ads

Ahad, 21 Ogos 2011

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


143684 pekerja asing sudah jalani pendaftaran biometrik <b>...</b>

Posted: 17 Aug 2011 08:48 PM PDT

by Sandy Mark Luna. Posted on August 18, 2011, Thursday

Namun masih ramai majikan dipercayai belum tunai tanggungjawab

KUCHING: Sebanyak 60 peratus dari jumlah 143,684 pekerja asing sah di Sarawak sudah menjalani pendaftaran biometrik dibawah Program 6P setakat ini.

Pengarah Jabatan Imigresen Sarawak, Datu Robert Lian memberitahu, beliau percaya masih ramai majikan belum menunaikan tanggungjawab dalam menjayakan projek peringkat kebangsaan bagi mengetahui jumlah pekerja asing di negeri ini.

Katanya, majoriti majikan yang sudah mendaftarkan pekerja mereka terdiri daripada syarikat besar.

"Saya rasa mereka masih enggan tampil… tidak tahu kenapa kerana ia sebenar-nya untuk kebaikan mereka juga.

"Sekiranya mereka gagal mendaftarkan pekerja mereka, kita tidak dapat melanjutkan permit kerja dan tidak akan membenarkan mereka mengambil pekerja asing lagi selepas tempoh pendaftaran tamat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis menaikkan 'Sang Merah Putih' sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Indonesia ke-66 di Pejabat Konsulat Jeneral Republik Indonesia, di sini, semalam.

Setakat 15 Ogos, seramai 82,700 pekerja asing dan 2,485 majikan didaftarkan di negeri ini.

Mengikut pecahan tempat pula, Bintulu berjaya mendaftarkan seramai 24,465 orang pekerja asing, Miri (22,309), Sibu (15,905), Kuching (13,763), Sri Aman (2,629), Sarikei (1,810), Kapit (855), Lawas (780) dan Limbang (184).

Manakala mengikut sektor pula, sektor perkhidmatan seramai 9,191 pekerja asing didaftarkan, sektor kilang (26,826), sektor pembinaan (7,046) dan sektor perladangan/pertanian (39,637).

Seramai 21,623 yang datang terus ke pusat untuk mendaftar dan seramai 61,623 orang didaftarkan unit bergerak.

Robert memberitahu, unit bergerak Imigresen juga sentiasa bersedia berkhidmat untuk pergi ke tempat kerja sekiranya terdapat permintaan dan keperluan.

"Sebuah pasukan kami mengambil masa lima jam untuk pergi ke sebuah kilang di pedalaman Kapit, tetapi kita pergi juga sekiranya ada pekerja asing yang perlu didaftarkan.

"Pada masa yang sama, kita bergantung kepada kepada kerjasama pihak majikan untuk membawa pekerja mereka ke pusat pendaftaran kita," katanya.

Sementara itu, Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Malaysia Joko Suprapto, menyeru majikan khususnya yang mempunyai pekerja dari Indonesia, untuk memberikan kerjasama kerajaan negeri.

"Mereka perlu menyokong seruan kerajaan negeri untuk kepentingan kedua-dua pihak. Saya ingin menggalakkan semua majikan untuk membantu mendaftarkan pekerja mereka," katanya.

Proses pendaftaran pelawat ke negara ini menggunakan sistem biometrik yang mula dilaksanakan kerajaan pada 1 Jun lepas di pintu-pintu masuk, akan berakhir pada 21 Ogos ini.

Antara sembilan pintu masuk di Sarawak-Indonesia adalah; Sematan, Biawak, Serikin, Bunan Gega, Tebedu, Batu Lintang (Sri Aman), Badau (Lubok Antu) manakala Sarawak-Brunei pula; Sungai Tujuh, Pandaruan, Kedungan, Mangkalap.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved