Jumaat, 3 Januari 2014

11 di matu sarawak - Google Blog Search

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Beberapa kawasan <b>di Matu</b> dilanda banjir, ratusan nelayan terkandas

Posted: 01 Jan 2014 02:21 PM PST

BANJIR: Abu Seman (kiri) bersama seorang penduduk memantau keadaan penduduk terjejas banjir di Matu semalam.

MATU: Hujan lebat sejak beberapa hari lalu meng-akibatkan semakin banyak kawasan di daerah ini dilanda banjir.

Matu merupakan salah satu daerah Mukah yang kerap dilanda banjir setiap kali musim tengkujuh, namun mala petaka terburuk direkodkan berlaku pada 2008 membabitkan kira-kira 15,000 penduduk enam kampung.

Kawasan yang paling teruk ketika itu ialah Kampung Jemoreng yang dinaiki air hingga ke paras bahu.

Sehubungan itu, amaran berjaga-jaga dikeluarkan oleh Bilik Gerakan Bencana Alam Matu semalam bagi me-mastikan penduduk bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika paras air terus meningkat berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Antara kampung terjejas ialah Kampung Sok, Alud, Bawang, Jemoreng, Tian, Sekaan Besar, Sekaan Kecil dan Bawang.

Seorang penduduk, Musa Arifin, 41, memberitahu sehingga semalam hujan lebat masih melanda Matu.

Berikutan itu katanya, paras air terus meningkat dan semua penduduk kini berwaspada.

"Paras air di Kampung Bawang dan Pasar Matu kini melepasi paras lutut, manakala kawasan lain juga dilaporkan meningkat. Begitupun, keadaan masih terkawal," katanya.

Difahamkan pemantauan sedang giat dilakukan oleh pihak yang berkaitan.

Sementara itu, ratusan nelayan pesisir pantai Matu terkandas akibat ombak besar dan keadaan cuaca tidak menentu sejak awal bulan lalu.

Keadaan itu dijangka berlarutan selepas sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPAM) kini diletakkan dalam keadaan bersiap sedia.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwie yang ditemani JPAM dan Jawatankuasa Bilik Gerakan Banjir Matu melakukan pemantauan semalam.

"Paras tertinggi setakat ini ialah satu meter di Jemoreng. Jika hujan lebat berterusan, paras air dijangka terus me-ningkat," katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads