11 di sarikei sarawak - Google Blog Search |
AirKu; Air Malaysia: Empangan Gerugul Posted: 13 May 2011 10:51 PM PDT Empangan Gerugul di Sarawak membekalkan bekalan air bersih ke bandar Sarikei. Fenomena El Nino Pada 6 Ogos 2009, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan menyatakan musim kemarau ekoran fenomena El Nino, menyebabkan paras air di empangan dan Sungai Sarawak Kiri menurun secara tiba-tiba. Lembaga Air Kuching mendapatkan bekalan air mentah dari empangan ini. August 06, 2009 22:03 PM Catuan Bekalan Air Di Sarawak KUCHING, 6 Ogos (Bernama) -- Sarawak yang sedang mengalami masalah kekurangan air akibat musim kemarau sejak beberapa minggu lalu akan mencatu bekalan air di sesetengah kawasan. Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan berkata musim kemarau ekoran fenomena El Nino, menyebabkan paras air di empangan dan sungai menurun secara tiba-tiba. "Kawasan sekitar bandar Sarikei di pantai tengah Sarawak paling teruk dilanda kemarau di mana air mentah dari Empangan Gerugul semakin berkurangan. "Musim kemarau selama dua minggu lagi akan menjejaskan ribuan penduduk di Bahagian Sarikei. "Notis mengenai masa catuan di Sarikei akan dikeluarkan esok bagi menjimatkan penggunaan air di kawasan berkenaan sementara di Simunjan di Bahagian Samarahan, notis telah dikeluarkan hari ini," katanya kepada pemberita di sini Khamis. Dr Chan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri berkata Tanjung Manis, Belawai dan Beladin di Bahagian Mukah adalah antara kawasan yang dikuatiri akan mengalami kekurangan bekalan air. "Musim kemarau yang berpanjangan menyebabkan paras air di Sungai Sarawak Kiri, di mana Lembaga Air Kuching mendapatkan bekalan air mentah menjadi begitu rendah. "Saya menyeru kepada pengguna agar tidak membazir air, jika tidak pihak berkaitan akan mengenakan catuan air," katanya. Dr Chan berkata kira-kita dua juta meter padu air telah diedarkan menerusi lori tangki, trak dan bot Jabatan Kerja Raya kepada 75 kampung yang mengalami musim kemarau. Beliau berkata operasi pembenihan awan di kawasan tadahan air di sini dan beberapa kawasan pantai akan dilakukan bermula Isnin depan untuk menghasilkan hujan. "Berikutan taufan Morakot yang membawa asing kencang, tidak terdapat pembentukan awan beberapa hari lalu. Jabatan Meteorologi Negeri meramalkan lebih banyak awam akan terbentuk hujan apabila taufan tersebut dijangka tiba dua hari lagi," katanya. ---Berita dari BERNAMA |
You are subscribed to email updates from di sarikei sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan