Ahad, 30 Jun 2013

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Jerebu <b>di Miri</b> tidak membimbangkan - The Borneo Post Online

Posted: 25 Jun 2013 05:12 PM PDT

Posted on June 26, 2013, Wednesday

TINJAU: Lee sedang melakukan tinjauan dari menara tinjau menggunakan teropong jauh bagi memastikan kawasan bersemak dan belukar di Miri bebas daripada kebakaran dan pembakaran terbuka. Turut kelihatan ialah (dari kanan) Antonio, Lawrence dan Sivanathiran.

MIRI: Keadaan berjerebu di Miri tidak berada pada tahap yang teruk dan membimbangkan seperti yang berlaku di Semenanjung Malaysia, sebaliknya masih pada tahap sederhana.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam laporan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di laman webnya melaporkan IPU di kawasan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri mencatat bacaan pada paras 78 manakala di pusat bandar raya pula mencatat bacaan 80, pada jam 7 pagi semalam.

Pada jam 11 pagi semalam pula, bacaan terus menurun daripada 78 kepada 75 di ILP dan daripada 80 kepada 78 di bandar raya Miri.

Sementara itu, Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin memberitahu bahawa sehingga pagi semalam, tiada tompok panas atau pembakaran terbuka setempat, dikesan berlaku di sini.

Keadaan ini katanya, telah menyumbang kepada cuaca yang lebih baik di sini, walaupun berjerebu dan panas disebabkan cuaca kering.

"Pada masa yang sama kami turut mengaktifkan semua telaga tiub di sini dan mengepam air ke paras yang tertinggi.

"Pada masa yang sama kami perlu mengekalkan paras air ini supaya apabila berlaku kebakaran maka kami akan mempunyai tekanan air yang cukup untuk memadamkan kebakaran," katanya kepada pemberita, ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke menara tinjau di sini, semalam.

Turut sama mengiringi beliau dalam lawatan tersebut ialah Datuk Bandar Miri Lawrence Lai, Residen Miri, Antonio Khati Galis serta Pegawai JAS Bahagian Miri, S. Sivanathiran dan wakil-wakil jabatan berkaitan yang lain.

Lee memberitahu, ketika ini pasukan RELA turut ditempatkan di menara tinjau bagi mengawasi keadaan sekitar, di mana mereka akan bertugas dalam dua syif iaitu siang dan malam.

"Jika berlaku kebakaran, mereka akan segera memaklumkannya kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat," ujar Lee.

Beliau menambah kata, pihak JAS, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), RELA dan bomba turut menubuhkan pasukan peronda untuk meronda kawasan-kawasan di sekitar Miri yang akan melakukan rondaan siang dan malam (secara syif).

"Ini semua adalah sebagai langkah berjaga-jaga kerana kita semua perlu berwaspada bagi mengelak keadaan berjerebu bertambah buruk," katanya lagi.

Pada masa yang sama katanya NREB menguatkuasakan larangan pembakaran terbuka ketika ini, sehingga musim kering dan jerebu berakhir.

Sehubungan itu beliau menyeru orang ramai agar memberi kerjasama dengan memaklumkan segera kepada pihak bomba jika ternampak ada pihak melakukan pembakaran terbuka ataupun kebakaran semak yang berlaku, supaya memaklumkan segera kepada bomba di talian 085-422973 atau 999.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads