Jumaat, 11 April 2014

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


Suara Ajaib: Harapan Punah <b>di</b> Stadium <b>Negeri Sarawak</b>

Posted: 15 Mar 2014 07:14 PM PDT

Jurulatih dan pengurus pasukan Lions XII semalam(15/3/2014) hampa apabila dibaham Buaya Sarawak 3-1 dalam suasana hujan di stadium Ngeri Sarawak, Pasukan Lions sebelum ini mengatakan bahawa mereka tidak mahu kedatang mereka untuk sekadar seri atau kalah, harapan mereka datang adalah untuk meraih kemenangan dan mengutip mata penuh.

Namun kami tetap memuji semangat juang Lions yang tinggi setelah dijaringkan gol pada 15 minit awal oleh Chanturu dan mendapat mata penyamaan dalam minit ke-35 hasil satu tendangan sudut, apabila tandukan Nazul Nazari dari jauh menewaskan penjaga gol yang telah meluru keluar untuk menumbuk bola. Namun kegembiraan LionsXII dengan mata penyamaan itu  tidak berkekalan, kerana satu gerakan cantik oleh Pemain Sarawak yang melibatkan Asri ChuChu, Joseph dan Chanturu berjaya memperdayakan pertahanan LionsXII dan Chanturu meleret bola kemas melewat Izwan untuk mengembalikan kelebihan kepada pasukan Sarawak.

Separuh masa kedua pada minit ke-76 pasukan Sarawak akhirnya berjaya mendapatkan gol ketiga menerusi hasil percubaan Rashid Aya yang diloloskan dari pertahanan LionsXII oleh satu hantaran cantik oleh pemain gantian, Zamri. perlawanan yang menghampa harapan Lions XII itu berakhir dengan jaringan muktmad 3-1.

p/s: Taniah kepada pasukan sarawak dan teruskan usaha anda, kepada Suppoter GB 13 dan Red army serta cakorzaa moga ada persefahaman dan menjadi fan club penyokong sarawak lebih beretika dan berdisiplin pada masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads