Khamis, 9 Jun 2011

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


DARI HATI: Balik Kampung @ <b>Saratok</b>, <b>Sarawak</b>

Posted: 01 Apr 2011 09:05 PM PDT

Bismillah...

Ibu baru je dapat call dari Zauji, katanya baru tiba di dpn rumah Pak Idi dan Mawar..Rupanya sempat dia berkunjung ke rumah kwn2 kami semasa di Saratok dulu.. Cemburu pulak rasanya bila dgr Zauji dah sampai Saratok.. Pantas dia bercerita anak sahabat kami dah besar, dulu Ibu dan Mawar melalui fasa mengandung bersama sama , dan seorang lagi kwn kami Mak Limin . Agaknya anak Mak Limin (Nurul Salbiah) pun dah besar mcm Ichad juga.. Baru mlm tadi Ibu call Peah bertanya khabar, seronok mendengar perkembangan terkini dari sana.. Mak Amoi dah bercucu, Mak Awen baru selesai majlis pertunangan anaknya Non, Mak Biskut pun sama..

Sementara berita kurang baik nya, Mak Anggun pulak yang tak sihat..Tiba tiba Ibu rasa rindu kan suasana di saratok dulu, berdhuha dan majlis ilmu di surau seroja, berkebun pulak pd sebelah petang, berjemaah semula pd waktu malam.. Seisi keluarga kami dah jadi mcm keluarga besar di sana..

Sempat Ibu berpesan kat Zauji td, " ambik la gambar family Mawar, dpt Sue tgk diorang.." Sebenarnya kalau nak ikutkan hati, setiap sudut Saratok , Ibu nak Zauji buat photo shooting. Ibu nak tengok puas puas..

Di sana, sebuah daerah yang jauh dari bandar besar, namun kenangan selama hampir 4 tahun berkampung di Taman Muhibbah akan kami sekeluarga kenang dan insyaAllah kami akan ke sana lagi suatu masa nanti.

Kg Melango, Kg Masjid, Kg Bunga Raya, sekadar menyebut beberapa tempat yang memberi kenangan indah dalam hidup kami..

Harapan Ibu semuga Zauji tak lupa menitipkan beberapa keping not bernilai besar kpd wakil surau, tanda kasih dan sayang kami kpd rumah Allah di sana..insyaAllah dpt meringankan sedikit beban pembayaran bil bil letrik dan air Surau Darul Muafiqin..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads