Khamis, 30 Januari 2014

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Gempar! Nelayan Tangkap Ikan Aneh <b>Di Miri Sarawak</b> | OhDunia <b>...</b>

Posted: 10 Nov 2013 06:44 PM PST


Gempar! Nelayan Tangkap Ikan Aneh Di Miri Sarawak | Penemuan ikan pelik merupakan satu penemuan yang boleh dianggap unik kerana masih banyak lagi spesis ikan yang kita sendiri tidak pernah temui. Baru-baru ini, seorang nelayan dari Miri, Sarawak telah menemui seekor ikan aneh yang berjaya ditangkap ketika turun mencari ikan di laut.

Jika kita lihat, memang spesis ini agak sukar ditafsirkan spesis apakah ini. Penemuan ini juga telah mendapat perhatian media semasa.

Seekor ikan yang mempunyai rupa bentuk yang aneh yang ditangkap di Tudan, Sarawak menimbulkan kehairanan tentang spesis sebenarnya. (lihat gambar di atas)

Mempunyai mulut bertaring tajam dan badan tirus berduri, rata-rata nelayan mahu pun penduduk setempat tidak mampu mengecam apakah jenis sebenar ikan yang berukuran kira-kira sekaki panjang itu.

Justeru penduduk setempat menggelarkannya ikan todak buat masa ini kerana muncungnya yang tajam.

Ikan itu ditangkap oleh nelayan Sapar Mansor, 43, dari Taman Ceria, Permyjaya di Laut China Selatan dekat Tudan, Sarawak.

Menurut Sapar kepada Borneo Post, ini merupakan kali pertama dia melihat ikan seperti ini.

Ia ditangkap selepas dia dan rakan memudik bot selama 2 jam dari Sungai Miri ke laut.

Mereka mula memancing sekitar 5 pagi dan tangkapan aneh itu diperolehnya kira-kira setengah jam kemudian.

Isteri Sapar, Siti Kadariah, 35, mengering dan mengawet ikan berkenaan bagi memastikan ia dapat disimpan lama kerana keunikannya.

Sementara itu Pemangku Pengurus Besar Divisyen Perlindungan dan Pemuliharaan, Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Oswald Braken Tisen berkata, pihaknya kini sedang mengenalpasti spesis sebenar ikan berkenaan.

Wa Allahu'alam..
UNTUK DIJUAL iPhone5 (Original from Apple Store) 16GB Warranty ada 5 bulan lagi. Berminat? Call/SMS/Whatsapp:Arshad, 016-7002170
Ditulis oleh: Admin Pada Monday, November 11, 2013
Perhatian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar blog yang diutarakan melalui laman sosial facebook. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian admin. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads