Rabu, 16 April 2014

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Aktiviti pengeboman ikan <b>di Miri</b> dibendung - The Borneo Post Online

Posted: 07 Apr 2014 03:08 PM PDT

by Sudan Ajang. Posted on April 8, 2014, Tuesday

Isu ini mula diperkatakan, sering jadi rungutan komuniti nelayan sejak beberapa tahun kebelakangan ini

MIRI: Jabatan Perikanan Laut Sarawak akan be-kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan penguatkuasaan di sini bagi membendung aktiviti pengeboman ikan di per-airan Miri.

Timbalan Pengarah Per-ikanan Laut Sarawak Bohari Leng berkata isu penggunaan bom ikan mula diperkatakan dan sering menjadi rungutan komuniti nelayan di sini sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Menyedari mengenai kesan negatif akibat aktiviti itu yang menjejaskan hidupan marin, Jabatan Perikanan Laut Sarawak mengambil langkah awal memastikan aktiviti mengebom ikan dapat ditangani serta dibendung di peringkat awal," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Majlis Interaksi Bersama Wakil Komuniti Nelayan dan Agensi Penguatkuasaan di Miri – Isu Aktiviti Bom Ikan di Perairan Perikanan Miri/Suai anjuran Pejabat Perikanan Laut Wilayah III, Miri di Bilik Mesyuarat, Sarawak Forestry Corporation (SFC) Wilayah Utara semalam.

Turut hadir lapan ketua komuniti nelayan mewakili nelayan dari Kuala Baram hingga ke Kuala Suai serta ketua jabatan dan wakil Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), SFC, Majlis Bandaraya Miri (MBM), Jabatan Imigresen Malaysia Miri, Pengurus Persatuan Nelayan Kawasan Miri dan kakitangan Pejabat Perikanan Laut Wilayah III, Miri.

Beberapa siri risikan juga dilakukan oleh agensi-agensi penguatkuasaan yang ber-kaitan dan maklumat diperolehi juga dibincangkan pada mesyuarat tersebut.

Majlis itu adalah untuk memberi penerangan dan pendedahan kepada wakil nelayan di sini serta agensi-agensi berkaitan mengenai isu penggunaan bom ikan oleh nelayan asing tanpa lesen di perairan Miri.

Penerangan ringkas mengenai kaedah penggunaan bom disampaikan oleh Pegawai Perikanan Laut Wilayah III, Faizal Ibrahim Suhaili.

Majlis itu juga untuk mendapatkan maklumat awal nelayan tempatan serta pene-rangan oleh agensi-agensi berkaitan mengenai masalah dihadapi nelayan berkaitan isu bom ikan dan isu nelayan asing yang dibangkitkan oleh wakil-wakil nelayan.

Hasil majlis tersebut, ahli-ahli mesyuarat bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Bertindak – Isu Bom Ikan Peringkat Miri dan keahlian jawatankuasa ini terdiri daripada wakil jabatan/agensi serta nelayan yang menghadiri majlis tersebut.

Jawatankuasa itu akan bersidang setiap tiga bulan dan memainkan peranan masing-masing memastikan aktiviti mengebom ikan serta penjualan ikan bom dapat dibanteras.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads