Ahad, 13 Januari 2013

11 di serian sarawak - Google Blog Search

11 di serian sarawak - Google Blog Search


Koperasi Bidayuh <b>Serian</b> semakin dikenali, diiktiraf – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 15 Dec 2012 02:01 PM PST

Posted on December 16, 2012, Sunday

KUCHING: Koperasi di per-kampungan Bidayuh Serian semakin dikenali dan diiktiraf antara yang terbaik di negara ini, kata Penolong Kanan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Sarawak Jaya Suria semalam.

Beliau menegaskan, Koperasi Bunan Berhad dan Koperasi Mongkos Berhad adalah antara yang mendapat sokongan dan penghargaan daripada kerajaan pusat.

"Kunci utama kepada kejayaan mereka adalah kerjasama yang erat di kalangan ahli koperasi serta hubungan kerja yang baik dengan agensi-agensi kerajaan.

"Apabila agensi persekutuan melihat orang boleh be-kerjasama dalam koperasi, kita akan menyokong me-reka," katanya kepada media selepas melancarkan Pusat Kraftangan dan Cenderamata Dayak Borneo Cultural, semalam.

Pusat ini dikendalikan oleh Koperasi Bidayuh Kuching Berhad (Kobib) di Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) di sini.

Terdahulu dalam ucapannya, Suria Jaya berkata, kejayaan Koperasi Bunan dan Koperasi Mongkos boleh digunakan sebagai penanda aras oleh koperasi lain.

Beliau menegaskan, Koperasi Bunan malah dilantik sebagai Program Permulaan (EPP) untuk Koperasi 1Malaysia Koperasi bagi produk jenama dan pemborong kepada koperasi lain, manakala Koperasi Mongkos kini terkenal dengan program inap desa.

"Kini, dengan hanya menyebut Koperasi Bunan, seluruh Malaysia tahu tentangnya.

"Begitu juga dengan Kampung Mongkos, sejak program inap desa diperkenalkan mereka adalah antara yang terbaik dan terus menerima sokongan daripada Kementerian Pelancongan," katanya.

Turut hadir ialah Naib Presiden DBNA Boniface Anat, Pengerusi Kobib Andrew Joris Noyen dan pengerusi penganjur, Ambrose Dango.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads