Ahad, 4 September 2011

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


LoveHolic: Pesawat Twin Otter Terbabas <b>di</b> Lapangan Terbang <b>Lawas</b> <b>...</b>

Posted: 25 Aug 2011 04:44 AM PDT

Menurut laporan BorneoPost Online, kejadian ini berlaku sekitar 3.30 petang semalam. Seramai 16 penumpang, seorang juruterbang dan pembantu juruterbang nyaris kehilangan nyawa apabila pesawat ini terbabas daripada landasan sebaik sahaja mendarat di lapangan terbang tersebut. Dikatakan bahawa kejadian ini berlaku kerana kerosakan gear pendaratan pesawat tersebut. Lapangan terbang Lawas kini telah ditutup buat sementara waktu bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan. Pihak Maswings pula menghantar pasukan penyiasatan dan pemulihan dari Kota Kinabalu bagi membantu memindahkan pesawat yang terbabas itu. Syarikat penerbangan itu akan melanjutkan kerjasama penuh kepada Jabatan Penerbangan Awam yang sedang menyiasat insiden itu. 

11 di limbang - Google Blog Search

11 di limbang - Google Blog Search


Buah Mempelam Buah Binjai, Mun Paham Bisai… | <b>Di</b> Halaman <b>...</b>

Posted: 02 Sep 2011 12:12 AM PDT

SUASANA hari raya di Limbang pada tahun ini agak sederhana aku rasakan. Tiada apa-apa yang mengujakan aku dan seperti biasa aku dan keluarga akan berkumpul di rumah mertua bersama dengan iparduai. Dan seperti biasa juga, jalan-jalan di kampung-kampung penuh sesak dengan kenderaan dan kedai-kedai akan ditutup pada raya yang pertama dan kedua dan kedai dibuka balik pada raya yang ketiga. Hari raya yang keempat pejabat-pejabat kerajaan dibuka semula, cuma persekitaran bandar Limbang masih sunyi dari aktiviti-aktiviti yang lazimnya. Hanya sibuk dengan kenderaan-kenderaan yang berziarah ke rumah saudara dan rakan handai di sekitar Limbang.

Ada juga teman-teman yang membuat rumah terbuka dan ada juga yang buat rumah tertutup. Bagi aku samada rumah terbuka atau setengah terbuka yang penting amalan ziarah perlu diteruskan. Pada zaman aku dahulu, amalan ziarah merupakan sesuatu yang begitu teruja sekali, terutamanya bagi kanak-kanak. Aku dan kawan-kawan beraya tak mengira rumah, samada rumah kawan ke atau bukan rumah kawan tapi beraya juga ke rumah tersebut. Suasananya begitu meriah dan penuh dengan kasih sayang serta wujud kekitaan pada waktu itu.

Dan waktu sekarang amat jauh berbeza, rumah yang diziarahi hanyalah rumah yang kita kenal sahaja, yang tak kenal kita tak ziarahi. Begitu terasing suasana hari raya sekarang ini. Anak-anak muda mungkin sibuk di depan tv ataupun hanya terperap di dalam rumah sahaja sebab tak tahu nak pergi ke mana.

Kalau nak berziarahpun atas desak ibubapa untuk menziarahi sauadara-saudara terdekat. Kalau nak berziarahpun hanya pergi ke rumah teman wanita ataupun teman lelaki dan teman sepersekolahan sahaja. Begitu unik berhari raya pada zaman ini. Jika gejala sebegini terus berlaku, pasti suatu hari kelak anak-anak kita tak lagi mengenali saudara-saudara yang terdekat. Yang mereka kenal hanyalah teman-teman sepersekolahannya sahaja.

Sebenarnya amalan ziarah ini tak semestinya dibuat pada waktu perayaan sahaja, hari-hari biasapun kita boleh menziarah teman-teman sesama Islam untuk tujuan persaudaraan dan ingat-mengingati sesama Islam. Jadi, dalam keadaan iman kita yang semakin susut dan lemah, inilah masanya untuk kita mendekati mereka-mereka yang jauh dari kita, bertanya khabar berita hanya semata-mata untuk silaturahim dan niat yang betul kerana Allah swt tanpa apa-apa pembalasan dan keuntungan duniawi.

Jika pilihanraya semakin hampir, aku terasa benar suasana kampung serta bandar dan orang yang tak dipedulikan akan diziarahi kembali tapi adakah kerana niat itu semata-mata kerana Allah!

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


PROGRAM PERASMIAN MENUAI PADI HUMA <b>DI</b> <b>...</b> - Zon Borneo

Posted: 22 Mar 2011 08:17 PM PDT

LAWATAN PENGARAH URUSAN 1 HPA IND. SDN. BHD. KE LADANG TANAMAN PADI HUMA

PERASMIAN MENUAI PADI

ACARA MEMPROSES PADI HUMA

AlhamduliLLAHirabbil 'alameen,
Pada Ahad 20 Mac 2011 yang lepas, rombongan Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd, Tuan Haji Ismail Haji Ahmad telah berkunjung ke Simunjan, Sarawak untuk Majlis Perasmian Menuai Padi Huma HPA. Antara yang turut hadir adalah Pengurus Besar R&D HPA, En Abdul Ghani Hussein, wartawan IKON serta tidak ketinggalan juga – Kumpulan UNIC!

Antara acara menarik yang berlangsung pada hari itu adalah Tuan Pengarah Urusan sendiri yang sudi turun padang mengikuti demonstrasi menuai padi (bahasa Iban – ngetau) selama lebih daripada setengah jam di tanah bertuah tersebut. Program kemudiannya terus beralih tempat ke Dewan Masyarakat Semalatong, Simunjan di mana kemuncak perasmian pada hari itu adalah demonstrasi melerai padi (ngunjun), menampi, mengisar dan menumbuk padi (nutok) yang turut disertai sendiri oleh Tuan Pengarah Urusan.

"Produk Halal Tanggungjawab Bersama"

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


FISH HUNTER: JaLaN - JaLaN <b>Di KuchinG SaRawaK</b>

Posted: 25 Jul 2011 11:08 PM PDT

Seperti kebiasaan, selepas kami pulang dari memancing. Kami akan mengambil kesempatan untuk membeli belah sebelum pulang ke rumah. Kunjungan kami ke Kuching Sarawak tidak kami sia-siakan. Selepas berada di tengah lautan selama 4 hari, kami bermalam selama sehari di bandar Kuching untuk berehat dan membeli-belah. Kuching Sarawak memang memberi pelbagai pilihan dan tempat menarik untuk melancong dan membeli-belah.

Berada di Kuching tidak lengkap jika tidak ke Water Front
Pelbagai kedai menjual barang-barang antik dan saguhati di sini
Mencari buah tangan untuk orang tersayang di rumah.
Singgah sebentar di kedai yang menjual mutiara dan manik Sarawak.
Kebanyakan barang-barang di sini Custom Made. Sungguh berbaloi untuk membelinya.
Batik Sarawak. Mesti beli..!!
Selepas membeli belah, kami singgah di Restoran Top Spot di Bandar Kuching yang terkenal dengan seafood yang sangat murah dan segar.
Seafood yang dijual sangat segar
Lobster yang hanya RM80/kg.
1kg bersamaan dua atau tiga ekor...memang berbaloi..!!
Hidangan kami pada malam tersebut.
Sayur Meedin. Sayur yang hanya tumbuh di Borneo sahaja.
Sayur yang wajib di order.
Ikan sebelah (halibut) bakar
Prawn with butter Sarawak style..very difference..!!


Keesokkan harinya, sebelum kami ke airport kami sempat singgah ke Satok Market  untuk membeli ikan terubuk masin.
Kek Lapis Sarawak Dayang.
The famous and delicious Kek Lapis at Kuching Sarawak
Gambar bersama sebagai kenang-kenangan di Bandar Kuching.

Fymac Fishing Team-<b>Sarawak Kuching</b> 10/3/11 Orhtalah-Part 1 <b>...</b>

Posted: 01 Sep 2011 01:48 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]stampot89 says: September 1, 2011 at 9:08 am. kuching kawasan mana ni bro???? Log in to Reply. fongyuanfishing says: September 1, 2011 at 9:46 am. Kami mamcing di Sarawak's Kuching. Log in to Reply. hazzizi says: ...

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


Ramalan cuaca pada hari kedua Aidilfitri <b>di</b> Semenanjung Malaysia <b>...</b>

Posted: 30 Aug 2011 03:04 AM PDT

No of View :391

Negeri di utara, pantai timur dan selatan Semenanjung serta Sabah dan Sarawak dijangka meraikan hari kedua Aidilfitri dalam cuaca baik melainkan beberapa kawasan pantai di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang diramalkan hujan pada waktu pagi.

Jurucakap Jabatan Metereologi ketika dihubungi Bernama berkata terdapat beberapa perubahan dalam ramalan sebelumnya iaitu pada keseluruhannya cuaca dijangka baik sehingga Rabu.

Laman sesawang jabatan tersebut turut melaporkan ribut petir dijangka melanda dua negeri di Semenanjung pada petang esok iaitu Pahang dan Johor Timur dan juga di Sarawak iaitu di Kuching, Samarahan, Kapit, Miri dan Limbang.

