Sabtu, 15 Februari 2014

11 di serian sarawak - Google Blog Search

11 di serian sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di serian sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Jan 2014 03:16 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pembalak haram bermaharajalela <b>di</b> tiga kawasan <b>di Serian</b> <b>...</b>

Posted: 04 Nov 2013 08:11 AM PST

KUCHING: Meskipun lebih 13 laporan polis dibuat oleh penduduk di kawasan Tanah Mawang, Karangan dan Menyang di daerah Serian berhubung aktiviti pencerobohan di kawasan itu, namun tiada tindakan yang diambil oleh pihak bertanggungjawab bagi mengatasinya.

Laporan polis itu turut merangkumi laporan atas tindakan kekerasan penceroboh terhadap penduduk tempatan dan syarikat perladangan di kawasan yang terjejas.

Menurut jurucakap penduduk yang terjejas, penceroboh turut didakwa menggunakan khidmat gengster untuk mengancam dan menakut- nakutkan penduduk sekiranya mengganggu aktiviti pembalakan haram mereka.

"Beberapa orang penduduk cedera akibat dibelasah oleh gengster yang diupah dan mereka juga menyerang syarikat perladangan selain merosakkan pintu masuk ke ladang dan kenderaan syarikat tersebut.

"Malah, mereka juga mempunyai senapang untuk menakutkan kami dan pernah sekali mereka melepaskan tembakan," kata jurucakap penduduk terjejas ketika ditemui di sini semalam.

Beliau memberitahu terdapat lapan kampung terjejas akibat aktiviti haram itu dan ia turut menyebabkan pencemaran sumber air di kawasan terbabit.

"Penduduk mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan air bersih kerana kawasan terjejas itu adalah kawasan tadahan air yang telah diwartakan sebagai kawasan tadahan dan empangan sistem bekalan air paip graviti oleh kerajaan negeri," tambahnya.

Selain itu, katanya kesemua ketua kampung di kawasan itu juga telah menyerahkan surat permohonan memberhentikan menggunakan jalan kampung kepada Jabatan Kerja Raya Daerah Serian untuk membantah lori kayu balak menggunakan jalan tersebut.

"Terdapat beberapa kawasan di sepanjang jalan kampung rosak akibat aktiviti haram ini dan dalam keadaan ini kami penduduk terjejas hidup dalam ketakutan setiap hari kerana bimbang akan keselamatan dan nyawa kami.

"Kami amat berharap bantuan segera dapat disalurkan daripada pihak berkuasa dan kerajaan negeri dalam menyelesaikan kemelut kami ini," ujarnya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

BLOG SARAWAK: 11 <b>di serian sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Oct 2013 03:27 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Gejala dadah <b>di Serian</b> semakin membimbangkan – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 27 Sep 2013 09:22 AM PDT

Posted on September 28, 2013, Saturday

PENGHARGAAN: Muhammad Sabtu (dua kanan) menerima cendermata daripada Mohd Jamali sebagai tanda kenangan kunjungan ke IPD Serian, semalam.

KUCHING: Polis mencari langkah terbaik untuk menangani masalah salah guna dadah yang semakin membimbangkan di Serian.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, jumlah pesalah dadah di daerah itu bertambah sebanyak 40 orang pada tahun ini berbanding tahun lepas.

'Tangkapan tahun lepas adalah 150, tahun ini 190 iaitu peningkatan 40 orang.

Bagi saya, kita perlu lihat kenapa terdapat kenaikan penyalahgunaan dadah di sini.

"Saya juga telah mengarahkan KPD (Ketua Polis Daerah) Serian untuk berhubung dengan Ketua Jabatan Narkotik di Kuching supaya dibuat pemerhatian selain mencari jalan untuk menurunkan kadar penyalahgunaan dadah di sini.

"Walaupun tidak begitu menggusarkan, kita tidak mahu semakin ramai penduduk di sini terjebak dalam penyalahgunaan dadah," katanya ketika ditemui pada majlis lawatan ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serian dekat sini, semalam.

Sejak ditugaskan ke sini baru-baru ini, ia merupakan kali pertama beliau mengadakan lawatan ke IPD Serian.

Sabtu berkata, biarpun masalah dadah kian membimbangkan, Serian yang mempunyai populasi seramai 141,200 orang mencatatkan penurunan jenayah sebanyak 40 peratus berbanding tahun lepas.

Ujar beliau, penurunan itu bukan retorik semata-mata selain memuji para anggota IPD Serian kerana berjaya melaksanakan tugas dengan baik.

Pada masa yang sama, beliau berharap dengan terlaksananya Akta Pencegahan Jenayah yang diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri kelmarin akan memudahkan lagi kerja-kerja pihaknya dalam menjaga keselamatan rakyat.

"Akta yang kita gunakan sekarang kalau digabungkan dengan Akta Pencegahan Jenayah yang akan diluluskan kelak, ia akan menjadi lebih baik untuk masyarakat kita hidup dengan aman dalam masyarakat yang majmuk.

"Kalau kita tidak melakukan kesalahan, kita tidak perlu gusar," katanya.

Sementara itu, berkaitan Ops Cantas, beliau memberitahu pihaknya telah menjalankan pemeriksaan mengikut pecahan kaum iaitu Cina 3,354 orang, Melayu (4,235), India (21) serta lain-lain bangsa 4,074 orang.

"Jumlah keseluruhan yang telah diperiksa setakat ini ialah 11,884 orang.

Tangkapan mengikut bangsa pula ialah Melayu 93 orang, Cina (100), India (1) dan lain-lain bangsa 114 orang dengan jumlah keseluruhan 308 orang.

"Manakala pemeriksaan kenderaan, kita telah jalankan terhadap 9,905 buah termasuk kereta dan motosikal, manakala 851 saman yang dikeluarkan," tambahnya.

Dalam pada itu, KPD Serian DSP Mohd Jamali Umi berkata, pihaknya belum menangkap sebarang pesalah yang terlibat sebagai pelampau agama, gengsterisme dan sebagainya.

Ditanya mengenai kegiatan van sapu yang membawa penumpang melebihi muatan, beliau berkata pihak terbabit akan dikenakan saman atau denda jika sabit kesalahan.

Pihaknya turut merancang untuk memperhebatkan sekatan jalan raya bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membendung masalah itu daripada berlarutan, katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Sabtu: Kes makai dadah <b>di Serian</b> balat ngirauka ati – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 27 Sep 2013 09:08 AM PDT

Posted on September 28, 2013, Saturday

SERIAN: Kes makai dadah di Pelilih Serian ti majak nambah ba taun 2013 balat ngirauka raban polis.

Kepala Polis Menua Sarawak, Senior DCP Dato Wira Muhammad Sabtu Osman madah penyampau kes nya udah nambah 40 iku enti dibandingka enggau penyampau ba taun 2012.

"Penyampau orang salah makai dadah ke ditangkap ba taun 2012 iya nya 150 iku. Taun 2013 tu kitai udah nangkap 190 iku, retinya penyampau tu nambah 40 iku lalu kitai patut beratika kebuah kes tu majak nambah ditu.

"Aku udah ngerah KPD Serian ngadu kerejasama enggau Kepala Opis Narkotik di Kuching ngambika bela begigaka jalai ngurangka penyampau kes dadah ditu.

"Enda mega tau ngasuh kitai irau, tang semina kitai enggai meda mayuh agi rayat Serian teparuk enggau penyalah makai dadah,"ku iya lebuh dikerandau pemberita maya nemuai ngagai Opis Polis Pelilih (IPD) Serian ditu, kemari.

Ba penemuai keterubah iya ngagai opis polis nya, Sabtu bisi mega meresa baris raban polis, nyain bup temuai sereta mendingka penerang ari raban polis Serian.

Iya mega madah, rikut penyalai jai di Serian ti diuan 141,200 iku orang udah nurun 40 persin enti dibandingka enggau taun 2012.

Ku iya, statistik nya ukai sengapa digaga lalu iya muji raban polis Serian ti udah bejalaika tanggungpengawa enggau manah.

Ba kaul ke sama, iya ngarap nengah 'Akta Pencegahan Jenayah' ti baru udah ditumbuh Menteri di Opis Menteri Dalam Menua (KDN) kemari, atur ngintu pengelikun rayat deka muntang agi dikereja.

"Ngelamatu kitai ngena akta CPC, enti dikena begulai enggau 'Akta Pencegahan Jenayah' ti udah dikemendar, rayat kitai deka idup enggau likun sereta lantang,"ku iya.

Ngenang senentang OPS Cantas, Wira madah, polis udah meresa 3,354 iku bansa China, 4,235 Melayu, 21 India enggau 4,074 bansa bukai.

"Penyampau semua ti udah diperesa diatu iya nya 11,884 iku. Kitai udah nangkap 93 iku bansa Melayu, China 100, India 1 sereta 114 iku bansa bukai.

"Kelimpah ari nya, kitai udah meresa 9,905 buah perengka pengangkut nyengkaum entukar enggau mutosikal ke alai 851 saman udah dikeluar," ku iya.

Kepala Polis Pelilih (KPD) Serian, DSP Mohd Jamali Umi madah naka ke diatu polis nadai nangkap orang ngereja pengawa jai baka bala bayat sereta ke bukai.

Nyaut tanya pemberita, iya netapka van sapu ke mai lebih orang tambang deka disaman tauka diukum mata duit enti ditemu salah.

Polis merambu ngatur mayuh agi sekat ba jalai alun begulai enggau JPJ ngambika tau nyeliah penyalah nya ari majak nyadi.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di samarahan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Nov 2013 11:19 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

1,034 pelajar UiTM Kampus <b>Samarahan</b> bergraduat – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 12 Nov 2013 03:01 PM PST

by Nick Fletcher. Posted on November 13, 2013, Wednesday

KOTA SAMARAHAN: Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Ke-79 menyaksikan seramai 1,034 pelajar UiTM Sarawak Kampus Samarahan di sini bergraduat.

Mereka terdiri daripada seramai 177 penerima ijazah sarjana muda dan 857 penerima diploma.

Pada sidang pertama yang berlangsung semalam, seramai 33 pelajar telah menerima ijazah sarjana muda dan 233 pelajar diploma menerima skrol masing-masing.

Istiada turut menyaksikan penganugerah graduan terbaik kepada lima pelajar iaitu Mohd Khairruddin Kamis (Graduan Terbaik Keseluruhan UiTM Sarawak – Ijazah Sarjana Muda), Shah Imran Rosalie (Graduan Terbaik Keseluruhan UiTM Sarawak – Diploma), Mohd Syafiee Ahmad (Graduan Terbaik – Kepimpinan), Nurul Hijrah Julaihi (Graduan Terbaik Khas – Ijazah) dan Halim Hassan (Graduan Terbaik Khas – Diploma).

Menyempurnakan majlis penganugerahan tersebut ialah Pro Cancelor UiTM Tan Sri Datuk Seri Arshad Ayub.

Hadir menyaksikan majlis ialah Rektor UiTM Sarawak Profesor Datuk Dr Jamil Hamali, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Sarawak Profesor Madya Dr Rosita Suhaimi, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Sarawak Profesor Madya Wan Akil Tuanku Abdullah, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM Sarawak Profesor Madya Dr Rasidah Mahdi dan Penolong Rektor UiTM Sarawak Kampus Samarahan 2 Profesor Madya Dr Firdaus Abdullah.

Mohd Khairruddin ketika ditemu bual menyuarakan setinggi penghargaannya kepada pihak UiTM, para pensyarah termasuk ibu bapanya yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan sepanjang pengajiannya di UiTM.

"Saya amat gembira kerana akhirnya mendapat segulung ijazah meskipun perlu mengharungi pelbagai cabaran sebelum menduduki peperiksaan akhir," katanya.

Mohd Khairruddin dilahirkan di Kampung Jepak, Bintulu dan merupakan anak kelima daripada sembilan adik-beradik kepada pasangan Kamis Mahadi dan Mary Ali.

Beliau diterima untuk melanjutkan pengajian di UiTM Sarawak sebagai pelajar Diploma Perakaunan pada 2008.

Pada 2010, bekas pelajar SK Kampung Jepak dan SMK Bintulu itu menjadi salah seorang daripada 15 pelajar yang diserapkan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) melalui Program Serapan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (fast track) ketika menuntut di semester ketiga Diploma Perakaunan.

Beliau juga adalah pelajar cemerlang dan memperoleh sijil dekan pada setiap semester dan seterusnya tamat dengan Anugerah Naib Cancelor.

Justeru, kejayaan cemerlang serta peribadi baiknya yang disenangi semua pensyarah dan rakan telah melayakkan beliau sebagai penerima Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan (Ijazah Sarjana Muda – Kepujian).

Rakan sekolah rendah malah sekampung dengan Mohd Khairruddin, Nurul Hijrah Julaihi turut menyifatkan kejayaan yang dirangkulnya di UiTM Sarawak adalah hasil komitmen penuh yang diberikan oleh para pensyarah dan ibu bapanya.

"Para pensyarah telah banyak membantu dan begitu juga ibu bapa saya yang sentiasa memberikan dorongan," katanya.

Namun, katanya kejayaan tersebut bukanlah titik penamat dalam perjuangan pembelajarannya, di mana beliau berhasrat untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di sarikei sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Jan 2014 09:33 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di sarikei sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Jan 2014 09:41 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di sarikei sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jan 2014 09:41 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di sarikei sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Dec 2013 09:03 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di sarikei sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Dec 2013 09:38 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di sarikei sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Sep 2013 09:14 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

<b>Sarikei</b> sedia berjuang pada karnival MAKSAK <b>di</b> Mukah <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2013 09:13 AM PDT

Posted on September 7, 2013, Saturday

SARIKEI: Residen Bahagian Sarikei, Micheal Dawi Alli menggesa ahli-ahli pasukan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Sarawak (MAKSAK) Bahagian Sarikei yang bakal bertanding pada Pertandingan Catur, Dart dan Karom di Mukah pada 7 dan 8 September ini agar mempersiapkan diri.

Katanya, setiap anggota pasukan harus mempunyai semangat berpasukan tinggi serta sedia bersaing dalam bentuk yang sihat pada bila-bila masa.

"Kita mahu pasukan kita bukan hanya menjadi sebuah pasukan yang sedia bersaing di gelanggang pertandingan, tetapi turut terkenal dengan imej yang positif.

"Kelakuan dan tingkah-laku kita berada di lokasi orang harus dijaga kerana kita bukan hanya mengalas tanggungjawab pasukan dalam memburu kejuaraan, tetapi turut membawa imej bahagian yang bakal memberikan gambaran secara keseluruhan semua pihak tentang kakitangan awam di Bahagian Sarikei," katanya.

Micheal melakukan penyerahan bendera MAKSAK kepada pasukan MAKSAK Bahagian Sarikei, di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Sarikei, semalam.

Tambahnya, anggota pasukan terbabit juga seharusnya menggunakan peluang menambah seberapa banyak informasi dan pengetahuan untuk memantapkan jati diri.

"Peluang kita berkunjung ke bahagian lain wajarnya dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh setiap ahli pasukan.

"Gunakan peluang ini untuk bergaul dan mengeratkan hubungan dengan pasukan lain, sambil bertukar-tukar maklumat dan pengetahuan berkaitan dalam memantapkan kualiti perkhidmatan awam yang menjadi teras utama pembangunan dan kemajuan negara," jelasnya.

Dalam aktiviti berkenaan, MAKSAK Sarikei menghantar sebanyak 13 orang ahli pasukan untuk bersaing dengan 12 pasukan MAKSAK dari lain-lain bahagian pada pertandingan berkenaan.

Pasukan MAKSAK Sarikei diketuai oleh pengurus pasukan, Ricky Patiew dari Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pasukan itu berangkat ke Mukah semalam (Jumaat) dan lokasi pertandingan akan dilangsungkan di Dewan Suarah Mesra Mukah.

Pertandingan ini adalah bagi memilih pemain mewakili MAKSAK Sarawak ke pertandingan serupa peringkat kebangsaan bakal berlangsung di Johor pada 4 hingga 6 Oktober depan.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di padawan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jan 2014 03:29 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Banjir <b>di</b> sekitar <b>Padawan</b> semakin surut menjelang pagi semalam <b>...</b>

Posted: 31 Dec 2013 10:34 AM PST

MASIR BERAIR: Sawah masih ditenggelam air di Mambong.

KUCHING: Tinjauan mendapati banjir di sekitar Padawan semakin surut menjelang pagi semalam walaupun terdapat hujan lebat turun sekali-sekala.

Ketua Kampung Simpok John Jinggut ketika dihubungi semalam berkata berkata air banjir yang naik sehingga paras lutut pada 30 Disember lepas, sudah surut sekitar jam 11 pagi semalam.

"Enam rumah yang menjadi mangsa banjir tidak mengalami kerugian yang teruk kerana air cuma memenuhi kawasan luar rumah dan tidak memasuki dalam rumah.

"Malam tadi ada hujan lebat, tetapi air tidak naik dan sejak jam 3 petang pada 30 Disember air mulai surut secara perlahan-lahan," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, kawasan tanaman padi di Kampung Mambong yang dimiliki Madle Muse, 55, masih digenangi air dan surut sedikit berbanding semalam.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Patung di Kampung Krumboi di Batu 22 Jalan Kuching-Serian menyebabkan pagar di sekolah terbabit mengalami kerosakan.

Kawasan banjir di tanah rendah yang terletak tidak jauh dari Penjara Kuching juga telah surut dan dapat dilalui kenderaan ringan dan berat semalam.

Di kampung Bratan dan Kampung Menjau di Jalan Puncak Borneo pula, air banjir masih terdapat di satu dua tempat tetapi semakin surut dan tiada kes tanah runtuh dilaporkan di kawasan itu setakat jam 2 petang semalam.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


taib wajib bersara dari apa jua jawatan <b>di negeri sarawak</b>.

Posted: 09 Feb 2014 06:45 AM PST


33 tahun berpolitik sudah punya byk kepentingan diri, keluarga & kroni pd hakikatnya tidak semudah itu Taib akan melantik tanpa bersyarat kpd bakal penggantinya.

Rakyat Sarawak jgn mudah tertipu dgn mainan sandiwara magik ini.

Jawatan Ketua Menteri dilantik penuh oleh Taib. Kenapa tidak undian tertutup dibuat oleh pucuk Pimpinan BN Negeri Sarawak?

Secara rasional dan menghormati pimpinan BN negeri Sarawak. Tindakan ini adalah lebih berkhemah jika diberi kepercayaan untuk memilih dgn suara majoriti bkn secara 'pick & choose'.

Walaupun diberi mandat oleh BN Negeri tetapi Taib sebagai mantan Ketua Menteri wajar mengambil langkah yang lebih bijak.

Ini contoh yang harus diberikan jika Taib tidak mempunyai agenda yang seterusnya.

ads