Jumaat, 28 Februari 2014

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


149 mangsa banjir <b>di Lawas</b> masih <b>di</b> pusat pemindahan <b>...</b>

Posted: 14 Feb 2014 05:03 PM PST

LAWAS: Seramai 46 keluarga membabitkan 149 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Masyarakat Trusan di sini semalam, selepas dua daerah di sini iaitu  Sundar dan Trusan dilanda banjir yang disifatkan terburuk sejak 2009.

Dari jumlah tersebut, seramai 94 adalah golongan dewasa  termasuk seorang golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan 55 orang kanak-kanak, membabitkan 70 lelaki dan 79 wanita.

Paras air di Sungai Trusan terus meningkat akibat hujan lebat sejak beberapa hari lalu menjejaskan banyak kampung di kawasan terlibat termasuk di Daerah Sundar.

Bagaimanapun, tiada pemindahan dilakukan di kawasan Sundar namun agihan bantuan terus dihulurkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Lawas.

Sementara itu, jurucakap Pejabat Pendidikan Daerah Lawas ketika dihubungi semalam berkata lima sekolah terjejas banjir ditutup kelmarin kini dibuka semula hari ini (semalam).

Sekolah terbabit SJK Soon Hwa Sundar, SMK Sundar, SK Luagan Sundar, SK Aru Baru, dan SK Trusan.

"Sesi persekolahan membabitkan semua sekolah rendah dan menengah di dua daerah, Trusan dan Sundar sebelum ini terjejas banjir kini dibuka semula.

"Namun, masih ramai pelajar tidak hadir ke sekolah kerana kawasan mereka masih ditenggelami air," katanya.

Menurutnya, kerja pembersihan kawasan sekolah juga giat dilakukan dan hanya sedikit kerosakan dilaporkan.

Timbalan Ketua Cawangan Parti PBB Bukit Sari, Kaunselor Awangku Jinal Pengiran Jawa berkata, pergerakan Pemuda PBB sudah dikerah mengagihkan bantuan berupa makanan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan Dewan Masyarakat Trusan.

"Bantuan makanan sudah diserahkan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan di Trusan bagi meringankan beban mereka yang dilanda musibah banjir.

"Bantuan ini diharap dapat membantu mengurangkan bebanan sementara menanti keadaan pulih sepenuhnya," katanya.

Pekan Sundar dan Trusan terletak di selatan Lawas dengan jarak lebih 30 kilometer dari bandar Lawas.

Turut mengadakan pemantauan ialah Pegawai Daerah Lawas Hussaini Hakim, Pegawai JKM Lawas Muhammad Nur Khairul Punggut, Pegawai Tadbir Daerah Kecil Sundar Ladin Atok, Pengerusi KRT Kenayeh Lawas, Awang Emran Damit dan  pergerakan PBB Bukit Sari.

Selain itu, turut melakukan pemantauan ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), JKM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Lawas dan kakitangan Jabatan Penerangan Lawas diketuai oleh Juruaudio, Senawi Abang serta anggota RELA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads