Selasa, 21 Januari 2014

11 di daro sarawak - Google Blog Search

11 di daro sarawak - Google Blog Search


"Tragedi Bot Karam <b>di Daro</b>, <b>Sarawak</b>"... Rakyat masih <b>...</b>

Posted: 19 Jan 2014 04:03 AM PST

Ahad, 19 Januari 2014
3 jenazah yang ditemui petang tadi. Al-Fatihah
#TragediBotKaram Sanak saudara mangsa berkumpul di Hospital Daro
Operasi Mencari dan menyelamat di teruskan oleh pihak berkuasa
Posted from my bujang senang-online for Android



"Tragedi Bot Karam di Daro, Sarawak"

Salam King, mohon doa seluruh rakyat Malaysia agar operasi menyelamat mangsa yg masih hilang hari ini berjalan dengan lancar.setakat ini 16 mangsa terselamat, 3 mangsa lemas dan 8 masih hilang. Daro sebuah Pekan, dan mangsa yang terlibat semuanya dari kawasan pedalaman(Pulau), pengangkutan air adalah pengangkutan utama mereka sebab nak harapkan orang tuuuu buat jalan raya, tunggu Ladang Kelapa Sawit keluarkan hasil baru lah nk buat/siap. Belum lagi cerita pasal Pan Borneo, lawa siot!(Mata ke atas, tangan kat bahu). Salam takziah buat Keluarga Mangsa yg terkorban. Ramai mangsa yang terlibat adalah dari keluarga kawan karib saya. Kawan saya adik beradik semua perempuan, mak dia lemas, ayah dia belum dijumpai lagi. Sedih King...

*Terima Kasih King




King Jason

Bot panjang berkenaan membawa 27 penumpang dari Kampung Tekajong

Daro – "Saya terpaksa berenang kira-kira satu jam meredah ombak kuat untuk sampai ke darat sebaik bot panjang itu terbalik," kata Helmi Julai 45, seorang daripada 27 mangsa bot karam di Muara Lassa, berhampiran Kampung Kut, Daro, di sini, semalam.
Dalam kejadian pada 1.40 petang itu, bot panjang yang dinaiki 27 penumpang itu karam selepas dipukul ombak.
Tujuh belas penumpang terselamat, tujuh masih hilang dengan tiga disahkan lemas. Naibi Saibi iaitu yang terakhir disahkan selamat sebelum operasi dihentikan ditemui berhampiran lokasi kejadian kira-kira 8 malam tadi.
Helmi berkata, bot yang dinaiki mereka tenggelam sebaik dimasuki air dan ketika itu bot sudah menghampiri muara Lassa.
"Kejadian berlaku dengan pantas dan kami tidak sempat berbuat apa-apa, masing-masing cuba menyelamatkan diri.
"Saya sempat mendengar jeritan penumpang lain sebelum mereka hilang dari pandangan," katanya ketika ditemui.
Katanya, mereka memilih untuk menggunakan bot panjang kerana cuaca baik pada sebelah pagi.
"Kami tak sangka kejadian ini boleh berlaku. Saya bersyukur kerana terselamat tetapi bersedih atas kehilangan rakan lain yang masih belum diketahui nasib mereka," katanya.
Junai Sepot, 60, isteri kepada Riji Dalol, 60, seorang daripada mangsa yang masih hilang berkata, kali terakhir suaminya menghubunginya satu jam sebelum kejadian.
Menurutnya, sebaik mengetahui kejadian itu dia cuba menghubungi suaminya tetapi gagal.
"Dia berpesan supaya saya jaga diri baik-baik dan dia akan pulang sebaik majlis tamat. Sehingga kira-kira 6 petang, tiada khabar mengenainya dan saya berharap dia masih hidup," katanya.

Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Muhammad Sabtu Osman, berkata 15 penumpang berjaya diselamatkan dalam kejadian itu, menurut sumber Hmetro.

Beliau berkata, bot berkenaan dipercayai terbalik selepas dipukul gelombang besar berhampiran Kampung Kut, Pulau Bruit, Daro.

Ketika kejadian, bot panjang berkenaan membawa 27 penumpang dari Kampung Tekajong yang dalam perjalanan balik selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Saie.

"Bot panjang berkenaan adalah milik persendirian membawa penumpang dari Kampung Tekajong dan Kampung Saei di Pulau Bruit," katanya.

Mangsa hilang
1. Borhan Berdan
2. Riji Dalol
3. Mahdani Akim
4. Abu Bakar Mahli
5. Ta Hasim
6. Ebong
7. Nor Roslin
Mangsa lemas
1. Hamirah Morni, 51
2. Sekiah Kipli, 49
3. Melati Jerai, 51
Mangsa selamat
1. Anthony Bahari
2. Habibah Yunus
3. Naidi Saibi
4. Jusni Pandi
5. Raidah Pandi
6. Median Wasli
7. Aiman Sepawi
8. Suraidah Busnu
9. Melajim Akim
10. Jebat Busnu
11. Saamah Drahman
12. Ija Iteli
13. Marina Gusti
14. Slmah Rapli
15. Manja Wahi
16. Mah
17. Naibi Saibi
Kronologi Kejadian Bot Karam Daro

5 pagi: Bertolak dari Kampung Tekajong.

7 pagi: Tiba di kampung Saai untuk menghadiri majlis perkahwinan.

12.45 tengah hari: Berangkat pulang ke Kampung Tekajong.


3.35 petang: Tiga mayat ditemui
Isu Pembangunan: Pemimpin guna jet 
peribadi.....rakyat masih menyeberang guna baldi?...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads