Selasa, 24 Disember 2013

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


domba2domba: <b>Di</b> Gempuru Besai <b>Kuching</b> - Iban Kristian <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 16 Dec 2013 03:28 AM PST

Lebih kurang 7,000 orang Kristian Iban telah membuat pendirian di Kuching semalam untuk mendesak berkenaan kebebasan beragama yang telah dijanjikan kepada mereka apabila Malaysia dibentuk 50 tahun yang lalu.

Perhimpunan besar-besaran itu telah diadakan di tengah-tengah kebimbangan yang semakin besar di kalangan kaum-kaum etnik Sarawak mengenai sikap kerajaan persekutuan tehadap iman mereka. 
Pada penghujung perhimpunan empat hari itu, Pastor Greman Ujang Slat, pengerusi Gempuru Besai Raban Kristian Jaku Iban Malaysia, mengatakan semalam;
"Apabila cadangan untuk persekutuan Malaysia diusulkan pada 1961, nenek-moyang kami pada mulanya telah menyatakan keberatan mengenai pelbagai isu berkaitan dengan kebajikan orang-orang kita di bawah pemerintahan Malaysia, termasuk kebebasan beragama. 
"Keputusan terakhir untuk menyokong pembentukan itu telah dibuat dengan menitikberatkan syarat-syarat perlindungan khas yang telah dipersetujui yang dikenali sebagai Perjanjian 18 Perkara yang diberikan kepada rakyat Sarawak."
Gempuru Besai Raban Kristian Jaku Iban Malaysia adalah rangkaian gereja-gereja dan orang-orang Kristian berbahasa Iban di Malaysia. 
Greman mengatakan bahawa oleh kerana syarat-syarat perlindungan untuk mereka terus mengamalkan iman dan agama mereka sedang diancam, "kami telah diamanahkan dengan tanggungjawab untuk memastikan bahawa perjanjian-perjanjian dan hak-hak ini dilindungi dan dihormati".
Dia juga mengingatkan Putrajaya mengenai jawapan yang telah diberikan oleh bangsa Iban kepada Cobbold Commission of Inquiry yang telah dibentuk untuk mendapatkan pendapat orang-orang Sarawak dan Sabah mengenai cadangan pembentukan Malaysia, di mana mereka telah menuntut syarat-syarat perlindungan yang khas untuk kebebasan beragama dalam Malaysia yang agama rasminya adalah Islam. 
"Di antara syarat-syarat perlindungan yang telah dijanjikan ialah syarat perlindungan mengenai kebebasan beragama yang sepenuhnya di mana orang-orang kita yang tinggal di Bahagian Kedua (Sri Aman) dan Bahagian Ketiga (Pentadbiran Sibu) di Sarawak ketika itu, di mana 75% daripada bangsa kami menetap, telah memintanya pada 1962. 
"Kita mesti menghormati perjanjian ini dan segala usaha mesti diambil untuk memastikan ianya tetap utuh dan menunaikan tujuan penuh maksud asalnya."
Agama Kristian telah sampai ke Sarawak pada 1847 dengan ketibaan Biskop Francis Thomas McDougall dan para misionari Anglikan, yang telah membawa bersama mereka Alkitab terjemahan Bahasa Indonesia. 
Bangsa Iban, yang merupakan kaum terbesar di Sarawak merupakan 52.6% daripada penduduk Kristian di negeri itu. 
Masyarakat Kristian Malaysia telah menjadi tajuk berita apabila Mahkamah Rayuan membuat keputusan Oktober lepas untuk menyokong keputusan Kementrian Dalam Negeri untuk melarang penggunaan kata Allah oleh Herald, majalah mingguan Gereja Katolik. 
Mahkamah itu mengatakan bahawa kata Allah bukanlah bahagian asas dalam pengamalan iman Kristian. dan menterbalikkan Mahkamah Tinggi sebelum itu yang menyatakan bahawa larangan itu tidak mengikut lunas-lunas Perlembagaan. 
Keputusan Mahkamah Rayuan, bagaimanapun, telah menjadikan gereja-gereja di Sabah dan Sarawak lebih vokal dalam mendesak akan hak mereka untuk menggunakan kata Allah, kerana mereka merupakan majoriti daripada orang-orang Kristian berbahasa Malaysia di negara ini. 
Kata Allah digunakan dalam Alkitab, liturgi (tatacara sembahyang) dan doa-doa mereka.
Gereja Katolik telah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan, yang menetapkan tarikh untuk kes disebut pada 24 Februari tahun hadapan.

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Ibu Tanam Bayi Hidup-Hidup <b>Di Miri Sarawak</b> - NescafeAis.Com

Posted: 27 Nov 2013 06:30 PM PST

November 28th, 2013 .
. .
16.2.2014
.
ddd

Giler kejam..dah macam zaman jahiliah dah. Senang je diorang membunuh semata-mata tidak ingin bertanggungjawab atas apa yang diorang lakukan sehingga melahirkan zuriat itu , jalan pintas di kepada mereka adalah bunuh , sungguh kejam. Baca laporan di bawah:-

Miri: Tangisan dan rontaan seorang bayi masih bertali pusat dalam plastik sampah tidak dihiraukan ibunya bersama teman lelaki, ketika menanam mangsa hidup-hidup dalam lubang tepi pagar ladang sawit dekat Suai, Niah, petang kelmarin.

Perbuatan terkutuk itu dilakukan pasangan berusia 20-an pada jam 4 petang. Perbuatan kejam pasangan itu disedari pengawal ladang yang terserempak dengan mereka dalam keadaan mencurigakan dan terdengar tangisan bayi dalam plastik hitam yang dibawa mereka.

Pengawal keselamatan itu mulanya menyangka pasangan terbabit mahu menceroboh ladang, namun merasa pelik melihat mereka membawa sesuatu objek dalam plastik sampah.

Ketika mengintai dari jauh, pengawal itu mendapati pasangan terbabit menggali tanah berhampiran pondok pengawal keselamatan di situ sebelum menanam objek yang dikeluarkan dari beg plastik dibawa mereka.

Apabila tangisan bayi itu tidak lagi kedengaran, pasangan terbabit segera meninggalkan kawasan terbabit, membuatkan pengawal keselamatan berkenaan bergegas melakukan pemeriksaan.

Ternampak kaki bayi

Sebaik pengawal itu melihat kesan tanah baru digali, dia segera mengoreknya sehingga ternampak kaki kanan bayi terbabit, sebelum segera memaklumkan kejadian itu kepada pengurus ladang yang kemudian menghubungi polis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintendan Stanley Jonathon Ringgit, berkata sepasukan anggota Balai Polis Pusat Miri bergegas ke lokasi.

Sebaik tanah itu dikorek sepenuhnya, polis menemui mayat bayi lelaki cukup sifat serta masih bertali pusat, dibungkus dengan kain lampin serta selimut mempunyai tanda untuk kegunaan hospital, dipercayai baru dilahirkan.

Polis tidak menolak kemungkinan bayi itu hasil hubungan terlarang sebelum ditanam. Ini berdasarkan keterangan pengawal keselamatan yang melihat gelagat dua suspek di lokasi, katanya.

Beliau berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mendapatkan maklumat dari Klinik Kesihatan Batu Niah dan Hospital Miri untuk mengenal pasti latar belakang individu yang melahirkan bayi sejak beberapa hari lalu.

.  

ads