Ahad, 2 Mac 2014

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Lima kes langgar undang-undang perdagangan dicatat <b>di Sri Aman</b> <b>...</b>

Posted: 15 Feb 2014 08:44 AM PST

SRI AMAN: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Sri Aman mencatat lima kes melanggar undang-undang di bawah Skim Kawalan Harga (SKH) perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini.

Ketua Cawangannya, Wan Roslan Esmanto Wan Johari berkata lima kes itu dikesan menerusi pemeriksaan SKH Tahun Baharu Cina daripada 1,517 premis perniagaan bermula pada 26 Januari hingga 9 Februari lalu.

Katanya, lima kes terbabit dicatatkan berlaku di Sri Aman, Spaoh, Betong dan Pantu dan barangan yang dirampas bernilai RM316.60 manakala nilai kompaun RM500.

"Kes ini melibatkan premis (lima buah) perniagaan didapati gagal meletak tanda harga berwarna merah jambu dan melanggar Perintah 2 (1) Kawalan Harga dan Anti Pencatuan (Penandaan Harga Barangan Terkawal) 2014," katanya di sini semalam.

Wan Roslan berkata, PDNKK Sri Aman masih meneruskan Ops Harga 2 sehingga Jun tahun ini bagi memastikan tiada peniaga mengambil kesempatan mengaut keuntungan secara melampau.

Beliau turut menegaskan bahawa pihaknya amat memandang serius terhadap isu kenaikan harga barang yang sedang hangat diperkatakan oleh mana-mana pihak.

Sehubungan itu, pihaknya menasihatkan pengguna di Sri Aman agar membuat aduan menerusi talian 083-323836 sekiranya mereka mengesan sebarang kenaikan harga barang yang melampau.

Wan Roslan turut menambah bahawa orang ramai harus bijak memanfaatkan kuasa membeli, selain memahami hak sebagai pengguna agar mereka boleh memilih barang pada harga berpatutan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads