Selasa, 15 April 2014

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Jalan Petang <b>di Sri Aman</b>, <b>Sarawak</b> - Zie Madini&#39;s Territory - Blogger

Posted: 05 Mar 2014 10:00 PM PST

Hehe...Baruuuu berkesempatan nak buat Auto Publish entry tentang holiday zie di Sri Aman :) Melawat suami di sana sebenarnya. Bila husband dah off duty...weols sekeluarga jalan-jalan sekitar bandar Sri Aman. Lepak di waterfont je...hihi.
...Zie ada tanya kat husband, kat mana tempat melepak yang terkenal di situ. Boleh plak dia tak tahu...adoiyaiii. Kurang sosial nah laki aku ni..hehe
Petang itu kami bertemakan warna BIRU...hehe. Warna kesukaan husband. Zie pun dah TERRRikut ikut suka dgn warna biru gak. Penangan suami...hehehe
Cinta hati saya :) Syurga ku jua ^_-
Penat melepak...basahkan tekak dgn makan ABC...hehe. Sementara menunggu masa utk berjumpa dgn blogger Mama Delysha **click to view** ^_- Zie kalau ke Sri Aman...memang tak akan lepaskan peluang utk berjumpa dgn dia :)
...next entry, our meet up ^_- winkss
Blog Pilihan Entry Ini :) 
:::::: ::::::
Blog Ardini Humaira
-- Click SINI utk view her blog :)

:: (nak being featured in this section?
 Jadilah salah seorg drdp pengiklan zie :) 
Click ----> Here! utk lihat pakej ::

Zie MadinCopyright©

BLOG SARAWAK: 11 <b>di sri aman sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Mar 2014 01:39 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Karnival Mesra Belia 2014 <b>di Sri Aman</b> pada 28-30 Apr <b>...</b>

Posted: 21 Mar 2014 09:40 AM PDT

SRI AMAN: Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Bahagian Sri Aman, Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman dan Pejabat Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) Bahagian Sri Aman akan bergabung tenaga menganjurkan Karnival Mesra Belia 2014 di Tebingan Sungai Batang Lupar selama tiga hari dari 28 hingga 30 April depan.

Penyelaras program menerusi kenyataannya semalam berkata, karnival akan menampilkan Pertandingan Futsal 1Malaysia sebagai acara pembukaan yang akan dikelolakan oleh JBS Bahagian Sri Aman di Stadium Kompleks Sukan Bahagian Sri Aman di sini.

Pada 29 April pula akan diadakan Raptai Penuh Paluan Gendang Melayu pada sebelah pagi manakala pada sebelah petang akan diadakan pentas hiburan termasuk beberapa acara menarik seperti Pertandingan Karaoke @ Ngetas Sora (acara saringan), DJ Vouge, Penyampai Berita dan Pelapor Lokasi yang terbuka kepada semua penduduk Sri Aman.

"Acara ini adalah anjuran pihak RTM Sri Aman manakala pada sebelah malam pula akan diadakan Pertandingan Karaoke Akhir yang juga akan dikelolakan oleh RTM Sri Aman. Ia akan diserikan lagi dengan persembahan muzik jalanan yang akan dikelolakan oleh KPS Sri Aman.

"Turut diadakan pada malam tersebut ialah persembahan pentas termasuk silat belia Sri Aman, persembahan paluan gendang Cina, tarian singa, persembahan paluan 'pampat Iban' atau ngajat dan persembahan paluan gendang Melayu.

"Selain itu, turut diadakan rakaman bergendang dan bertandak yang mana acara ini akan dikelolakan RTM Sri Aman dan diterbitkan oleh Muliamee Ahmad bersama penyelaras, Phyllis Lahang," jelasnya.

Pada pagi 30 April pula akan diadakan Pertandingan Senam Cergas Belia anjuran KPS Sri Aman bermula jam 7.30 pagi manakala Bengkel dan Demonstrasi Bertandak serta cabutan bertuah akan diadakan dari jam 9 pagi hingga jam 1 petang, juga anjuran KPS Sri Aman.

"Bermula jam 2 petang hingga jam 4 petang pula akan diadakan pertandingan muzik jalanan. Kesemua acara selama tiga hari ini nanti akan berlangsung di sekitar Tebingan Sungai Batang Lupar dekat sini," ujar kenyataan itu lagi.

Justeru, penduduk Sri Aman dijemput hadir bagi bersama-sama memeriahkan acara ini nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads