Sabtu, 15 Februari 2014

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di samarahan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Nov 2013 11:19 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

1,034 pelajar UiTM Kampus <b>Samarahan</b> bergraduat – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 12 Nov 2013 03:01 PM PST

by Nick Fletcher. Posted on November 13, 2013, Wednesday

KOTA SAMARAHAN: Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Ke-79 menyaksikan seramai 1,034 pelajar UiTM Sarawak Kampus Samarahan di sini bergraduat.

Mereka terdiri daripada seramai 177 penerima ijazah sarjana muda dan 857 penerima diploma.

Pada sidang pertama yang berlangsung semalam, seramai 33 pelajar telah menerima ijazah sarjana muda dan 233 pelajar diploma menerima skrol masing-masing.

Istiada turut menyaksikan penganugerah graduan terbaik kepada lima pelajar iaitu Mohd Khairruddin Kamis (Graduan Terbaik Keseluruhan UiTM Sarawak – Ijazah Sarjana Muda), Shah Imran Rosalie (Graduan Terbaik Keseluruhan UiTM Sarawak – Diploma), Mohd Syafiee Ahmad (Graduan Terbaik – Kepimpinan), Nurul Hijrah Julaihi (Graduan Terbaik Khas – Ijazah) dan Halim Hassan (Graduan Terbaik Khas – Diploma).

Menyempurnakan majlis penganugerahan tersebut ialah Pro Cancelor UiTM Tan Sri Datuk Seri Arshad Ayub.

Hadir menyaksikan majlis ialah Rektor UiTM Sarawak Profesor Datuk Dr Jamil Hamali, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Sarawak Profesor Madya Dr Rosita Suhaimi, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Sarawak Profesor Madya Wan Akil Tuanku Abdullah, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM Sarawak Profesor Madya Dr Rasidah Mahdi dan Penolong Rektor UiTM Sarawak Kampus Samarahan 2 Profesor Madya Dr Firdaus Abdullah.

Mohd Khairruddin ketika ditemu bual menyuarakan setinggi penghargaannya kepada pihak UiTM, para pensyarah termasuk ibu bapanya yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan sepanjang pengajiannya di UiTM.

"Saya amat gembira kerana akhirnya mendapat segulung ijazah meskipun perlu mengharungi pelbagai cabaran sebelum menduduki peperiksaan akhir," katanya.

Mohd Khairruddin dilahirkan di Kampung Jepak, Bintulu dan merupakan anak kelima daripada sembilan adik-beradik kepada pasangan Kamis Mahadi dan Mary Ali.

Beliau diterima untuk melanjutkan pengajian di UiTM Sarawak sebagai pelajar Diploma Perakaunan pada 2008.

Pada 2010, bekas pelajar SK Kampung Jepak dan SMK Bintulu itu menjadi salah seorang daripada 15 pelajar yang diserapkan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) melalui Program Serapan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (fast track) ketika menuntut di semester ketiga Diploma Perakaunan.

Beliau juga adalah pelajar cemerlang dan memperoleh sijil dekan pada setiap semester dan seterusnya tamat dengan Anugerah Naib Cancelor.

Justeru, kejayaan cemerlang serta peribadi baiknya yang disenangi semua pensyarah dan rakan telah melayakkan beliau sebagai penerima Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan (Ijazah Sarjana Muda – Kepujian).

Rakan sekolah rendah malah sekampung dengan Mohd Khairruddin, Nurul Hijrah Julaihi turut menyifatkan kejayaan yang dirangkulnya di UiTM Sarawak adalah hasil komitmen penuh yang diberikan oleh para pensyarah dan ibu bapanya.

"Para pensyarah telah banyak membantu dan begitu juga ibu bapa saya yang sentiasa memberikan dorongan," katanya.

Namun, katanya kejayaan tersebut bukanlah titik penamat dalam perjuangan pembelajarannya, di mana beliau berhasrat untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads