Rabu, 21 Ogos 2013

11 di mukah sarawak - Google Blog Search

11 di mukah sarawak - Google Blog Search


Berpuasa <b>di</b> politeknik <b>mukah sarawak</b> | •*¨*•Duniaku Vanilla•*¨*•

Posted: 14 Jul 2013 02:06 PM PDT

Assalamualaikum
macam mana puasa korang? dah ada yang berlubang? aku okay je lagi. masih full. hahaha~ gembira dooo. alhamdulillah dalam bulan ramadhan kali nie aku sememangnya cuba mendekatkan diri pada Allah. aku cuba penuhkan solat yang wajib. walaupun masih ada kekurangan dalam diri aku nie. aku terus cuba la. :)

puasa sambil belajar aku rasa best pulak. aku tak kesah pun aktiviti apa pun. sebab nikmat puasa rasanya aku tak rasa penat pun berbanding aku duduk diam tak buat apa2.

sampai tu saja la buat masa nie. :)
selamat berpuasa semua. :D

11 di lundu sarawak - Google Blog Search

11 di lundu sarawak - Google Blog Search


SALCRA bangun pusat latihan <b>di Lundu</b> - The Borneo Post Online

Posted: 15 Aug 2013 02:35 PM PDT

Posted on August 16, 2013, Friday

KUCHING: Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Sarawak (SALCRA) bakal membangunkan sebuah pusat latihan di Kampung Bajo, Lundu bagi tujuan pemba-ngunan sumber manusia di negeri ini.

Pengerusinya Datuk Pa-tinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Numpang berkata, pusat latihan yang bakal dibangunkan itu tidak hanya untuk warga SALCRA, tetapi juga boleh digunakan oleh mana-mana agensi bagi pelbagai jenis seminar dan sebagainya.

"Kami mempunyai kira-kira 40 ekar tanah dan pihak lembaga pengurusan SALCRA telah bersetuju untuk membangunkan pusat latihan ini di lokasi seperti yang telah saya nyatakan iaitu kira-kira sejam pemanduan dari pusat bandar.

"Pusat latihan ini tidak hanya untuk warga SALCRA, tetapi pada masa yang sama ia boleh digunakan oleh mana-mana agensi memandangkan ia dilengkapi dengan pelbagai fasiliti yang sesuai untuk penganjuran pelbagai aktiviti seperti seminar, kursus dan lain-lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Peras-mian Persidangan Ahli Jawatankuasa Pembangunan Ladang SALCRA (AJLPS) Ke-5 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Jabu yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pemodenan Pertanian serta Menteri Pembangunan Luar Bandar bagaimanapun tidak dapat menyatakan anggaran kos projek berkenaan buat masa ini.

Ini kerana, menurut beliau, kos projek itu bergantung kepada sebut harga dan tender dan selepas tender di-buka serta keputusan dibuat kerja-kerja pembinaan akan dilaksanakan dalam tempoh 24 bulan.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabu memberitahu bahawa SALCRA bakal membangunkan 22 kawasan baharu bagi tujuan penanaman kelapa sawit di Balingian, Sekuau dan Baram termasuk sebahagian kawasan yang telah dibangunkan di negeri ini.

Ditanya mengenai permohonan Persatuan Pemilik Ladang Kelapa Sawit Sarawak agar kerajaan mengkaji semula struktur cukai jualan, Jabu berkata kerajaan sedia mendengar dan berbincang mengenai perkara ini dengan pihak industri.

"Kerajaan bersedia untuk mendengar daripada mereka, apa faktor-faktor yang boleh dipertimbangkan kerana ke-rajaan menyedari kos pengeluaran yang tinggi termasuk kos buruh dan kos am yang semakin meningkat.

"Justeru saya menggesa pihak industri atau wakil untuk membawa perkara ini kepada kerajaan untuk dipertimbangkan menerusi saluran yang tepat serta pendekatan yang terbaik demi kepentingan bersama," katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di daro sarawak - Google Blog Search

11 di daro sarawak - Google Blog Search


KEBAKARAN <b>Di</b> Kampung BADONG, <b>Daro</b>, <b>Sarawak</b> - Blog Suara <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2013 08:56 PM PDT

Kebakaran Di Kampung BADONG, Daro, Sarawak
Anda dinasihatkan untuk mengkaji video ini dengan teliti. Kerana mungkin ulasan yang Pemikir berikan akan membawa kepada BIAS bagi sesetengah pihak. Beginilah nasib kawasan yang dipandang sepi oleh pemimpin. Bila berlaku musibah sebegini, dimana sumber AIR hendak digunakan.

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


Lan Berambeh Pustaka <b>Negeri Sarawak di</b> Kampung Tebakang <b>...</b>

Posted: 02 Jun 2013 04:04 PM PDT

Posted on June 3, 2013, Monday

KUCHING: Program Lan Berambeh Pustaka Negeri Sarawak kali ini akan diadakan di Kampung Tebakang pada Sabtu dan Ahad, 8 dan 9 Jun 2013.

Pelbagai acara akan diadakan seperti Pertandingan Membaca Warga Emas, Bengkel 'Born to Read', Program Perkhemahan Ilmu 2013, sesi bercerita dan seni membuat kraf bersama kanak-kanak, tayangan wayang pacak dan sukaneka keluarga.

Program ini bertujuan memberi peluang kepada penduduk Kampung Tebakang menjadi ahli dan menggunakan perkhidmatan pustaka dan u-Pustaka selain memberi hebahan kepada penduduk tentang perkhidmatan dan aktiviti ilmiah yang ditawarkan oleh Pustaka Negeri.

Selain itu, para pelajar yang menyertai program ini akan berpeluang mempelajari penggunaan maklumat yang tepat dan kaedah pencarian maklumat yang berkesan.

Untuk keterangan lanjut tentang program ini, hubungi Norassima Sitam atau Sharifah Seria Wan Razali di talian 082-442000 sambungan 330/336 atau e-mel norassis@sarawak.gov.my/ shariswr@sarawak.gov.my atau layari laman web Pustaka: www.pustaka-sarawak.com, Facebook: pustaka.sarawak dan Twitter : pustakaswk.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

ads