Khamis, 24 April 2014

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Lo yakin produk pelancongan <b>Padawan</b> akan dipromosi lebih agresif

Posted: 16 Apr 2014 03:00 PM PDT

KUCHING: Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang yakin program promosi produk pelancongan di kawasan Padawan akan dijalankan lebih agresif dengan adanya kerjasama antara pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dengan Kementerian Pelancongan.

Kerjasama itu katanya merupakan penggalak bukan hanya kepada MPP tetapi operator pelancongan di kawasan berkenaan untuk menambah baik aktiviti serta pakej pelancongan ditawarkan.

"Kerjasama ini sangat penting kepada MPP yang mememangnya memerlukan sokongan daripada kementerian memandangkan masih banyak yang perlu dilakukan terutama dalam meningkatkan infrastruktur pelancongan di Padawan.

"Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (Menteri Pelancongan) ketika merasmikan program Cabaran Alam Semula Jadi Borneo Highland tahun lepas memberitahu bahawa beliau akan menyokong penuh penganjuran program berkaitan pelancongan oleh MPP dan nampaknya beliau benar-benar serius," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Abang Johari baru-baru ini yang menyatakan bahawa kementeriannya akan menjalinkan kerjasama dengan MPP untuk mempromosikan keunikan budaya masyarakat Bidayuh dan keindahan alam semula jadi di Padawan dengan lebih agresif.

Lo memberitahu, bagi tujuan itu beliau bersama beberapa ahli majlis akan mengadakan pertemuan dengan Abang Johari dalam waktu terdekat ini bagi menjelaskan dengan terperinci produk-produk pelancongan di Padawan serta penganjuran Cabaran Alam Semula Jadi Borneo Highland tahun ini.

"Diharap pertemuan ini nanti akan memberi gambaran lebih jelas kepada Datuk Amar supaya perancangan terperinci dapat dibuat seterusnya dilaksanakan," katanya sambil menambah, kawasan Padawan merupakan antara destinasi pelancongan berpotensi di bahagian Kuching.

Menurutnya Padawan amat terkenal dengan produk ekopelancongan seperti inap desa, gua, keindahan sungai, kolam air panas dan keunikan budaya komuniti Bidayuh.

Di situ katanya, terdapat lima inap desa yang popular dalam kalangan pelancongan dalam dan luar negeri iaitu Inap Desa Kampung Belimbing, Kampung Annah Rais, Kampung Bunuk, Kampung Temurang dan Kampung Danu.

Katanya lagi bagi tahun ini MPP mendapat peruntukan RM500,000 daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk membangunkan infrastruktur pelancongan di Padawan.

"Pada masa sama saya mahu menggalakkan operator dalam kalangan Bidayuh di Padawan memperkenalkan pakej pelancongan yang dapat menarik kedatangan pelancong selain serius mengusahakan produk masing-masing, tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads