.

Kelihatan beberapa pegawai perubatan sedang memberi rawatan kepada mangsa yang sudah tidak bernyawa di tempat kejadian.

Menurut sumber, dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 7 pagi itu, mangsa sedang berjalan kaki seorang diri di tepi jalan menuju ke arah Pusat Komersil Emart di sini apabila tiba-tiba dilanggar oleh sebuah lori yang datang dari arah Tudan menuju pusat komersil yang sama.

Setelah dilanggar dari arah belakang, mangsa kemudian terjatuh menyebabkan kedua-dua belah kakinya patah setelah digilis tayar lori tersebut.

Sepasukan anggota polis trafik dan kakitangan perubatan dari Hospital Miri telah berkejar ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan tentang kejadian itu.

Menurut adik lelaki mangsa yang sempat ditemui di tempat kejadian, mangsa masih bujang dan tinggal bersamanya di Tudan Fasa 2 di sini.

Katanya, adalah menjadi rutin harian abangnya pergi ke sebuah kedai kopi di Pusat Komersil Emart untuk bersarapan pagi bersama beberapa orang rakannya.

"Setiap pagi abang saya akan pergi ke kedai kopi di Emart untuk menikmati sarapan pagi bersama beberapa rakannya dan saya langsung tidak menyangka dia akan pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya pagi ini kerana semasa dia keluar rumah pagi tadi, dia hanya keluar untuk bersarapan," ujar beliau dalam nada sedih.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Miri untuk proses bedah-siasat.

Dalam pada itu, polis trafik Miri masih belum dapat mengesahkan sama ada kes tersebut langgar lari atau sebaliknya dan mereka masih menunggu pemandu lori terbabit tampil membuat laporan polis ataupun menyerah diri untuk membantu siasatan lanjut polis.

Copy the code below to your web site.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pemanah S&#39;wak berentap <b>di Miri</b> | BorneoPost Online | Borneo <b>...</b>

Posted: 09 Aug 2011 04:43 PM PDT

Posted on August 10, 2011, Wednesday

MIRI: Miri akan menjadi medan pertarungan bagi atlet-atlet memanah seluruh Sarawak pada Kejohanan Memanah Sarawak ke-16 yang bakal berlangsung pada 16-21 September depan.

Kesemua acara kejohanan anjuran bersama Persatuan Memanah Sarawak (Pemasa) dan juga Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) ini dijangka akan berlangsung di Stadium Miri, di sini.

Menurut kenyataan yang difakskan ke pejabat Utusan Borneo Miri semalam, terdapat pelbagai kategori yang dipertandingkan dan ia turut terbahagi kepada penyertaan individu dan juga berkumpulan.

Dalam pada itu, penyertaan pada tahun ini dijangkakan melebihi jumlah peserta tahun sebelumnya yang diadakan di Kuching.

Borang penyertaan untuk semua kategori hendaklah diserahkan kepada pihak penganjur sebelum atau pada 2 September.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Chong Yap Lee (016-8118866) atau Chong Yap Jin (085-285258/013-8035630).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads