Jumaat, 2 Mei 2014

11 di mukah sarawak - Google Blog Search

11 di mukah sarawak - Google Blog Search


Pesta Benak dipromosikan <b>di</b> Pesta Kaul <b>Mukah</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2014 03:34 PM PDT

by Kelvin Lambai. Posted on April 28, 2014, Monday

TANDA SOKONGAN: Abang Johari menerima cenderamata berbentuk pendayung daripada Jawatankuasa Pesta Benak Sri Aman ketika berkunjung ke pameran Benak di Pesta Kaul Mukah.

Berlangsung di Tebingan Batang Lupar, Sri Aman 16-18 Mei, ia dijangka menarik 80,000 pengunjung

MUKAH: Jawatankuasa Induk Pesta Benak Sri Aman 2014 giat mengadakan promosi pesta berkenaan sempena Pesta Kaul Mukah kelmarin.

Jurucakap jawatankuasanya, Zaidi Sarkawi berkata kehadiran pihaknya dan rombongan selama tiga hari dua malam di sini adalah dalam usaha mempromosikan Pesta Benak kepada masyarakat setempat di Mukah.

Menurutnya, Pesta Benak bakal berlangsung selama tiga hari dua malam di Tebingan Batang Lupar, Sri Aman pada 16 hingga 18 Mei depan, dijangka menarik sekitar 80,000 pengunjung dari dalam dan luar Sri Aman.

"Kami di Pejabat Residen Sri Aman berusaha mengadakan promosi pesta itu dengan menjelajah seluruh negeri ini.

"Malah, publisiti pesta itu telah berada di Semenanjung Malaysia pada minggu lalu dan kami turut mengadakan promosi sama di luar negara menerusi laman web dan Facebook," katanya di sini semalam.

Beliau yang juga Pegawai Tadbir Sosial Pejabat Residen Sri Aman menjelaskan, pihaknya turut mengadakan promosi sama di Sabah pada 29 April ini.

Jelasnya, dengan adanya promosi seperti ini sasaran menarik 80,000 pengunjung pada tahun ini pasti berjaya.

Pameran Pesta Benak Sri Aman di Mukah sempena Pesta Kaul Mukah turut dikunjungi Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Turut hadir Penolong Pegawai Tadbir Sarawak Pejabat Residen Sri Aman Noorhayati Ahmad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads