Rabu, 12 September 2012

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


YTY Yang <b>Di</b>-Pertua <b>Negeri Sarawak</b> Menerima Lawatan Daripada

Posted: 21 Jun 2012 02:40 AM PDT

21.06.2012, Khamis - Hari ini Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tuan Yang Terutama Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin telah menerima lawatan daripada delegasi Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Diantara Penganut Agama (JKMPKA) di Astana Negeri Sarawak.  Turut serta adalah Isteri Kepada TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah. Lawatan JKMPKA ini bertujuan menggalakkan serta memantapkan perhubungan yang baik dikalangan pemimpin serta penganut pelbagai agama. Kelihatan TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak bersama Pengerusi  JKMPKA, Datuk Azman Hassan.

Sabahdaily: Penghormatan <b>negeri Sarawak</b> untuk Pandelela

Posted: 21 Aug 2012 08:06 AM PDT

Pemenang pingat gangsa Olimpik, Pandelela Rinong Pamg, dianugerah bintang negeri di atas kejayaannya itu sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini hari ini dengan diberi sambutan sebagai seorang srikandi.

Pandelela (gambar), 19, yang diiringi ibu bapanya dan dua orang peserta Olimpik lain dari Sarawak, Bryan Nickson Lomas dan Traisy Vivien Tukiet, menjadi atlet tempatan pertama dianugerah bintang Johan Kenyalang (JBK) oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di satu upacara penyampaian anugerah di Astana Negeri, Petra Jaya, di sini.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud semasa berucap di upacara tersebut berkata sebagai gadis pertama pemenang pingat di Olimpik, kerajaan negeri juga mengumumkan satu insentif istimewa kepada jagoan terjun itu berupa biasiswa penuh untuk melanjutkan pelajaran selama empat tahun di Australia dengan pilihan tumpuan kepada bidang jurulatih renang atau pengajian tertiari.

Beliau berkata kebajikan keluarga penerjun wanita itu yang berasal dari Kampung Jugan di Bau dekat sini juga akan dijaga terutama sekali oleh kerajaan persekutuan.

Semasa mengucapkan terima kasih di atas anugerah kerajaan Sarawak kepadanya, Pandelela berkata keutamaannya buat masa sekarang ialah meneruskan program latihan tetapi beliau mungkin menimbang tawaran biasiswa itu oleh kerana tidak menyertai sebarang kejohanan sehinggalah di tahun hadapan.

"Saya berasa bangga dan ingin mengucap terima kasih kepada Tun kerana memberi kehormatan ini kepada saya, yang juga satu kebanggaan kepada keluarga saya dan semua warga Bidayuh," kata Pandelela.

Gadis Bidayuh ini berkata beliau berasa lebih gementar ketika menerima anugerah itu daripada semasa melakukan terjunan yang membawa kemenangan pingat gangsa dalam acara platform 10 meter di Sukan Olimpik 2012 di London.

Terdahulu, semasa tiba di Astana Negeri menaiki sebuah Mini Cooper terbuka atlet itu diiringi konvoi motosikal bersama menteri-menteri negeri dari lapangan terbang melalui pusat bandar raya termasuk Kuching Waterfront, yang dibanjiri orang ramai yang melihat mereka.

Sebaik tiba di lapangan terbang, Pandelela dikerumuni kira-kira 1,000 peminatnya, pembesar negeri termasuk Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Pembangunan Masyarakat Tan Sri William Mawan dan Presiden Presiden Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh, Ik Pahon Joyik.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Datuk Seri Michael Manyin berkata Pandalela bukan sahaja menjadi kebanggaan komunitinya bahkan juga negeri dan seluruh negara sebagai ikon memberangsangkan belia lain supaya memperoleh kejayaan besar.

Mempunyai dua orang anak lain termasuk abangnya Pardika Indoma, yang juga atlet terjun kebangsaan, bapanya, Pamg Joheng berkata beliau berasa bangga atas kejayaan anak gadisnya itu yang menerima anugerah hari ini. — Bernama

JAWATAN KOSONG <b>DI</b> PERKHIDMATAN AWAM <b>NEGERI</b> <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2012 11:59 PM PDT


Warganegara Malaysia bermastautin di Sarawak di pelawa untuk memohon jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, jawatan kosong adalah seperti berikut
  1. AHLI FOTOGRAFI B11
  2. AHLI FOTOGRAFI B17
  3. AHLI MUZIK/PEGAWAI KEBUDAYAAN B17
  4. AHLI MUZIK/PEGAWAI KEBUDAYAAN B27
  5. AHLI MUZIK/PEGAWAI KEBUDAYAAN B41
  6. AKAUNTAN
  7. ARKITEK
  8. ARKITEK LANDSKAP
  9. DREBAR INJIN
  10. JURUANALISA SISTEM
  11. JURUAUDIT
  12. JURUKARTOGRAFI
  13. JURULATIH KAWAD
  14. JURURAWAT
  15. JURURAWAT MASYARAKAT
  16. JURUSOLEK
  17. JURUTEKNIK
  18. JURUTEKNIK (AWAM)
  19. JURUTEKNIK (BANGUNAN)
  20. JURUTEKNIK (LANDSKAP)
  21. JURUTEKNIK (LETRIK)
  22. JURUTEKNIK (MEKANIKAL)
  23. JURUTEKNIK (PERANCANG BANDAR DAN DESA)
  24. JURUTEKNIK KOMPUTER
  25. JURUTEKNIK UKUR
  26. JURUTERA
  27. JURUTERA (AWAM)
  28. JURUTERA (LETRIK)
  29. JURUTERA (MEKANIKAL)
  30. JURUTERA PELABUHAN
  31. JURUUKUR
  32. JURUUKUR BAHAN
  33. KURATOR
  34. PEG. PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (GURU BESAR SEKOLAH RENDAH AGAMA)
  35. PEG. PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (GURU SEKOLAH RENDAH AGAMA)
  36. PEGAWAI ARKIB
  37. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN
  38. PEGAWAI BERITA
  39. PEGAWAI EHWAL EKONOMI
  40. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM
  41. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (KETUA UNIT PENAPISAN)
  42. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (KETUA UNIT SYARIAH)
  43. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (NAQIB)
  44. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (PENOLONG PEGAWAI QARIAH)
  45. PEGAWAI HIDUPAN LIAR
  46. PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR
  47. PEGAWAI KEBUDAYAAN B17
  48. PEGAWAI KEBUDAYAAN B27
  49. PEGAWAI KEBUDAYAAN B41
  50. PEGAWAI KESELAMATAN

permohonan adalah secara online : KLIK SINI

tarikh tutup permohonan 31 disember 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads