Ahad, 23 Mac 2014

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


SCCS sasarkan RM1.5 juta daripada kempen <b>di Sibu</b> - Borneo Post

Posted: 18 Mar 2014 04:00 PM PDT

SIBU: Pertubuhan Kan-ser Kanak-kanak Sarawak (SCCS) menyasarkan RM1.5 juta dana diperolehi daripada Kempen Membotakkan Kepala yang akan diadakan di Delta Mall di sini pada 11 Mei akan datang.

Pengerusi penganjurnya Jocelyn Hee dalam satu sidang media yang diadakan di sini pada petang kelmarin berharap SCCS mampu menarik lebih ramai penduduk Sibu menyer-tai kempen tahun ini bagi membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser.

"Orang ramai boleh men-daftarkan nama mereka di pameran bergerak SCCS di Delta Mall pada 26 April, 27 April dan 3 Mei dari jam 10 pagi hingga jam 9.30 malam," katanya sambil menambah bahawa orang ramai juga boleh mendaftar di Hotel Tanahmas.

Beliau berkata, kempen sama yang diadakan di Sibu tahun lepas menerima sambutan yang amat menggalakkan.

Hee yang juga bendahari kehormat SCCS memberitahu, sebanyak RM200,000 telah dikumpulkan daripada kempen tersebut yang terdiri daripada 171 peserta termasuk 31 wanita.

"Kempen kami seterusnya ialah di Bintang Megamall, Miri pada 25 Mei dan CityOne Shopping Mall di Kuching pada 4 Mei," ujarnya.

Mereka yang ingin menge-tahui dengan lebih lanjut atau ingin menghulurkan sumbangan untuk membantu kanak-kanak yang menghidapi kanser bolehlah menghubungi 019-884 1161 atau melayari laman web www.gobald.my.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Pengurus Besar Hotel Tanahmas Lang Jai Lee, Pembantu Khas  Pengarah Hotel Tanahmas Yulia Sepiani dan wakil Delta Mall Daniel Ling.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads