Rabu, 11 September 2013

11 di bau sarawak - Google Blog Search

11 di bau sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di bau sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Aug 2013 11:35 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di bau sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jul 2013 11:20 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pandelela terharu pusat akuatik baharu <b>di Bau</b> – BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 04 May 2013 02:20 PM PDT

Posted on May 5, 2013, Sunday

KUCHING: Penerjun negara, Pandelela Rinong Pamg berasa terharu dengan hasrat kerajaan negeri untuk membina pusat akuatik baharu di Bau sebagai menghargai pencapaiannya dalam sukan terjun.

Katanya, beliau amat berterima kasih dengan kerajaan negeri atas inisiatif untuk memajukan sukan akuatik di tempat kelahirannya.

"Saya berasa sangat bersyukur dan berterima kasih dengan kerajaan negeri kerana menghargai sumbangan saya selama ini dengan membina sebuah lagi pusat akuatik di Bau.

"Saya harap dengan adanya pusat akuatik baharu itu, Sarawak dapat melahirkan lebih ramai atlet terjun bukan sahaja dari Bau tetapi dari seluruh negeri," katanya di sini semalam.

Olahragawati Kebangsaan 2011/2012 itu juga yakin Sarawak bakal menjadi lubuk penerjun negara kerana inisiatif berterusan kerajaan negeri dalam memajukan sukan berkenaan di sini.

Justeru, beliau menasihati atlet-atlet muda agar tidak mensia-siakan fasiliti sedia ada dan cuba mengharumkan nama negara di persada dunia.

Menurut Pandelela, beliau akan bekerja dengan lebih keras selepas ini untuk mencapai lebih banyak kejayaan di pentas antarabangsa.

Keputusan membina sebuah lagi pusat akuatik disuarakan oleh Menteri Pembangunan Sosial, Tan Sri William Mawan Ikom pada Khamis lalu sebagai menghargai jasa serta sumbangan Pandelela dalam sukan terjun.

Katanya, kejayaan bersejarah anak Bidayuh itu memenangi gangsa pada Sukan Olimpik London tahun lalu adalah sesuatu yang cukup membanggakan bukan sahaja negara malah bagi seluruh penduduk Sarawak.

Pandelela memecah tradisi muncul sebagai wanita pertama memenangi pingat pada kejohanan berprestij dunia itu.

"Projek ini akan dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah Rancangan Malaysia 2015-2020 dan akan menelan belanja berjumlah RM14 juta.

"Pusat akuatik tersebut akan dibina berhampiran Stadium Mini Bau dan bakal menjadi pusat sukan bersepadu di daerah tersebut," kata Mawan.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di lawas sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Aug 2013 11:12 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di lawas sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Aug 2013 11:28 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di lawas sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Jul 2013 11:15 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Mohd Supaih sukar lupakan kenangan manis <b>di Lawas</b> <b>...</b>

Posted: 01 Jul 2013 05:03 PM PDT

Posted on July 2, 2013, Tuesday

LAWAS: Semuanya manis-manis belaka, kata bekas Pegawai Daerah Lawas Mohd Supaih Hamdan ketika mengungkapkan kenangan yang sukar dilupakan sepanjang berkhidmat di daerah Lawas, semalam.

Beliau yang berkhidmat hampir sembilan tahun di daerah ini turut melahirkan perasaan sebak, terharu kerana Lawas begitu dekat di hatinya.

"Perasaan saya bercampur-campur, sukar diungkapkan dengan kata-kata, sedih, gembira dan bermacam-macam lagi," katanya di sini semalam.

Mohd Supaih dinaikkan pangkat dan berkhidmat sebagai residen Mukah baharu yang memulakan tugasnya semalam.

Katanya Lawas memberi semua kenangan manis dan tiada kenangan pahit sepanjang berkhidmat sebagai pegawai daerah Lawas sebelum ini.

Di Lawas, Mohd Supaih begitu disenangi penduduk kawasan 'ikan tahai' itu yang menyifatkan beliau sebagai seorang yang rajin, mesra dan banyak mencurah tenaga, fikiran dan idea dalam membangunkan Lawas selain bijak menangani pelbagai isu dan permasalahan setempat.

Tidak hairanlah pemergian beliau ke Mukah turut dirasai oleh penduduk di Lawas.

Bagi meraikan sumbangan beliau selama ini, satu Majlis Jamuan Perpisahan Khas diadakan bagi menghargai sumbangan Mohd Supaih baru-baru ini.

Hadir memeriahkan majlis tersebut Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Lawas Mohd Khairul Punggut, ketua-ketua jabatan kerajaan dan jemputan lain.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di simunjan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Aug 2013 07:19 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

<b>Simunjan</b> mengkang betapi enggau penanggul suntuk ai <b>...</b>

Posted: 17 Jul 2013 02:23 PM PDT

by Jacqueline David. Posted on July 18, 2013, Thursday

KUCHING: Pelilih menua Simunjan seruran betapi enggau penanggul suntuk ai datai ke sehari tu, taja pan di sekeda pelilih menua nadai agi betapi enggau penanggul kemarau.

Seiku orang ke diau di pelilih menua Simunjan (enggai nama iya disebut ditu) madah enti nitih ari kemari, Opis Kereja Raya (JKR) bisi nganjung ai ngagai sebuah sekula enggau sekeda genturung pendiau enggau rumah panjai di pelilih menua nya tang nitihka jam, antara pukul 3 pagi ngagai 7 pagi, enggau 4 lemai nyentuk ke 9 malam.

Ku pengajar di sebuah sekula di Simunjan madah, penanggul suntuk ai nya nyadi belabuh ari ujung bulan Jun tu tadi datai ke sehari tu.

"Pelaba aku, tu nyadi ketegal tangki ai Water Board Simunjan udah rangkai, ai enda chukup tetapika penyampau mensia mayuh ke diau di Simunjan," ku iya.

Tandu iya, pekara nya nyadi dipelaba bisi sebuah palan alai nimbun ai udah puang dikena ngemansangka Radar TUDM, dipelabaka projek seiku pemesai menua nya.

"Sekula suntuk ai, genturung pengentap pendiau Melayu, rumah panjai, pasar semua betapi enggau suntuk ai. Rumah panjai nyangka muntang mimit laban bisi sungai enggau ai ari bukit.

"Ai terejun pan udah langkang, kayu udah ditebang….Nya dipelaba ngempang pejalai ai ti ngujungka menua Simunjan nadai ai," ku iya.

Iya nandu baru, JKR bisi nganjung ai ngagai sekula ke endur iya ngajar ke ngembuan 10 buah tung ai 1Malaysia, ba genturung pengentap pendiau Melayu, abis mayuh dua buah tung ungkup sebuah genturung pendiau, lalu di sebuah rumah panjai diberi dua tung.

"Enti nitih, penyampau tung ke diberi nya enda chukup. Tang ai ke dianjung semina kena nyumai enggau ai irup aja. Nasit bisi ujan dua hari tu ke udah, nya ke ditimbun kena mandi, kena bebasu gari," ku iya.

Tim BAT (Borneo Post Adventure Team) bedau lama tu tadi bisi mansa Simunjan, ngetu dia enda lama sereta mendingka sada mensia mayuh dia sida madahka diri betapi enggau penanggul suntuk ai (Dalam surat berita The Borneo Post hari Dua tu tadi).

Utusan Borneo nguji telefon Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Simunjan Datuk Naroden Majais, minta timbal iya bekaul enggau penanggul nadai ai di Simunjan sereta nanya iya chara perintah deka mutarka penanggul nya ngambika badu nuntung rayat, tang enda mujur.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Shell buka hab pembelajaran pertama Asia Pasifik <b>di Miri</b> <b>...</b>

Posted: 05 Sep 2013 04:44 PM PDT

Posted on September 6, 2013, Friday

MIRI: Shell Malaysia membuka Hab Pembelajaran Telaga Minyak Shell Asia Pasifik di sini untuk menyediakan latihan khusus dalam industri minyak dan gas.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, pembukaan hab pertama seumpamanya di rantau Asia Pasifik itu memberi banyak kelebihan kepada Miri sekali gus merancakkan lagi pembangunan di bahagian ini.

"Justeru saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Shell atas sumbangan mereka selama ini dalam memajukan Miri dari sebuah perkampungan nelayan kepada bandar minyak serta gas dan kini menjadi sebuah bandar raya peranginan yang maju.

"Ini sekali gus menunjukkan Shell menaruh kepercayaan dan keyakinan tinggi terhadap Miri untuk menjadi lokasi pertama di negara ini bagi membuka sebuah hab pembelajaran berkelas dunia," katanya.

Jabu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Hab Pembelajaran Telaga Minyak Shell Asia Pasifik di Pejabat Sarawak Shell di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Shell Malaysia Iain Lo, Menteri Muda Komunikasi merangkap Menteri Muda Sukan Datuk Lee Kim Shin, Residen Miri Antonio Kahti Galis dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Lawrence Lai Yew Son.

Dalam ucapannya, Jabu berkata industri minyak dan gas telah menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, namun aspek kepakaran teknikal dan pengetahuan adalah penting untuk bersaing.

"Oleh itu, dengan penubuhan hab pembelajaran ini, saya berharap rakyat tempatan tidak melepaskan peluang yang ada di depan mata, sebaliknya bersama-sama menimba ilmu dan kemahiran agar dapat memenuhi permintaan yang tinggi terhadap tenaga mahir dalam industri tersebut," ujarnya.

Sementara itu, Iain dalam ucapannya berkata, Shell Malaysia melakar satu lagi mercu tanda dengan pembukaan rasmi Hab Pembelajaran Telaga Minyak Shell Asia Pasifik di sini.

Katanya, ia merupakan hab pertama seumpamanya yang dibuka di Asia Pasifik dan yang ketiga di dunia selepas Houston di Amerika Syarikat dan Rijswijk, Belanda.

Manakala sebuah lagi sedang dibina di Oman dan dijadualkan siap sepenuhnya pada pertengahan tahun depan.

Beliau yang juga merupakan Pengarah Urusan Sarawak Shell Berhad berkata, hab itu ditubuhkan bertujuan untuk melatih kakitangan dalam industri minyak dan gas di rantau Asia Pasifik ke tahap yang lebih tinggi.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Lebih banyak Anjung Kasih YKN akan dibina <b>di Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 02 Sep 2013 05:05 PM PDT

Posted on September 3, 2013, Tuesday

MESRA: Rohani (tiga kanan) bertanya sesuatu kepada penghuni Anjung Kasih YKN Hospital Miri sambil disaksikan oleh Fatimah (dua kanan) dan Lee (kanan) di Miri semalam.

MIRI: Kerajaan pusat berhasrat membina lebih banyak Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi membantu mengurangkan beban pesakit dan keluarga berpendapatan rendah.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim berkata setakat ini sejumlah tiga Anjung Kasih YKN telah dibina termasuk yang pertama di Sarawak iaitu Anjung Kasih YKN Hospital Miri.

"Kita berharap akan menambah lebih banyak Anjung Kasih YKN pada masa akan datang dan ia bergantung kepada Belanjawan 2014 nanti," katanya pada sidang media selepas merasmikan Anjung Kasih YKN di Miri semalam.

Rohani memberitahu, kerajaan telah menyenaraikan enam Anjung Kasih YKN masing-masing di Kuching, Sibu, Temerloh, Seremban, Ipoh dan Miri selain dua yang sedia ada iaitu Selangor dan Kuatan.

"Jelas projek Anjung Kasih YKN ini terbukti berjaya memberi pulangan faedah sosial dan kewangan yang tinggi kepada mereka yang terlibat.

"Pada masa sama, ia membantu pihak hospital mengatasi masalah kepadatan pesakit di wad dan pengasingan daripada terdedah risiko jangkitan penyakit," jelasnya.

Menurutnya, YKN telah memilih Hospital Miri sebagai lokasi pertama projek Anjung Kasih berikutan ia merupakan hospital rujukan yang terbesar di utara Sarawak.

"Kita memberi keutamaan untuk mewujudkan Anjung Kasih YKN di tiga hospital utama di Sarawak iaitu hospital yang menjadi rujukan seperti Kuching, Sibu dan Miri," jelasnya.

Anjung Kasih YKN Hospital Miri, katanya menyediakan kemudahan penginapan sementara kepada ahli keluarga yang mengiringi pesakit terutama yang berpendapatan rendah.

"Konsep dan penubuhannya agak berbeza dengan Anjung Kasih yang lain kerana Anjung Kasih YKN Hospital Miri dibina dengan mengambil kira keperluan masyarakat setempat.

"Selain masyarakat Melanau, Iban dan Bidayuh, keperluan etnik-etnik lain juga diambil kira seperti masyarakat Kenyah, Kayan, Lunbawang, Penan dan lain-lain," ujarnya.

Anjung Kasih YKN Hospital Miri menurutnya mampu memuatkan 31 penghuni dengan kemudahan yang disediakan termasuk enam bilik biasa, tiga bilik keluarga serta disediakan ruang rehat, ruang makan, tempat mencuci pakaian, bilik mandi dan tandas.

"Dengan mengambil kira kumpulan masyarakat etnik Sarawak yang pelbagai, sebuah bilik khas yang boleh memuatkan 10 orang penghuni disediakan bersesuaian dengan nilai dan cara hidup etnik terbabit," katanya.

Tambah Rohani, pembinaan Anjung Kasih terbabit berjaya menjimatkan kos perbelanjaan anggota keluarga pesakit yang dianggarkan secara purata RM80 hingga RM100 sehari sekiranya mereka menginap di hotel atau rumah tumpangan berbayar.

Hadir sama Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noorul Ainur Mohd Nur, Pengarah Kesihatan Sarawak Datuk Dr Zulkifli Jantan, Menteri Muda Sukan Datuk Lee Kim Shin, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang dan Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong Siew Yu.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


<b>Sarikei</b> sedia berjuang pada karnival MAKSAK <b>di</b> Mukah <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2013 09:13 AM PDT

Posted on September 7, 2013, Saturday

SARIKEI: Residen Bahagian Sarikei, Micheal Dawi Alli menggesa ahli-ahli pasukan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Sarawak (MAKSAK) Bahagian Sarikei yang bakal bertanding pada Pertandingan Catur, Dart dan Karom di Mukah pada 7 dan 8 September ini agar mempersiapkan diri.

Katanya, setiap anggota pasukan harus mempunyai semangat berpasukan tinggi serta sedia bersaing dalam bentuk yang sihat pada bila-bila masa.

"Kita mahu pasukan kita bukan hanya menjadi sebuah pasukan yang sedia bersaing di gelanggang pertandingan, tetapi turut terkenal dengan imej yang positif.

"Kelakuan dan tingkah-laku kita berada di lokasi orang harus dijaga kerana kita bukan hanya mengalas tanggungjawab pasukan dalam memburu kejuaraan, tetapi turut membawa imej bahagian yang bakal memberikan gambaran secara keseluruhan semua pihak tentang kakitangan awam di Bahagian Sarikei," katanya.

Micheal melakukan penyerahan bendera MAKSAK kepada pasukan MAKSAK Bahagian Sarikei, di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Sarikei, semalam.

Tambahnya, anggota pasukan terbabit juga seharusnya menggunakan peluang menambah seberapa banyak informasi dan pengetahuan untuk memantapkan jati diri.

"Peluang kita berkunjung ke bahagian lain wajarnya dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh setiap ahli pasukan.

"Gunakan peluang ini untuk bergaul dan mengeratkan hubungan dengan pasukan lain, sambil bertukar-tukar maklumat dan pengetahuan berkaitan dalam memantapkan kualiti perkhidmatan awam yang menjadi teras utama pembangunan dan kemajuan negara," jelasnya.

Dalam aktiviti berkenaan, MAKSAK Sarikei menghantar sebanyak 13 orang ahli pasukan untuk bersaing dengan 12 pasukan MAKSAK dari lain-lain bahagian pada pertandingan berkenaan.

Pasukan MAKSAK Sarikei diketuai oleh pengurus pasukan, Ricky Patiew dari Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pasukan itu berangkat ke Mukah semalam (Jumaat) dan lokasi pertandingan akan dilangsungkan di Dewan Suarah Mesra Mukah.

Pertandingan ini adalah bagi memilih pemain mewakili MAKSAK Sarawak ke pertandingan serupa peringkat kebangsaan bakal berlangsung di Johor pada 4 hingga 6 Oktober depan.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


Shafie ningkah penerang bisi raban &#39;kongsi gelap&#39; <b>di Sibu</b> <b>...</b>

Posted: 03 Sep 2013 05:13 PM PDT

Posted on September 4, 2013, Wednesday

SIBU: Kepala Polis Sibu ACP Shafie Ismail ningkah penerang madahka bisi raban 'kongsi gelap' ditumbuhka ba Sibu.

Tang taja pan baka nya ku iya, sida deka mansik pekara nya enggau silik.

Ku Shafie, mengeri Sibu ke diatu nadai dikeruga pengawa raban 'kongsi gelap'.

"Nyema pan bisi sida tu raban samseng sengapa lalu ukai semina ditu aja tang barang alai nyengkaum luar menua Sibu.

"Selalu iya ketuai raban tu bekaul enggau penyalah bejudi, kem batang enggau mai barang belalai. Ari nya sida lalu bisi raban diri empu," ku iya.

Dulu ari nya iya ngulu Pengerami Nyuaka Pengawa Ketuai Opis Polis Sibu Jaya, kemari.

Pekara nya ku Shafie bebida enggau pengawa 'kongsi gelap' laban kelimpah enda bisi tusun pangkat diri empu bala sida mega dipinta bebayar enggau mesti nitihka jalai pengarap raban.

Iya madah, raban samseng ke kala natam ba Sibu diatu nyau nadai agi lalu pengawa sida semampai dikemataka polis.

Bisi sekeda ari sida nadai agi ba Sibu kelimpah ngelarika diri ngagai menua tasik.

"Nyangka sida udah bisi pengidup ti meruan agi tauka endang bisi pengawa dagang diri empu.

"Taja pan baka nya, kitai semampai matau pejalai raban samseng tu ngambika sida enda nandu pengawa suba," pia ku iya madahka baru.

Bekenangka OPS Cantas, Shafie madahka macham bengkah kes udah nyadi enggau mayuh barang udah dirampas.

Operasyen nya ku iya deka dipejalaika nyentuk ke Bukit Aman meri timpuh alai diketuka.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di daro sarawak - Google Blog Search

11 di daro sarawak - Google Blog Search


KEBAKARAN <b>Di</b> Kampung BADONG, <b>Daro</b>, <b>Sarawak</b> - Blog Suara <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2013 08:56 PM PDT

Kebakaran Di Kampung BADONG, Daro, Sarawak
Anda dinasihatkan untuk mengkaji video ini dengan teliti. Kerana mungkin ulasan yang Pemikir berikan akan membawa kepada BIAS bagi sesetengah pihak. Beginilah nasib kawasan yang dipandang sepi oleh pemimpin. Bila berlaku musibah sebegini, dimana sumber AIR hendak digunakan.

11 di matu sarawak - Google Blog Search

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Aidilfitri 2013 <b>di</b> kampung Muut, Sekaan Besar, <b>Matu</b>, <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 21 Aug 2013 09:18 PM PDT

Salam, tahun ini sambut aidilfitri di kampung nenek di matu. Selamat hari raya. :).

Sent from my Windows Phone

A photographer from Malaysia.

ads