Sabtu, 22 Mac 2014

11 di limbang - Google Blog Search

11 di limbang - Google Blog Search


Sebanyak enam kes pembakaran terbuka dilaporkan <b>di Limbang</b> <b>...</b>

Posted: 17 Mar 2014 03:01 PM PDT

LIMBANG: Sebanyak enam kes pembakaran terbuka membabitkan kawasan kebun dan ladang dilaporkan berlaku di bahagian ini sepanjang bulan ini, kata Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Limbang Anuar Shazat Merdzuki.

Beliau berkata, daripada jumlah itu dua kes dilaporkan berlaku di daerah Lawas dan empat kes berlaku di sini.

Katanya kebanyakan kes tersebut tidak mempunyai kawasan sempadan pembakaran yang teratur sehingga menyebabkan api sukar dikawal dan merebak ke kawasan berdekatan.

"Kita dapati kesedaran orang ramai masih kurang berhubung aktiviti pembakaran terbuka pada cuaca panas sekarang.

"Malah, mereka juga tidak mempunyai kawasan sempadan pembakaran yang benar-benar teratur sehingga menyebabkan api mudah merebak dan sukar dikawal," katanya ketika di sini semalam.

Anuar menambah, aktiviti pembakaran terbuka seharusnya dielakkan pada musim panas sekarang kecuali jika dilakukan untuk tujuan pertanian.

"Jika mereka ingin melakukan pembakaran untuk aktiviti pertanian sekalipun, mereka perlu mempunyai kawasan sempadan pembakaran yang teratur," ujarnya.

Katanya ini penting agar api dapat dikawal dan mengelak daripada merebak ke kawasan lain.

Beliau turut mendedahkan sikap sambil lewa sesetengah pihak ketika memadam kebakaran selepas berkebun juga antara punca menyumbang kepada kebakaran hutan dan semak.

"Kebanyakan mereka tidak memadam api dengan betul dan sambil lewa sehingga menyebabkan api berkenaan masih hidup dan merebak ke kawasan berdekatan.

"Selain itu, orang ramai yang ingin pergi berburu dan memancing juga dinasihati agar tidak membuat unggun api bagi memastikan api berkenaan tidak merebak," tegasnya.

Dalam pada itu, Anuar berkata sebelum pembakaran dilakukan penduduk dinasihati agar memaklumkan aktiviti pembakaran kepada Lembaga Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NREB) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk mendapatkan lesen kelulusan pembakaran.

"Setiap pembakaran perlu mendapat lesen kebenaran daripada NREB dan JAS agar aktiviti tersebut dapat dipantau bagi mengelak berlakunya kebakaran hutan," katanya sambil menambah JBPM hanya membantu dari segi operasi memadam kebakaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads