Jumaat, 30 Mei 2014

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Seminar keibubapaan untuk ibu bapa dan pelajar <b>di Lubok Antu</b> <b>...</b>

Posted: 07 May 2014 03:48 PM PDT

Oleh Kelvin Lambai //

TETAMU VIP: Sebahagian daripada tetamu VIP yang hadir pada majlis penutupan program berkenaan.

SEKITAR 100 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok Antu dan SMK Engkilili telah menyertai Seminar Keibubapaan dan Persidangan Persatuan Belia Bahagian Sri Aman anjuran bersama Pejabat Residen Bahagian Sri Aman, Jabatan Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman, Jawatankuasa Pembangunan Belia Bahagian Sri Aman dan SMK Lubok Antu di Dewan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Lubok Antu baru-baru ini.

Seminar tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada ibu bapa tentang kepentingan hubungan mereka dengan anak-anak dan masyarakat setempat.

SIJIL PENYERTAAN: Hamdan (tiga kiri) menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang guru sambil diperhatikan oleh Hidi (dua kiri), Dr Shaffie (kiri) dan tetamu lain.

Selain itu, seminar tersebut juga memberi pendedahan kepada ibu bapa dan anak-anak tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing kepada keluarga.

Seminar tersebut telah dikendalikan oleh penceramah terkenal iaitu Dr Shaffie Lugom.

Majlis penutupan rasmi seminar telah disempurnakan oleh Timbalan Residen Sosial Bahagian Sri Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Bahagian Sri Aman, Hamdan Katang.

Hadir sama ialah Penolong Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Lubok Antu Hidi Mehitu, Penolong Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman Yusof Lugom, Ketua Polis Daerah Lubok Antu DSP James Jonathan dan ramai lagi.

KENANGAN: Hamdan (duduk, empat kiri), Dr Syafiee (duduk, lima kiri) serta tetamu lain merakamkan gambar kenangan bersama para pelajar dan belia di Lubok Antu.

Category: Sarawak


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads