Ahad, 19 Januari 2014

11 di mukah sarawak - Google Blog Search

11 di mukah sarawak - Google Blog Search


9 Gambar Tragedi Bot Panjang Karam <b>Di Mukah, Sarawak</b> | My <b>...</b>

Posted: 18 Jan 2014 06:28 AM PST

3 jenazah yang ditemui petang tadi. Al-Fatihah UPDATE: 1 lagi mayat mangsa bot karam ditemui (9 Gamb...

http://mymedialab.blogspot.co.at/2014/01/9-gambar-tragedi-bot-panjang-karam-di.html

UPDATE: 1 lagi mayat mangsa bot karam ditemui (9 Gambar)

DARO: Satu lagi mayat mangsa bot karam di Sungai Batang Lassa, Sarawak ditemui kira-kira jam 8 malam tadi, menjadikan angka korban setakat ini seramai empat orang.

Bilangan mangsa yang masih hilang ialah tujuh orang. 

Sebelum ini, tiga mayat mangsa ditemui selepas kejadian tengah hari tadi manakala 16 lagi mangsa berjaya diselamatkan. 

Bot panjang yang membawa 27 penumpang yang dalam perjalanan balik selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Kut, Pulau Bruit itu karam pada jam 1.40 tengah hari tadi. 

Lewat petang tadi, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Muhammad Sabtu Osman, berkata operasi membabitkan anggota polis dan bomba serta penduduk kampung akan diteruskan pagi esok.

Sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Mayatmangsakeempattragedibotkaramditemui/Article/?mutakhir

Gambar:


Keluarga mangsa menunggu di Jeti Daro


Pasukan  Bomba menggerakkan jentera penyelamat

Ketua Polis Daerah Daro DSP Wagner Lisa berbaju merah bersama anggota polis dalam gerakan mencari mangsa yang hilang.


Gerakan mencari mangsa bot karam pada pukul 6.30pm berikutan cuaca buruk. Usaha akan diteruskan pada jam 7 pagi esok.


Usaha mencari mangsa bot karam turut dibantu penduduk kampung.

"Ya allah..kau permudahkan pjlnanku.. semoga aku dpt menemui ayahanda dan bondaku utk terakhir kalinya..aku redha dgn ujian mu ya allah.." Update daripada anak kepada mangsa bot karam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads