Jumaat, 28 Mac 2014

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


PNK <b>Miri</b> sasar bina pasar nelayan <b>di</b> Luak - The Borneo Post Online

Posted: 22 Mar 2014 04:40 PM PDT

MIRI: Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Miri menyasarkan untuk membina sebuah lagi pasar nelayan selepas penubuhan Pasar Nelayan Kampung Kuala Baram dan Kampung Piasau Utara.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Abdul Razak Ahmad berkata, ia mampu direalisasikan berikutan pasaran ikan di kawasan Miri sangat memberangsangkan.

"Kita berharap pasar nelayan di kawasan Luak dapat dibina dengan kerjasama wakil rakyat bagi membantu nelayan di situ memasarkan ikan secara tersusun dan sistematik," ujarnya pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Kawasan Miri Ke-35, semalam.

Abdul Razak berkata, para nelayan tidak menghadapi masalah untuk memasarkan ikan kerana ada di kalangan mereka memang sudah menjual hasil tangkapan di tepi-tepi jalan dan pondok.

"Nelayan tidak mempunyai masalah berdepan dengan orang tengah kerana mereka menjual hasil tangkapan secara terus kepada pelanggan dan ia menguntungkan mereka," jelasnya.

Pada masa sama, pihaknya juga telah membina Pusat Pengumpulan Ikan di Sibuti dengan kos RM80,000 dengan tujuan untuk mengumpul hasil tangkapan nelayan di satu tempat.

"Pusat ini bertujuan untuk mengumpul ikan sebelum dipasarkan ke Miri dan kawasan sekitarnya dan kita berharap PNK mencari cara lain untuk memajukan lagi pendapatan nelayan," jelasnya.

Selain itu, LKIM juga telah membantu nelayan menerusi Skim Bantuan Bencana dan ia telah membantu tiga orang nelayan yang terlibat dalam bencana alam.

Melalui Elaun Sara Hidup pula, beliau berkata seramai 688 nelayan di sini telah mendapat manfaat daripada program terbabit.

"LKIM juga menyempurnakan Projek Perumahan Nelayan yang mengandungi tiga fasa dan ia yang telah dilaksanakan dengan jayanya di Miri dan Sibuti," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads