Sabtu, 9 Julai 2011

11 di mukah sarawak - Google Blog Search

11 di mukah sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di mukah sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 07:15 PM PDT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah, pada kali ini dapat luangkan sedikit masa untuk menggerakkan jari jemari saya bagi meluahkan rasa kegembiraan setelah berada 5 tahun di Mukah Sarawak..

Terasa begitu sekejap masa berlalu.. Dalam terpaksa berkhidmat di Mukah Sarawak, sedar tak sedar dah lebih 5 tahun saya berada di sini.. Dalam pada tu saya telah pun mempunyai harta yang paling berharga dalam hidup saya iaitu...  2 orang hero saya.. ;)

Gambar terbaru saya dengan 2 orang hero..

Banyak kenangan indah, suka dan duka yang saya lalui sepanjang berada di sini.. Tapi kata orang walaupun hujan emas jatuh di negeri orang sekali pun, dan hujan batu turun di negeri sendiri.. lebih baik di negeri sendiri.. ;) 

Saya mula menjejakkan kaki ke bumi Mukah Sarawak pada 3 April 2006 dan melapor diri pada keesokan harinya iaitu 4 April 2006.. Masa tu Politeknik Mukah ni hanya ada seramai 260 orang pelajar.. Pada masa sekarang ini pelajar PMU dah melebihi 3000 orang pelajar..

Saya dan isteri menjejakkan kaki ke Mukah pada tahun 2006

Masa tu jabatan yang saya bertugas sekarang ni iaitu Jab. Kej. Elektrik belum di buka lagi.. Tapi ada 2 orang staf yang mempunyai latar belakang elektrik yang masing-masing sedang berada di Jab. Teknologi Maklumat Dan Komunikasi dan Jab. Matematik Sains Dan Komputer..

Pada sesi Jun 2006 saya, Pn. Harniza dan En. Firdaus di arahkan untuk membuka Jabatan Kejuruteraan Elektrik.. Masa tu agak terkial-kial jugalah kami.. Baru mula bekerja, terlalu banyak perkara yang kami tak tahu.. Lepas tu diarahkan pula untuk membuka dan seterusnya mentadbir jabatan.. 

Syukur alhamdulillah dengan berkat usaha untuk mencuba sebaik yang mungkin.. Akhirnya kami berjaya juga membuka JKE.. Dapatlah membeli barang-barang keperluan untuk pejabat dan proses P&P sebelum membuat pengambilang sulung pada sesi Januari 2007..  

Mengikuti sesi Training peralatan-peralatan P&P dari pembekal

Kami memulakan pengambilan pertama dengan sebuah kelas untuk program Sijil Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dan sebuah kelas untuk Diploma Kejuruteraan Elektronik.. Bilangan pelajar masa tu 38 orang..

Pada masa tu di JKE kami hanya ada seramai 7 orang pensyarah dan seorang juruteknik.. Kira oklah pada masa tu.. Dalam masa yang sama kami turut membantu mengajar kursus elektrik untuk pelajar-pelajar semester 1 dan semester 2 Jab. Kej. Mekanikal, kursus Digit untuk pelajar Teknologi Maklumat dan seterusnya Kursus Matematik Kejuruteraan.. 

Staf awal JKE..

Pada semester berikutnya iaitu pada Julai 2007, pertambahan pelajar JKE meningkat kepada 3-4 kali ganda.. Kami dikehendaki menerima 3 buah kelas pelajar sijil dan 3 buah kelas pelajar Diploma.. dengan kemasukan pelajar baru JKE dalam lingkungan 200 orang.. Semester tersebut merupakan rekod pengambilan pelajar PMU paling ramai setakat ini dengan bilangan kemasukan keseluruhan pelajar hampir 1000 orang.. 

Terlalu banyak kenangan-kenangan indah sepanjang 5 tahun berada di PMU yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata mahupun tulisan.. Saya cuba untuk berkongsikan sebahagian daripadanya.. ;)

Mengikuti Kursus Pendawaian di Makmal Pendawaian JKE

Hari Keluarga Pertama JKE di Pantai Tapak Pesta Kaul..

Menerima ole-ole dari Ketua Jab. pertama JKE sempena hari keluarga PMU

Menjadi Pegawai Pengiring pertandingan ROBOCON di PSMZA, Dungun

Bersama isteri sewaktu mengikuti kursus CPCM di Kuching..

Baru balik dari Barok Cafe, Kuching.. Naik perahu di malam hari..

Mengikuti Kursus Induksi bersama isteri di Langkawi..

Kenangan di Langkawi bersama Ikan Arapaima gergasi..

Membawa pasukan kayak PMU menyertai Safari berakit sempena Pesta Kaul 2008

Aktiviti Berakit.. 

Gambar-gambar sewaktu mengadakan Xplorasi kelab kayak PMU pada tahun 2008..

Gambar-gambar kenangan sewaktu Mengikuti kursus Biro Tata negara di Kundasang Sabah 

Di antara bulan Jun 2008 sehingga Disember 2010 saya banyak terlibat dengan urusan pengurusan Politeknik.. Jadi kerja-kerja saya banyak tertumpu pada mesyuarat dan kerja-kerja pejabat.. Jadi tak ada banyak perkara menarik yang dapat dikongsikan bersama.. 

Kalau anda berminat nak tahu juga, bolehlah layari blog sembang hari2.. Ada sedikit sebanyak coretan demi coretan saya tentang pengalaman hidup di Mukah Sarawak..

Gambar kenangan bersama pasukan pengurusan PMU pada tahun 2010..

Pada tahun 2011 saya kembali ke JKE semula.. Dengan harapan besar supaya dapat berpindah ke semenanjung setelah 5 tahun berkhidmat di Mukah Sarawak..

Sekiranya tak dapat berpindah pun, tidak menjadi masalah buat saya dan isteri.. Tapi bila mengenangkan diri saya yang sentiasa duduk berjauhan dari keluarga, saya rasa dah sampai masanya untuk tinggal berdekatan dengan keluarga..

Maklumlah saya mula masuk ke asrama sejak berumur 11 tahun (darjah 5) sehingga tamat sekolah menengah.. Kemudian sambung belajar di Johor dari tahun 1999 sehingga 2005.. Seterusnya berkhidmat di Mukah Sarawak dari tahun 2006 sehingga sekarang..

Jadi harapan saya supaya dapatlah berpindah ke negeri Perak.. Selain negeri Perak, kami rasa kalau tak berpindah pun tak mengapa.. ;)

Kepada rakan-rakan yang lain.. Jom Follow saya untuk berkhidmat selama 5 tahun di wilayah lain.. Terutama bagi mereka yang belum berkahwin.. Masa ni lah seronok nak menimba pengalaman di tempat orang..

Ada berani?.. Kalau tak berani.. follow blog saya pun kira oklah.. Dapat juga mengikuti coretan demi coretan saya sepanjang berada di Mukah Sarawak... Selain itu anda juga akan mendapat pengiktirafan sebagai tetamu VVIP blog ini ;)

Admin Blog

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads