Isnin, 14 April 2014

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


DUNIA ITU: Kanak-kanak perempuan mati dipercayai didera

Posted: 11 Apr 2014 08:23 PM PDT

BATANG SADONG 11 April - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang tinggal bersama ibu saudaranya ditemukan mati, dipercayai didera oleh bapa saudaranya sendiri, malam semalam.

Mangsa diserahkan oleh ibunya kepada keluarga itu untuk penjagaan, kerana terpaksa bekerja di Serian.

Menurut Ketua Polis Daerah Simunjan, Choo Yin Kok, hasil siasatan mendapati mangsa yang belajar di prasekolah di Sekolah Kebangsaan Sageng, mengalami pendarahan di bahagian kemaluan dan gigitan di tangan.

"Kita menerima laporan daripada Hospital Simunjan berhubung kejadian itu pada pukul 9.45 malam.

"Berikutan itu, polis menahan lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pembantu am sekolah.

"Lelaki itu direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah beliau, mayat mangsa akan dibedah siasat di Hospital Umum Sarawak, pada Ahad ini.

Utusan 11 Apr 2014

'Perbuatan manusia tidak waras'

Kuching: "Kejadian yang berlaku cukup menyayat hati, ia bukan perbuatan manusia yang waras," kata Ketua Polis Sarawak Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berhubung kematian tragis seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di Kampung Sageng, Simunjan, akibat didera, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Simunjan akibat kecederaan teruk di badan dan pendarahan di kemaluan selain terdapat kesan gigitan di tangan.

Muhammad Sabtu berkata, polis menahan seorang pekerja sekolah yang juga bapa saudara mangsa berusia 46 tahun bagi membantu siasatan.

"Lelaki terbabit kini ditahan reman selama tujuh hari sejak Jumaat lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Polis masih menunggu hasil bedah siasat terhadap mayat mangsa sebelum meneruskan siasatan lanjut," katanya ketika ditemui pada Hari Terbuka Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia di Padang Merdeka, di sini, semalam.

Pada Jumaat lalu, Ketua Polis Daerah Simunjan Deputi Superintendan Choo Yii Kok berkata, mangsa yang belajar di peringkat pra-sekolah dihantar ke hospital oleh bapa saudaranya pada jam 8 malam dan disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Difahamkan, mangsa, Elysha Natasha Mohd Shukri tinggal bersama ibu dan bapa saudaranya sejak empat bulan lalu manakala ibu kandungnya bekerja di Serian.

Bapa saudaranya yang sedang ditahan reman adalah kakitangan bukan guru di sebuah sekolah di Simunjan manakala ibu saudaranya seorang guru sementara.

Selepas disahkan meninggal dunia di Hospital Simunjan, mayat Ellysha dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching untuk dibedah siasat.

Keputusan bedah siasat akan diumumkan hari ini.

myMetro 14 Apr 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads