Rabu, 19 Mac 2014

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Masyarakat Iban <b>di Miri</b> perlu lebih ramai penghulu – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2014 02:18 PM PST

MIRI: Masyarakat Iban di Miri memerlukan lebih ramai penghulu bagi menampung jumlah penduduk yang semakin meningkat.

Ketua Masyarakat Iban Miri Pemanca Wilson Siang, berkata mereka memerlukan sekurang-kurangnya 10 penghulu iaitu lima orang untuk kawasan Permyjaya, Lutong, Piasau, Taman Tunku dan Lambir, empat kawasan Suai Niah dan seorang di Sibuti.

"Kami memerlukan lebih ramai penghulu Iban bagi mempercepatkan pelbagai urusan khususnya kes perceraian dan perkahwinan yang semakin bertambah berikutan peningkatan populasi masyarakat Iban di sini.

"Permohonan ini sebenarnya pernah kami kemukakan pada 2011 dan berharap dapat dipertimbangkan sejajar dengan keperluan yang meningkat," katanya pada Majlis Penutupan Simposium Ketua Masyarakat Iban Bahagian Miri di sini kelmarin.

Setakat ini, Miri mempunyai barisan ketua masyarakat terdiri daripada seorang temenggung iaitu Temenggung Atong Limping, empat penghulu iaitu Penghulu Randi Elon untuk Miri, Penghulu Baau Manggang (Niah), Penghulu Sadi Manca (Sibuti) dan Penghulu Lansam Goyang (Suai).

Selain itu, pihaknya masih menunggu kelulusan kerajaan untuk permohonan sebidang tanah bagi tujuan kawasan perkuburan 1Malaysia.

Katanya, ketiadaan tanah perkuburan menyebabkan Pejabat Ketua Masyarakat Daerah Miri sukar membantu ahli keluarga yang meninggal dunia terutama yang datang dari luar Miri.

"Kaum Dayak di sini terutama daripada keluarga miskin amat memerlukan tapak kubur berkenaan untuk mengebumikan ahli-ahli keluarga mereka yang meninggal dunia kerana tidak mampu membeli lot kubur sedia ada yang terlalu mahal," katanya.

Tambah beliau, harga paling murah bagi satu lot kubur di sini mencecah RM2,000 dan disebabkan faktor itu ramai keluarga miskin dan mereka yang berpendapatan rendah tidak mampu membayar harga berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads