Rabu, 23 April 2014

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


TYT dan isteri meriahkan AGM PERKIM <b>di Lawas</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2014 02:57 PM PDT

MOHON KEBERKATAN: Taib dan Ragad serta Awang Tengah mengaminkan doa sebaik tiba di Lawas baru-baru ini.

BERTEMU RAKYAT: Awang Tengah (kiri), Taib, Ragad, Morliah, Hanifah dan Fatimah menghadiri majlis tahlil di Masjid Besar Ma'mur Lawas.

YANG di-Pertua Negeri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib  memeriahkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-26 PERKIM Sarawak di Stadium Tertutup Lawas, baru-baru ini.

Hadir sama ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan isterinya yang juga Pengerusi PERKIM Lawas Datuk Dayang Morliah Datuk Daud, Pengerusi PERKIM Sarawak Datuk Hanifah Taib dan Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Masyarakat Datuk Fatimah Abdullah.

Sebanyak 18 cawangan PERKIM seluruh Sarawak menghadiri AGM di Lawas kali ini untuk berbincang dan membuat keputusan mengenai perkara-perkara utama yang termaktub dalam perlembagaan PERKIM.

Mesyuarat diadakan bagi merangka hala tuju PERKIM dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti untuk manfaat umat Islam dan masyarakat amnya.

AGM diadakan bagi pemilihan jawatankuasa baharu untuk tempoh dua tahun (2014-2015) bagi jawatan pengerusi, timbalan pengerusi satu, timbalan pengerusi dua, serta memilih lapan orang ahli jawatankuasa.

Tujuan AGM diadakan dil uar Kuching adalah untuk merapatkan hubungan antara PERKIM bahagian dan PERKIM Cawangan.

Ia juga memberi peluang dan pengalaman berguna kepada cawangan yang terlibat untuk memperkukuhkan keupayaan mengurus dan melaksana aktiviti pendidikan dan dakwah.

Terdahulu, ahli delegasi melakukan lawatan ke Kampung Awat-Awat, melakukan aktiviti penanaman pokok, pelepasan anak-anak ikan, pecah tanah untuk pembinaan rumah kepada mangsa kebakaran di Awat-Awat dan majlis bacaan surah Yassin serta tahlil kepada Allahyarhamah Datuk Patinggi Laila Taib dan semua ahli PERKIM yang menyumbang kepada badan berkenaan sejak awal lagi.

Majlis diserikan dengan persembahan daripada pelajar SK Agama (MIS) Lawas, persembahan nyanyian oleh kumpulan KPSU Kuching dan kemuncaknya ialah kemunculan Mawi AF.

GANJARAN PAHALA: Ahli delegasi PERKIM turut membaca surah Yassin beramai-ramai.

MERIAH: Kumpulan hadrah turut mengiringi bot-bot kenamaan yang belayar di Sungai Awat-Awat.

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


Nancy: Penumbuh PPWS dikearap ulih nyungkak pengulih raban <b>...</b>

Posted: 20 Apr 2014 09:01 AM PDT

SIMUNJAN: Menteri ba Opis Menteri Besai ke mega Kaban Parlimen Batang Sa­dong Nancy Shukri mujur bejadika Serakup Gempuru Orang Indu Sarawak (PPWS) pampang Ulu Simunjan di Balai Mensia Mayuh Kam­pung Semalatong malam ensanus.

"Pengawa numbuhka pam­pang PPWS di menua pesisir mandangka pengulih gerem­pung ke ukai dikuasa perintah (NGO) tu ngangkatka tikas pengidup raban orang indu di Sarawak.

"NGO tu deka megai tang­gungpengawa nentuka orang indu sereta semua komuniti di menua pesisir enda tinggal ari atur pemansang ke majak nyadi diatu," ku iya ba jaku bejadi pengawa.

Kelimpah ari nya, Nancy mega madah tiap iku kitai patut enda ba tikas ke sama ba timpuh ke lama lalu patut ngatur ubah ba pendiau diri sejalai enggau pemansang orang bukai.

Ku iya, tanggung pengawa orang indu diatu majak mar ke alai sida semina ukai be­jalaika pengawa nyadi bini tang diatu bela megai pengawa ngangkatka tikas ekonomi ruang bilik.

"Berindik ari nya, PPWS patut beratika pekara tu enggau silik lalu ngiga jalai dikena nyikap orang indu ulih napi tanggungpengawa sida nengah program ke engke­man," ku iya.

Nengah bemacham insentif ke disedia dalam Bajet 2014 nyengkaum Wang Turu Orang Dagang (Graduate), Skim Pemun Dagang Bu­miputera, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sereta Wang Turu Gempung Orang Da­gang Tekun, aku pechaya semua tu ulih mantu orang indu , tandu iya.

PPWS di Pelilih Simunjan diatu udah numbuhka 11 pampang baru nyengkaum di Sibau Rumbau, Isu Baru, Isu Lama, Isu Jaya, Isu Sedia sereta Isu Semebang.

Diatu, Pelilih Simunjan udah bisi 49 pampang PPWS.

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: <b>di negeri sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Apr 2014 01:29 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Taib Mahmud Angkat Sumpah Sebagai Yang <b>di</b>-Pertua <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 28 Feb 2014 07:42 PM PST

Taib Mahmud Angkat Sumpah Sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-7 | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian. Sebelum ini kecoh tentang berita Taib Mahmud Letak Jawatan Sebagai Ketua Menteri Sarawak. Hari ini, beliau telah mengangkat sumpah sebagai  Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-7. Ikuti laporan penuh.

Bekas Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebentar tadi mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-7 menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, 92, yang tamat tempoh perkhidmatannya semalam.

Abdul Taib, 78, yang bersara dari semua jawatan politik dan pentadbiran negeri menerima watikah pelantikannya daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara jam 3 petang semalam.

Beliau mengangkat sumpah jawatan tepat jam 11 pagi di hadapan Hakim Besar Sabah Dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjun di Dewau Lapau, Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Ia turut disaksikan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Morshidi Abdul Ghani.

Tetamu jemputan tiba seawal jam 9.30 pagi di perkarangan Dewan Undangan Negeri disusuli ketibaan Ketua Menteri serta isteri pada pukul 9.50 pagi.

Tan Sri Abdul Taib serta isteri tiba jam 10.10 pagi dan diberi hormat di raja sambil diiringi Lagu Ibu Pertiwiku.

Sejurus itu beliau memeriksa Pasukan Kawalan Kehormatan Utama diiringi oleh Pegawai Pemerintah Perbarisan sebelum menuju ke Dewan Lapau untuk Istiadat Angkat Sumpah.
Istiadat bermula dengan bacaan Surat Cara Perlantikan daripada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong oleh Ketua Menteri.

Yang di-Pertua Negeri kemudiannya mengangkat sumpah dan menandatangani Surat Sumpah di hadapan Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

Seterusnya, beliau menandatangani Surat Pengisytiharan disaksikan Ketua Menteri sebelum bacaan doa oleh Imam besar Negeri Datuk Jorgi Suhaili.

Istiadat diakhiri dengan Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku. – BHarian

Orang Sarawak, apa kata anda?

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

ads