Sementara itu, hujan sementara pada waktu petang pula dijangka berlaku di Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan, Terengganu dan Perak, dan juga bahagian-bahagian lain negeri Sarawak kecuali Kuching, Samarahan, Kapit, Miri dan Limbang serta bahagian Pantai Barat, Sandakan, Tawau, Kudat dan pedalaman Sabah.

Bagaimanapun, keadaan cuaca di negeri-negeri lain di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah diramalkan baik pada waktu petang.

Pada sebelah malam pula, hujan diramalkan berlaku di beberapa kawasan di Pahang, selatan Terengganu, Kelantan dan Sandakan, Sabah. - BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


BSM <b>Sarikei</b> anjur kursus pertolongan cemas <b>di</b> Rumah Banta 3 <b>...</b>

Posted: 30 Aug 2011 07:48 PM PDT

SARIKEI: Bulan Sabit Merah Malaysia (BSM) cabang Sarikei akan menganjurkan Kursus Pertolongan Cemas Komuniti (CFAS).

Program ini akan diadakan bertempat di Rumah Banta, Rantau Sukat, Brayang Roban pada 3 September ini.

Objektif program ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan pertolongan cemas asas di kalangan ahli keluarga rumah panjang.

Di samping itu juga ia bertujuan untuk melahirkan ahli keluarga yang boleh menangani dan bertindak semasa kecemasan berlaku.

Melalui program ini para peserta yang terdiri daripada masyarakat rumah panjang akan didedahkan dengan perkara seperti objektif pertolongan cemas, prinsip asas pertolongan cemas, garis panduan asas pertolongan cemas serta perkara yang berkaitan dengan peralatan kotak pertolongan cemas.

Peserta yang mengikuti kursus ini juga nanti akan didedahkan dengan jenis-jenis luka, pendarahan dan kecederaan mengikut peringkat-peringkatnya, di samping menerangkan kepada masyarakat tentang cara untuk merawat setiap kecederaan itu berdasarkan kadar keseriusan kemalangan yang dihadapi oleh mangsa.

Pada masa yang sama juga peserta akan didedahkan dengan slot tayangan video berkenaan dengan situasi-situasi kemalangan yang besar risikonya berlaku di kawasan rumah panjang dan cara untuk mengendalikan rawatan peringkat awal sebelum ia dirawat di hospital yang berdekatan.

Kursus ini nanti akan dikendalikan oleh jurulatih dari BBSM yang terlatih.

Program ini nanti akan dilangsungkan bermula dari jam 7 pagi dan akan tamat pada jam 11 pagi dan setiap peserta yang mengikuti kursus ini nanti akan memperolehi sijil kehadiran daripada pihak BSMM.

Sehubungan dengan itu, masyarakat di kawasan rumah panjang berkenaan diminta agar hadir tepat pada masa yang telah ditetapkan agar segala program yang telah dirancang itu dapat berjalan dengan lancar dan tepat pada waktunya.

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Dr Rayong enggau Nyalau ngamatka danji <b>di</b> Pelasok | BorneoPost <b>...</b>

Posted: 22 Aug 2011 08:13 PM PDT

Posted on August 23, 2011, Tuesday

ENGKILILI: Kaban Parlimen Lubok Antu William Nyalau ak Badak enggau Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa udah nyuaka tulung perintah RM209,500 kena nyeruri 419 pintu bilik ari 18 kayu rumah panjai ba Pelasok.

Ari duit tulung nya dia tiap ruang bilik diungkupka RM500.

Ku Dr Rayong, duit tulung tu disemayaka lebuh pengawa bepilih besai menua tu tadi.

Nyadi tu madangka perintah Barisan Nasional (BN) enda bebulaka semaya enggau rayat.

"Aku arapka duit tulung tu dikena meli perengka kena ngeripir rumah tauka dikena ngaduka pekara bukai ti beguna ba kita ," ku iya.

Iya bejaku munyi nya ba Pengerami Ketuai Begulai enggau Rayat ti diatur Komiti Pemansang enggau Pengelikun Genturung Pendiau (JKKK) Tr Mani, Pelasok ba Balai Raya Skim Skrang, kena Hari Enam tu tadi.

Pengerami nya udah dipejadika Kaban Parlimen Lubok Antu William Nyalau ak Badak.

Nyerumba pengerami nya, Dr Rayong udah ngungkupka belanja Projek Mit Pemansang Menua Pesisir (MRP) RM300 sepintu, lalu Nyalau meri RM1000 sepintu ngagai 36 pintu bilik ba rumah panjai Mani, Pelasok kena nulung sida serumah ngaga rumah baru sepengudah rumah lama sida iya dituntung penusah angus dalam taun 2008 suba.

Ku Dr Rayong, penegap politik enggau penyerakup rayat nyadika tulang belakang pemujur semua projek pemansang ba menua tu.

Dua pekara tu pemadu beguna ngambika perintah ulih bejalaika mayuh bengkah projek pemansang ungkup rayat sekalika ba kandang nengeri tauka menua pesisir.

Ku iya, menua pesisir agi begunaka projek pemansang ari perintah BN. Berindik ari kededua kebuah nya tadi patut dipegai kena ngerembaika pemansang ba menua tu.

"Aku minta semua rayat enda ngira penatai, bansa enggau jalai pengarap patut bekerejasama nentuka semua agenda pemansang ari perintah terus diberi sereta diterima ba DUN Engkilili tu ila," ku iya.

Sama bisi enggau ngulu pengerami nya Pemesai ari Opis Pelilih Mit menua Lubok Antu Encik Jack Aman anak Luat, bala raban opis Pelilih Mit Menua Engkilili enggau bala ketuai raban bansa ba genturung menua Engkilili.

11 di matu sarawak - Google Blog Search

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Projek pembangunan <b>di</b> luar bandar tetap dilaksanakan <b>...</b>

Posted: 30 Aug 2011 07:50 PM PDT

by Watt Zacchaeus. Posted on August 31, 2011, Wednesday

BN tidak pernah lupa janji-janji yang pernah dibuat, jamin Abu Seman

SIBU: Penduduk di luar bandar harus bersabar menanti projek pembangunan dilaksanakan di kawasan mereka kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan melupakan janji-janji yang dibuat pada pilihan raya negeri yang lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Abu Seman Jahwie berkata, kebanyakan projek terutama yang menelan kos berjuta-juta ringgit perlu dirancang dengan teliti sebelum di-laksanakan supaya ia benar-benar memberi faedah kepada rakyat dalam jangka masa panjang.

"Oleh kerana itu, projek yang hendak dilaksanakan mengambil masa untuk dilaksanakan," katanya semasa menasihati penduduk Rumah Gangga Kumbang, Bruan di daerah Matu dekat sini, baru-baru ini.

Abu Seman melawat rumah panjang terbabit untuk mendengar masalah dihadapi oleh penghuninya.

Selain itu, beliau turut me-ninjau projek pembangunan yang sedang dilsakanakan di rumah panjang berkenaan.

Beliau berkata, rumah panjang itu dalam tahun 80-an adalah yang paling terpencil tetapi berkat kesabaran mereka kini rumah panjang berkenaan dapat dihubungi oleh jalan raya.

"Inilah rahmatnya apabila kita sentiasa bersabar dan memberikan kepercayaan kepada BN untuk menerajui negeri ini amnya negara kita ini," tegas beliau yang juga merupakan Setiausaha Politik Ketua Menteri.

Sesungguhnya kerajaan BN, katanya, tetap me-ngotakan janji-janjinya kepada rakyat berbanding pihak pembangkang yang hanya pandai bercakap.

"Cakap mereka hanya tinggal cakap. Belum ada pun projek pembangunan yang saya lihat dilaksanakan oleh pihak pembangkang di daerah ini," jelasnya.

Penduduk di daerah Matu, menurut Abu Seman, akan menyaksi serta menikmati kemajuan lebih pesat menjelang tahun 2030 apabila projek pembangunan wilayah Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) dilaksanakan.

Malah, katanya, SCORE akan turut menyedia ba-nyak peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan dan sebagai persediaan untuk mendapat tawaran pekerjaan dalam SCORE itu, ibu bapa hendaklah melengkapkan anak-anak dengan ilmu pengetahuan dengan menghantar mereka ke sekolah.

Abu Seman meluangkan masa hampir dua jam untuk bermesra dengan para penghuni rumah panjang berkenaan.

Sungguhpun di bulan Ramadan, namun ia langsung tidak menyekat Abu Seman melawat kawasan pilihan rayanya untuk bertemu dengan para pengundi.

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


JAWATAN KOSONG <b>DI NEGERI SARAWAK</b> ~ info kerjaya - jawatan <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2010 12:00 AM PST

JAWATAN KOSONG DALAM KERAJAAN NEGERI SARAWAK
No. Nombor Iklan Jawatan Tarikh Iklan Tarikh Tutup
1. J13B2010 PEKERJA AWAM (PENTADBIRAN) 01-12-2010 21-12-2010
2. J13A2010 PEKERJA AWAM (PENGUATKUASA) 01-12-2010 21-12-2010
3. J12I2010 PEKERJA AWAM (SURVEI) 01-12-2010 21-12-2010
4. J70D2010 PENOLONG PEGAWAI ARKIB 29-11-2010 10-12-2010

TARIKH TUTUP 21 DISEMBER 2010
UNTUK MEMOHON DAN MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

DAPATKAN RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN KLIK SINI

ads