Ahad, 3 Julai 2011

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di betong sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Jun 2011 07:30 PM PDT

Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi kerana masih lagi diberi nikmat hidup untuk meneruskan perjalanan sbgi seorang hamba, dan sbgi seorang da'ie kepada agama Allah swt. Dan marilah kita juga bersyukur krna telah diberi nikmat iman dan islam, satu nikmat yg tak ternilai harganya. Terpulang kepada kita samada ingin menggunakan nikmat tersebut untuk kebaikan kita di hari akhirat kelak, atau pun mensia-siakannya di dunia yg sementara ini. Subhanallah.

Semalam, sy baru shj menjejakkan kaki di uni tercinta, UTP. Kelewatan untuk menregister masuk ke uni sbgi Final Semester Student adalah disebabkan terpaksa pulang ke sisi keluarga yg nun jauh di Betong Sarawak, atas sbb kesihatan ayahanda yg tidak sihat. Ayahanda dikatakan dijangkiti virus/kuman bwh tanah, cause a very high fever. Selama 10 hari beliau berada di hospital. Tapi saya hanya sempat menjaganya di hospital selama 2 malam, kerana setibanya diriku di Hospital Betong itu, demam ayahanda hilang dibawa angin bukit belakang hospital. Entah bagaimana, tapi itu semuanya kuasa Allah swt. Takdir Allah, membawa aku pulang untuk berkhidmat kpd ayahanda, seterusnya ibonda di rumah. Bonda pun tak sihat juga. Tugas rutin ku adalah menghantar adik ke sekolah, pagi dan petang, membeli kueh di pasar Betong, dan membantu bonda di dapur dan di ampaian. Dan juga menjadi driver sepenuh masa kpd bonda, ke mana shj dia ingin pergi, akan ku penuhi. Sbgi contoh, di Betong, tiada ikan di jual di pasar (kerana keadaan geografi Betong yg jauh dr sungai/jeti), maka saya akan mendrive bonda ke Sri Aman, atau pun Saratok untuk membeli ikan. Jangan terkejut jika saya beritahu, jaraknya dari Betong ke Sri Aman@Saratok ialah 1 jam++, menggunakan proton wira. Oleh kerana rezeki Tuhan itu ada di mana-mana, maka usahlah mengeluh jika sukar untuk mendapatkan rezeki Allah swt itu. Kerana masih ada yg lagi sukar berbanding kita di semenanjung ini. Hehe.

Itulah rutin harian selama dua minggu di Betong. Hurm. Bagi diriku, tiada apa yg menarik sgt di Betong ini, melainkan kaum melayu dan islam yg menjadi minoriti dalam masyarakat di Betong. Tapi Alhamdulillah, masjid di sana walaupun tersangat sedikit yg me'meriah'kannya, solat lima waktu masih lagi hidup. Dan saya pun mengambil kesempatan untuk me'meriah'kan sekali solat maghrib dan isya'. Terasa rindu pada Masjid Betong. Hehe.

Sekembalinya ke Uni, niatkan dalam hatiku, untuk mencari cinta Allah swt. Dan cuba untuk melupakan cinta pd manusia, 'itu'. Huhu. Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Bantulah hambaMu ini Ya Allah. Kuatkanlah hati hambaMu ini untuk hadapi ujianMu Ya Alllah. HambaMu ini ikhlas untuk mencari cintaMu Ya Allah. Janganlah kau pesongkan hati hambaMu ini dgn perempuan-perempuan di dunia ini Ya Allah. Kerana iman hambaMu ini tersangatlah lemah. Tetapkanlah hati ini dijalanMu Ya Allah 3x. Amin.

work to do after solah - recite al-Quran, zikrullah (Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33x, diikuti dengan la ilaha illallahu wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai'in qadir. Maka akan diampuni dosa-dosa kita, walaupun sebanyak buih di lautan. Selamat beramal. Hehe)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

1 ulasan:

  1. "Hujan emas di negeri orang ujan batu di negeri sendiri..Sebagai perantau penulis mesti ingat pepatah melayu."....

    BalasPadam

ads