Ahad, 9 Mac 2014

11 di serian sarawak - Google Blog Search

11 di serian sarawak - Google Blog Search


ILP dirancang <b>di Serian</b> - The Borneo Post Online

Posted: 08 Feb 2014 09:24 AM PST

by Henrietta Liza. Posted on February 9, 2014, Sunday

SERIAN:Kementerian Sumber Manusia dalam perancangan menubuhkan sebuah Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Serian sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan program pembangunan modal insan.

Menterinya Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata permintaan itu sudahpun diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

"Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana menimbangkan permintaan kami untuk menubuhkan sebuah institut latihan di sini, yang akan mengambil masa empat atau lima tahun dari sekarang," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Program Gerak Kerja Turun Padang Menteri Sumber Manusia dan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di sini.

Riot turut menyatakan pelaksanaan institut latihan itu nanti adalah perlu untuk menampung lepasan sekolah di kawasan Serian dan sekitarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Serian berkata, begitu ramai pelajar yang tidak meneruskan pengajian mereka kerana tidak tahu bagaimana untuk memohon ke IPT.

Justeru, menjadi tanggungjawabnya sebagai Menteri Sumber Manusia untuk memastikan kumpulan terbabit tidak tercicir dan mendapat latihan kemahiran.

"Saya mahu mereka memahami sepenuhnya bahawa dengan sijil yang mereka perolehi daripada institusi latihan kemahiran, mereka juga akan mendapat gaji yang tinggi," katanya.

Begitu juga dengan hasrat mencapai ekonomi berpendapatan tinggi dan status maju sepenuhnya menjelang 2020.

Beliau yakin bahawa negara boleh mencapai status tersebut tetapi ia mesti mengubah modal insan menjadi tenaga kerja mahir, yang kini sedang dilakukan melalui pelbagai program latihan yang disediakan di pusat-pusat latihan kemahiran yang terdapat di seluruh negara.

Beliau berkata pada masa ini terdapat 28 peratus daripada 14 juta tenaga kerja di negara ini adalah pekerja mahir dan unjuran kerajaan adalah untuk mencapai 50 peratus pada 2020 serta yakin ia akan bakal tercapai.

"Semua yang perlu kita lakukan sekarang adalah untuk meningkatkan program kesedaran serta memajukan lagi kepentingan latihan kemahiran kepada belia kita," gesanya semalam.

Sementara itu, Riot menggalakkan penganjuran majlis rumah terbuka mana-mana perayaan utama, termasuk Hari Raya dan Gawai Dayak.

"Kita perlu menyokong aktiviti ini kerana ia memberi peluang kepada orang ramai daripada pelbagai kaum dan latar belakang untuk datang bersama-sama dan bersosial antara satu sama lain untuk menggalak dan memperkukuhkan perpaduan," jelasnya.

Antara yang hadir semalam adalah Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Mutalib, 50 pegawai kanan kementerian dan agensi yang berkaitan bersama-sama dengan pegawai-pegawai kerajaan tempatan dan pemimpin masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads