11 di limbang - Google Blog Search |
BLOG SARAWAK: 11 <b>di limbang</b> - Google Blog Search Posted: 10 Jul 2011 09:05 PM PDT | ISMADI YUSUF: Bila Aku Bercuti <b>Di Limbang</b> - Bahagian Kedua Posted: 15 Jun 2011 11:42 PM PDT SESAMPAI di Limbang, aku dan keluarga pergi ke Lawas dan tinggal di Hotel Seri Malaysia, merupakan cawangan yang pertama di Sarawak. Nampak seksi juga hotel ni tapi lenggang sikit, mungkin orang dah lepas bercuti tapi aku baru mula nak bercuti. Hari Ahad aku bertolak ke Lawas, sebelah petangnya, aku dan keluarga serta ipar aku pergi ke Sipitang, Sabah untuk menikmati satay Sipitang. Orang bilang, satay kat Sipitang sedap jadi cuba-cuba nak rasalah bersama keluarga dan ipar sekali. Terasa juga sedapnya tapi anak-anak aku tak berapa berkenan nak makan satay, cuma aku dan ipar aku sahaja yang begitu "terseliur".Petang tu terus balik lagi ke Lawas dan lepak sahaja di bilik hotel sehingga ke pagi. Aku keluar cuma nak beli barang dengan anak aku yang lelaki. Tak de apa nak dibuat cuma menonton rancangan Akademik Fantasia peringkat akhir yang dimenangi oleh Hazama. Melihat akan persembahan finalis ni, memang patutpun si Hazama menang dan Lenapun patut di tempat kedua dan yang tak patutnya mengapa pula aku nak menonton rancangan ini. Dah anak-anak menonton akupun ikut sama. Hanya isteri dan anak bongsu aku yang awal tidur, lepas tu semuanya tidur. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Esoknya, kami sekeluarga bersarapan di hotel tu kerana disediakan untuk semalam di situ. Sarapannya agak ringkas dan padat....makanan yang dihidangkan roti...nasi bubur...nasi goreng...mee goreng... kacang panggang...sosej...nasi lemak.....laksa Sarawak....buah-buahan serta air buahan dan tak lupa juga teh dan kopi. Kami sekeluarga check-in dalam pukul 1.00 tengahari, singgah sekejap di pasaraya ngiu kee mencari keperluan dan terus balik ke Limbang. Antara sempadan Lawas/Brunei tak sesak sangat, cuma sempadan Brunei/Limbang begitu panjang barisannya untuk masuk ke Limbang. Kesesakan ini biasanya berlaku apabila nak naik feri, feri cuma muat untuk 8 buah kereta sahaja. Jika lori masuk sekali cuma 5 - 6 buah sahaja yang dapat masuk ke dalam feri. Hampir 30 minit juga menunggu untuk dapat masuk ke dalam feri, lepas keluar dari feri aku pecutlah kereta untuk cepat sampai ke rumah. Sampai di rumah dalam pukul 5 petang... Dan malamnya, aku tak berapa sihat...mungkin terlampau penat dan lelah...mungkin usia aku semakin lanjut untuk meneruskan perjalanan sebegini.... Dan kat bawah ni gambar-gambar semasa di Lawas dan balik ke Limbang... |
You are subscribed to email updates from di limbang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan